MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Jul 2009

Kematian Teoh : Siapa untung ?

email : saudarakiri311

Latar Belakang kes

1. YB Ean Yong Hian Wah adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram.

2. Teoh Beng Hock pula adalah Setiausaha Politik kepada YB Ean Yong Hian Wah.

3. YB Ean Yong Hian Wah adalah antara Exco dan ADUN yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

4. YB Wee Choo Keong (MP Wangsa Maju) telah menyatakan bahawa pejabat salah seorang ahli EXCO kerajaan negeri Selangor digunakan untuk tujuan perniagaan ahli-ahli kongsi gelap.

5. Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng pula menyeru SPRM agar berhenti menindas ahli-ahli politik PR terutama sekali ahli-ahli DAP kerana usaha ini berbau politik dan tidak menegakkan keadilan mau pun membenteras korupsi.

6. Pemimpin-pemimpin PR medesak agar segala siasatan SPRM selanjutnya perlu ditemani wakil guaman dan tidak perlu bertempat dipejabat SPRM.


Persoalan

Jika andaian bahawa Teoh Beng Hock dibunuh adalah benar, siapa dan pihak manakah yang akan beroleh faedah dengan kematian beliau?

i. Kerajaan BN dan SPRM

ii. Kerajaan Negeri Selangor dan DAP

iii. Kumpulan Kongsi Gelap


Jawapan

i) Kerajaan BN dan SPRM

Kedua-dua pihak ini tidak mempunyai sebab untuk membunuh Teoh kecuali:

• Ianya dilakukan sebagai sabotaj terhadap Kerajaan BN dan SPRM

• Berlaku tindakan jenayah oleh mereka yang tidak bertanggung jawab

Jelas kedua-dua kemungkinan ini tidak membabit Kerajaan BN atau SPRM. Insiden saperti ini memberi kesan buruk kepada reputasi Kerajaan BN dan SPRM yang baru ditubuh.

Untuk membuat tuduhan bahawa ianya dirancang adalah tidak logik. Anggota SPRM yang terlibat boleh diandaikan berugama Islam. Adakah masuk akal bahawa mereka sanggup membunuh dalam menyoal-siasat kes tuduhan rasuah?

Adakah mereka langsung tidak beriman? Jika benar mereka membunuh, maka neraka jahanamlah tempat mereka. Tiada boleh belas kesian.


ii) Kerajaan negeri Selangor dan DAP

Segala siasatan oleh SPRM terhadap ahli-ahli kerajaan negeri Selangor terjejas dan tergendala akibat apa yang berlaku. Apa-apa rahsia yang ada pada Teoh terkubur bersama beliau.

Akibat insiden ini juga, sentiment dan kebencian rakyat terhadap apa yang dilaungkan sebagai Kerajaan BN yang zalim akan bertambah. Ini merupakan modal besar yang boleh digunakan sehingga PRU ke13. Untuk kaum Cina pula, ini satu lagi contoh penindasan terhadap mereka. Apatah lagi apabila yang mati itu anak pemandu teksi yang miskin.


iii) Kumpulan Kongsi Gelap

Hubungan antara ahli politik PR dan ahli kongsi gelap yang disyaki selama ini jelas ujud. Kumpulan triad saperti four heavenly kings amat berpengaruh dan perkasa didalam pelbagai bidang perniagaan.

Demi untuk menutup rahsia dan memberi amaran kepada sesiapa yang ingin membocorkan maklumat, kumpulan kongsi gelap tidak keberatan untuk membunuh.

Rumusan

Disebalik segala tomahan dan tuduhan, Kerajaan BN dan SPRM merupakan pihak yang paling tidak menginginkan sesuatu insiden saperti kematian Teoh Beng Hock ini.

Oleh itu jelas bahawa kita tidak boleh sangkal yang kematian Teoh berpunca dari kegiatan kongsi gelap yang mempunyai pertalian dengan pemimpin politik dan kematian beliau secara kejam ini memberi political mileage yang tidak terhingga.

Dari satu keadaan yang akan membawa padah kepada kumpulan kegiatan gelap, ianya telah berubah dimana Kerajaan BN dan SPRM dipertanggong jawapkan keatas kematian Teoh. Yang paling seronok adalah DAP dan sekutu-sekutu mereka, sentiment anti-BN sekarang semakin meluak.

Bagi yang beragama Islam, haruslah bersabar sebab yang dari SPRM itu juga saudara. Syak itu lebih buruk dari membunuh dan sebelum maklumat sepenuhnya diperolehi tak perlulah membabi buta membuat tuduhan.





1 ulasan:

Shahrul berkata...

boleh diandaikan smua boleh terjadi ... walaupun jika SPRM yang berugama islam boleh melakukannya .. mereka akan tetap melakukannya ... asalkan mereka selamat ... tetapi pd pandangan saya .. mereka tidak akan lakukan kecuali ada tujuan tertentu ....

yang lain itu ... jika kita lihat dr pegangan dan falsafah mereka ... memang mereka sanggup lakukan apa saja ...
sebagai cth, dalam filem young & dangerous ... cerita mengenai dunia kongsi gelap ... begitulah juga keadaannya disini .. menghalalkan apa jua matlamat ..., tetapi perlu ada juga di"kambing hitamkan" .. dalam kes ini ... pasti depa akan merujuk kepada UMNO dan tidak secara direct kepada BN, sebabnya ... pegangan dan pendirian komponen BN mudah berubah ... ingat .. masyarakat melayu ada juga yang menganggotai PSM atau PKR yang terang terang mempersoalkan akidah umat islam yang kononnya sama taraf dengan ugama lain, adalah mudah menarik simpati dari kaum lain, tetapi tidak laah perlu menarik kaum melayu yang skarang ini pun mudah terpengaruh ....

tetapi seperti nampak sangat .. mereka mereka itu "riuh" sekampung ... kenapa agaknya ??