MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Jul 2009

Selepas 4 kali ditunda, kes liwat Anwar ditangguh lagi

KUALA LUMPUR 24 Julai – Selepas empat kali ditunda sejak 1 Julai lalu, perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dapat didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Malahan, kes tersebut sehingga kini masih di peringkat sebutan lagi bagi memberi laluan kepada permohonan-permohonan Anwar diselesaikan terlebih dahulu.

Perbicaraan sepatutnya bermula pada 1 hingga 24 Julai lalu tetapi dijadualkan semula selepas mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan Anwar agar pendakwa raya membekalkan dokumen dan barang kes kepadanya.

Permohonan itu juga berkali-kali ditangguhkan atas pelbagai alasan antaranya disebabkan peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah mengadu tidak sihat sehingga dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum beliau menarik diri daripada barisan pembelaan.

Ekoran adanya rayuan pendakwa raya selepas mahkamah membenarkan permohonan Anwar agar dibekalkan dokumen, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sekali lagi menetapkan 2 September ini untuk sebutan perbicaraan utama kes liwat.

Permohonan Anwar itu untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya juga akan disebut pada tarikh yang sama.

‘‘Kedua-dua prosiding itu tidak boleh diteruskan selagi rayuan tersebut belum selesai didengar di Mahkamah Rayuan,’’ kata hakim.

Tarikh itu ditetapkan selepas mahkamah hari ini membenarkan pendakwa raya menangguhkan pelaksanaan perintah agar pihaknya membekalkan sebahagian besar dokumen dan barang kes kepada Anwar sementara menunggu rayuan selesai didengar.

Hakim Mohamad Zabidin berkata, adalah menjadi undang-undang mantap dalam keadaan yang luar biasa, mahkamah perlu mengambil kira untuk membenarkan sebarang permohonan penangguhan oleh mana-mana pihak.

‘‘Saya dapati sekiranya pihak pendakwa raya berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan perintah bertarikh 16 Julai lalu maka keputusan itu akan menjadi sia-sia jika permohonan (penangguhan) hari ini tidak dibenarkan,’’ jelasnya.

Beliau membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung permohonan pendakwa raya untuk menangguhkan pelaksanaan perintah tersebut.

Ia dikemukakan selepas pendakwa raya memfailkan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan perintah mahkamah pada 16 Julai lalu yang membenarkan Anwar dibekalkan dengan dokumen dan barang kes kecuali sampel dan spesimen asid deoksiribonukleik (DNA) dalam tempoh tujuh hari.

Antara dokumen yang dibenarkan dibekalkan ialah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Desa Damansara, salinan nota ahli kimia dan doktor perubatan serta salinan kenyataan saksi-saksi termasuk pengadu yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

Terdahulu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pendakwaan berhujah, mahkamah perlu membenarkan permohonan penangguhan itu bagi mengelakkan rayuan pihaknya di Mahkamah Rayuan menjadi akademik.

Menurutnya, keengganan mahkamah membenarkannya akan menyebabkan segala dokumen dan barang kes diserahkan kepada pihak pembelaan.

‘‘Maka jika rayuan pihak kami diterima oleh Mahkamah Rayuan, ia telah menjadi sia-sia dan sudah tidak bermakna lagi kerana dokumen berkenaan telah pun dibekalkan kepada pihak pembelaan,’’ katanya.

sumber - utusan


1 ulasan:

Unknown berkata...

Pihak Anuwar sengaja mencari alasan untuk menegakkan benang yg basah, sudah-sudahlah berdalih... rakyat dah muak dan menyampah dengan sandiwara murahan macam ni.. mahkamah pula dok layan permintaan mengarut Pihak Anuwar supaya kes tertangguh lagi.. entah2 sampai 2013 (PRU13)... semua ni permainan lidah bercabang-cabang manusia bernama Anuwar Attartuk Al-Juburi Liwati..