MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Jul 2009

Saiful Bukhari berharap kes tidak ditangguh lagi

SHAH ALAM - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan mahu masyarakat mendoakan kes perbicaraan kes liwatnya dapat berjalan lancar tanpa sebarang penangguhan lagi selepas ini.

Katanya, harapan itu disuarakan selepas mahu persoalan mencari siapa yang benar dalam kes tersebut tidak terus menjadi tanda tanya dan berakhir segera. :

“Jadi, saya mohon kepada anda, tidak kira sama ada yang percaya atau tidak supaya mendoakan agar perbicaraan kes saya ini dapat dijalankan dengan syarat tiada lagi penangguhan bagi anda sendiri mengetahui kebenaran yang sebenar. :

“Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya,” katanya dipetik dalam cacatan terbaru berjudul ‘Detik-Detik Kebenaran’ dalam blognya semalam.

Dalam catatan sama, Mohd Saiful juga menamakan beberapa individu yang pernah terlibat dalam pergerakan Reformasi 1998 tetapi kini sudah meninggalkan Anwar atas beberapa sebab yang tidak dinyatakan.:

Antara individu yang dinyatakannya adalah, bekas peguam bela Anwar, Zainur Zakaria, Ezam Mohd Noor (bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan), Dr Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan), rakan karib Anwar, Datuk K.S Nallakaruppan dan Menteri Besar Pera, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa memperjuangkan Anwar pada 1998.

“Saya paparkan beberapa individu penting yang pernah terlibat dengan pergerakan Reformasi 1998 yang kini sudah meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas beberapa sebab.

”Bagaimanapun, ada yang tidak pernah menyatakan alasan sebenar mereka, tetapi sebagai manusia yang berakal, tentu kita boleh mentafsirnya.

“Terdapat ramai lagi individu yang saya tidak paparkan disini. Cukuplah sekadar contoh yang berada di atas (dalam blog) untuk saya papar. Jika anda mahu lebih dari itu, anda boleh cari di Internet,” katanya.:

Mahkamah Tinggi pada 8 Julai lalu menangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar pada 15 Julai ini dan menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan permohonannya bagi membatalkan pertuduhan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari.

Anwar, 62, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya itu, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu.

sumber - sinar harian


Tiada ulasan: