MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Jul 2009

Ronnie Liu tendang bilik mayat HTAR

KLANG : Pintu bilik pengurusan mayat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini yang engselnya rosak dipercayai ditendang Exco Selangor, Ronnie Liu yang cuba memasuki bilik itu tengah malam kelmarin, semalam dipasang dengan jerigi.


Pengarah HTAR, Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, jeriji itu dipasang di kedua-dua pintu bilik berkenaan yang satu daripadanya rosak disebabkan insiden jam 12 tengah malam.

Beliau berkata, insiden itu berlaku akibat salah faham kerana Ronnie berkeras ingin memasuki bilik berkenaan untuk melihat mayat Teoh Beng Hock, walaupun dihalang oleh kakitangan hospital.

“Memandangkan urusan bedah siasat mayat bukan bidang kuasa HTAR, pengurusan hospital tidak boleh benarkan Ronnie masuk lebih-lebih lagi pegawai penyiasat tidak ada di situ,” katanya.

Seorang kakitangan HTAR yang enggan dikenali berkata, sepanjang 15 tahun beliau berkhidmat di hospital itu, itu pertama kali kejadian menendang pintu bilik pengurusan mayat berlaku.

Sumber : Sinar Harian, 18 Julai 2009


1 ulasan:

cucu_tokwan berkata...

Takde ke sesiapa yang nak buat repot polis? Kan ke kes merosakkan harta awam/vandalism