Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
"Saya rasa Beng Hock bukan bunuh diri dan SPRM patut ambil tanggungjawab atas apa yang terjadi pada dia," kata Ronie Liu sewaktu beliau menyerbu ke pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam.
Timbul persoalan bagaimana Ronie Liu sepantas kilat mengetahui Teoh Beng Hock bukan membunuh diri, adakah dia mengetahui sesuatu rahsia disebalik kejadikan tersebut? Pembantu peribadi kepada exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah itu merupakan bekas wartawan akhbar sebelum menceburi bidang politik dan telah telah dibawa ke pejabat SPRM untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Selepas berita kematian tersebar melalui sms dan email, Ronie Liu antara orang yang paling awal datang dan agresif menyerang SPRM untuk meminta penjelasan, bukan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah. Disini wujud juga tandatanya kenapa Ronie Liu yang bertindak agresif dan terus membuat dakwaan jahat keatas SPRM yang bertangungjawab di atas kematian Beng Hock.
Sebelum kes kematian Beng Hock, nama exco DAP itu antara nama yang panas dibicarakan di medium masa lantaran dakwaan ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong yang mengaitkan exco tersebut dengan kongsi gelap, hingga menimbulkan perang mulut diatara Cho Keong dengan Ronie dan Teresa Kok.
Kini kes kongsi gelap beliau seakan reda apabila nama Beng Hock pula yang menjadi sebutan masyarakat dan media massa. Ada kemungkinan apa yang berlaku ini adalah konspirasi dalaman DAP untuk memulihkan imej parti yang sedikit tercemar gara-gara isu kongsi gelap dan penyalahgunaan wang peruntukkan.
Sebagai jalan penyelesain Beng Hock dijadikan kambing hitam untuk menutup kesemua kerja-kerja gelap parti DAP, taktik sama yang digunakan oleh kumpulan kongsi gelap untuk mengabui gerak kerja mereka supaya dapat dilindungi dari pihak berkuasa.
Diharapkan hasil siasatan pihak polis dapat memberi petunjuk sebenar siapa yang bertanggungjawab di atas kematian Beng Hock dan seterusnya memulihkan kredibiliti SPRM yang kini cuba dipalitkan hilang kredibiliti oleh DAP dan PKR.
Sebenarnya adalah tidak logik sekiranya kita ingin mengaitkan kakitangan awam dengan pembunuhan, namun sekiranya melibatkan kumpulan kongsi gelap perkara tersebut adalah tidak mustahil, banyak persoalan yang timbul mengenai punca kematian Beng Hock, sama-sama kita nantikan hasil siasatannya.
sumber - tomyamoktek
2 ulasan:
aku yakin MAMAT ni tau tapi politik membutakan segalanya kerana DIA nampak ini RAHMAT untuk dia lepaskan diri
Assalam wbt.
Demi untuk mengaburi mata masyarakat umum dia buat-buat le marah.....konon le......kalau SPRM nak bunuhpun, taklah sebodoh tu depa buat....depa mesti bunuh cara selamat dan tersembunyi.....kalau...kalau...kalau...dan jika dilihat cara mendiang tu mati rasa2nya macam cara kongsi gelap aje!....wallahu'alam.
Catat Ulasan