MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Jul 2009

Seorang daripadanya Tan Boon Hwa - Gobind

SHAH ALAM 29 Julai - Peguam pemerhati kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo berkata, dia tidak mengetahui siapa dua individu yang enggan memberikan sampel ujian asid dioksiribonukleik (DNA) bagi membantu siasatan kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu yang ditemui mati pada 16 Julai lalu.

Menurut Gobind, dia sebaliknya hanya membuat andaian salah seorang daripada mereka itu dikenalinya kerana memaklumkan kepadanya hari ini dia telah dipanggil ke balai.

"Saya tak tahu siapa mereka ini. Saya hanya boleh membuat andaian kerana dua orang datang berjumpa saya hari ini dan memberitahu bahawa mereka disuruh ke balai.

"Seorang daripada mereka adalah Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, tetapi seorang lagi saya tak kenal," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas prosiding inkues mendiang Beng Hock di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong diminta mengulas keterangan peguam cara, Tan Hock Chuan dalam prosiding inkues itu hari ini yang memberitahu, dua individu enggan memberikan sampel mereka untuk tujuan analisis DNA.

Hock Chuan sebelum itu memberitahu, seramai 102 orang telah diambil spesimen mereka bagi membantu siasatan kematian Beng Hock.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, selain Boon Wah (yang diandaikan oleh Gobind), seorang lagi yang enggan memberikan sampel DNA kepada polis ialah perunding sebuah syarikat pembinaan.

Menurut satu sumber, keengganan kedua-dua individu itu setelah mereka dinasihatkan oleh peguam masing-masing.

Sementara itu, pekarangan Mahkamah Majistret di sini sesak dengan orang ramai yang ingin mengikuti prosiding inkues kematian Beng Hock yang bermula hari ini.

Kira-kira 150 petugas media daripada pelbagai organisasi dan puluhan peguam serta ahli politik turut membanjiri pekarangan mahkamah itu.

Para petugas media tiba di mahkamah seawal pukul 6 pagi dan hanya dibenarkan masuk ke dalam mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi setelah memperoleh pas kebenaran.

Tinjauan Utusan Malaysia di luar pekarangan mahkamah hari ini mendapati keadaan tenang dan terkawal tanpa insiden yang tidak diingini.

Turut mengikuti prosiding tersebut ialah ahli keluarga mendiang iaitu bapanya, Teoh Leong Hwee, abangnya, Beng Kee, adik perempuannya, Lee Lan, dan tunangnya, Soh Cher Wei yang hadir ke mahkamah kira-kira pukul 8.05 pagi.

sumber - utusan malaysia


Tiada ulasan: