MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Jul 2009

Ronnie Liu nafikan ketulinan dokumen, Ean Yong sahkan benar



SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menafikan khabar angin mengaitkan beliau terlibat dalam kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock, baru-baru ini.

Beliau berkata, ia bukan saja dakwaan malah satu tuduhan palsu yang sengaja direka untuk menjatuhkan reputasi beliau sebagai pemimpin DAP.

“Ia adalah tuduhan palsu yang sengaja direka individu yang tidak bertanggungjawab memburuk-burukkan saya sekali gus imej DAP Selangor sebagai salah satu rakan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) negeri ini.

“Kenapa saya dikaitkan dengan beliau (Beng Hock) sedangkan beliau tidak pernah bekerja untuk saya,” katanya ketika sidang media di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan dalam sebuah laman blog mengaitkan beliau dengan insiden kematian Setiausaha Politik Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock, baru-baru ini.

Menurut laman blog berkenaan, kematian Beng Hock dikaitkan dengan korupsi yang dilakukan pemimpin DAP Selangor sejak PR tadbir Selangor.

Malah, dakwaan dalam blog itu juga mengaitkan Ronnie dan Ean dalam skandal berkenaan menggunakan dana peruntukan untuk kegunaan Dewan Negeri (DUN) Sungai Pelek dan Sungai Panjang.

Mengulas dakwaan itu, Ronnie yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Pandamaran berkata, penulis laman blog itu sengaja ‘mencipta’ senarai wang peruntukan yang digunakan bagi kedua-dua DUN terbabit.

“Data peruntukan yang dipaparkan dalam laman blog itu kebanyakannya direka penulis berkenaan sedangkan setiap peruntukan sebenar yang digunakan disenaraikan dalam laman sesawang Exco.

“Malah, setiap peruntukan yang kita guna direkodkan dan kita simpan semua resit tersebut,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, Ronnie bagaimanapun enggan berbuat demikian.

“Saya tidak akan membuat laporan polis atau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana saya tidak percaya kepada mereka. Malah, mereka tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap setiap laporan yang saya buat sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ronnie turut menafikan dakwaan bahawa beliau memberikan 80 projek kepada individu yang dikenal sebagai Wong Chuan How.

“Perkara ini tidak masuk akal kerana individu yang dimaksudkan itu salah seorang pegawai khas saya bukannya seorang kontraktor seperti yang didakwa oleh penulis berkenaan.

“Jelas ini kerja ‘musuh’ yang ingin mengucar-ngacirkan DAP Selangor,” katanya yang juga tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh parti politik lain.

Dalam sidang media yang sama, Ean turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang memburuk-burukkan ADUN PR melalui laman blog dengan menyiarkan maklumat dan tuduhan yang tidak berasas.

“Sebuah blog yang bernama 'Truth for Teoh Beng Hock' baru-baru ini dilancarkan telah mempamerkan maklumat mengenai peruntukan dan mendakwa DAP menyalah guna kuasa. Ini amat jelas bahawa pihak tertentu mempunyai agenda politik yang kotor dan cuba mengaitkan kematian Beng Hock disebabkan dia melakukan kesalahan,” katanya.

Ean dalam kenyataannya petang semalam turut meminta SPRM memberi penjelasan bagaimana maklumat sulit boleh dipamerkan dalam laman sesawang berkenaan tanpa sebarang kawalan.

“Kebanyakan maklumat yang dipamerkan dalam blog tersebut adalah sulit dan telah diserahkan kepada SPRM, bagaimana maklumat ini boleh diambil keluar tanpa pengawalan oleh pihak berkuasa. Saya mahu SPRM beri jawapan kepada kita mengapakah maklumat sulit demikian boleh dipamerkan,” katanya.

sumber - sinar harian


1 ulasan:

AnTi AljUbuRi berkata...

BABI HUTAN BERLAGA ... MAMPOSLAH KAFIR LAKNATULLAH!!!!