Oleh citrawaras, mykmu
Blog Truth for Teoh Beng Hock atau alamat url http://t4tbh.blogspot.com timbul seolah-olah memberi gambaran bahawa mendiang Teoh menyimpan insurans jika ada apa-apa berlaku padanya.
Itu yang diakui penulis blog tanpa nama itu dan tiada siapa dapat memperakui samada penulis blog itu benar-benar menerima dokumen dan kandungan perisian komputer. Maka untuk menilai blog ini adalah pada respons pihak yang terlibat.
Blog yang tidak diketahui latarbelakang seharusnya tidak perlu diambil endah. Namun demikian, cara respons yang diterima dari Raja Petra, Susan Loone, Ronnie Liu, Ean Yong Hian Wah dan Wong Chaun How kepada blog berbahasa Inggeris tersebut begitu penuh dengan misteri.
Respons segera terhadap blog itu adalah dari Raja Petra. Tanpa maklumat dan cerita untuk membidas balik, ia hanya berupaya melabel blog itu sebagai blog UMNO.
Namun begitu, beliau dan seorang lagi blogger Susan Loone menuntut DAP untuk memberikan penjelasan. Sebenarnya tidak perlu diperjelaskan blog tanpa nama dan tidak diketahui latarbelakang.
Namun begitu ketiga-tiga - Ronnie, Ean Yong dan Wong - memberi respons masing-masing. Mereka telah mengadakan sidang akhbar. Ini yang boleh dikatakan ada orang terasa pedas kerana termakan cili.
Ronnie menafikan maklumat senarai yang disiarkan dalam blog. Katanya blog tersebut telah mengambil maklumat dari blognya Color Blind, tetapi telah memanipulasi maklumat. Ada antara kegiaatan yang disiarkan tidak wujud.
Wong menyatakan tidak tahu menahu tentang sesetengah kegiatan yang disiarakan. Ini boleh menimbulkan pertanyaan samada wang ada diperbelanjakan tetapi tiada kegiatan. Maka Wong tidaklah mengetahui akan adanya kegiatan-kegiatan tersebut.
Ean Yong pula menuduh SPRM membocorkan dokumen. Macam mana dia boleh kata demikian? Adakah itu bermakna dokumen itu betul wujud dan penyelewengan sedikian itu benar-benar berlaku?
Ronnie ada berkata tidak mungkin Teoh menyimpan satu salinan dokumen dan maklumat data. Ini juga satu misteri kerana dia juga kata tidak mengenali sangat Teoh kerana dia bekerja bawah Ean Yong.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pula kononnya mahu memberi respons positif untuk memujuk penulis supaya usah 'membaling batu sorok tangan' untuk tampilkan diri dan memberi maklumat pada kerajaan negeri.
Dia kata kerajaan negeri memandang serious penyelewengan dan akan menyiasat.
Agaknya Khalid merasakan dirinya sudah terlalu pandai hingga orang lain tidak pandai berfikir dan buta mata penglihatan.
Jika Teoh yang merupakan saksi kerajaan boleh terbunuh, inikan pula penulis blog biasa. Tentu sekali dia mesti memikirkan nyawanya memandangkan bermacam kata-kata mengenai penglibatan kongsi gelap dalam kerajaan Selangor.
Adakah dia yakin Khalid yang serba susah dan lambat dalam membuat keputusan boleh menangani personaliti-personaliti yang ada kaitan dengan kongsi gelap dalam jemaah exconya? Tentu sekali akhirnya namanya pun akan diketahui.
Khalid tidak perlu untuk mengetahui identiti penulis tetapi cukup dengan menyiasat maklumat yang telah diberikan. Agaknya adakah Khalid berani bertindak terhadap mereka-mereka yang sudah disyaki orang ramai sebagai perasuah dan terlibat dengabn kongsi gelap?
Adakah orang yang masih berhutang bank tetapi boleh membelanjakan pembinaan rumah lebih dari RM6 juta boleh dipercayai bersih dan telus?
Kita tunggu saja apa lagi pendedahan yang akan disiarkan oleh blog tersebut. Pasti menarik.
sumber - mykmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan