MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Jul 2009

Ronnie Liu setuju inkues ditangguh

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret membenarkan prosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock ditangguhkan sehingga 5 Ogos ini.

Menurut beliau, penangguhan itu memberi peluang kepada peguam pemerhati bagi pihak keluarga mendiang membuat persediaan dan meneliti dokumen yang diperlukan.

“Ia satu keputusan yang baik. Sekurang-kurangnya pihak peguam boleh mengkaji dokumen-dokumen serta laporan bedah siasat, laporan toksikologi serta laporan yang berkaitan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ronnie berkata, penangguhan itu turut memberi peluang kepada Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga Teoh dalam inkues tersebut mendapat rehat secukupnya.

“Pada hari ini (semalam) beliau (Karpal) tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan.

“Jadi, dengan penangguhan ini kita berharap beliau mendapat rehat secukupnya sebelum kembali menjalankan tugas sebagai peguam pemerhati bagi pihak mendiang selepas inkues ini kembali bersambung pada 5 Ogos nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Ronnie merasa terkilan kerana permintaan Gobind untuk mendapatkan kenyataan saksi berhubung kes berkenaan ditolak.

“Kita merasa sedikit kecewa kerana permohonan untuk mendapatkan kenyataan saksi ditolak oleh Koroner Azmil Muntapha Abas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Majistret membenarkan prosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock ditangguhkan sehingga 5 Ogos ini bagi memberi peluang kepada peguam pemerhati bagi pihak keluarga mendiang membuat persediaan dan meneliti dokumen yang diperlukan.

Penangguhan tersebut dibuat ekoran permohonan peguam Gobind Singh Deo, yang menjadi peguam pemerhati kepada keluarga Teoh.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di tingkat 14 bangunan tersebut.

Teoh, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah merupakan saksi berhubung siasatan dakwaan salah guna peruntukan untuk DUN Selangor.

sumber - sinar harian


Tiada ulasan: