MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Jul 2009

Rasionalkah tindakan Ronnie dan Khalid Ibrahim ?



Oleh Pusaka Ayahanda

SHAH ALAM - Kerana tidak dilayan, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu cuba membuat kecoh dengan menjerit-jerit dan mengetuk berulang kali pintu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14, Plaza Masalam di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor itu bertindak demikian kerana tidak dibenarkan masuk ke lokasi mayat mendiang Teoh Beng Hock, 30, ditemui iaitu di koridor tingkat lima di luar bangunan.

Akibat tindakannya itu, Ronnie dihalau dari kawasan pejabat SPRM oleh pegawai yang berada di situ dan wakil rakyat DAP itu turun ke tingkat lima bangunan.

Ronnie ketika menemui pemberita kemudian melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana tidak dilayan pegawai SPRM dan tidak dibenarkan masuk ke tempat kejadian.

"Sebagai wakil rakyat, saya tidak pernah datang ke tempat kejadian dan tidak sangka saya dilayan seperti itu.

"Saya rasa Beng Hock bukan bunuh diri dan SPRM patut ambil tanggungjawab atas apa yang terjadi pada dia," kata beliau.


UtusanOnline


Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dah menyatakan bahawa kes kematian Teoh ni adalah kes kematian mengejut. Dan Polis sedang menunggu laporan dari empat pakar dari 3 hospital untuk mengetahui punca kematian mendiang.

Dan Datuk Khalid juga telah memberi amaran kepada semua pihak agar tidak membuat spekulasi kerana siasatan akan dijalankan secara adil dan menyeluruh.

So, apa lagi yang si Ronnie Liu ni nak buktikan ? Negara ni bukan negara komunis. Negara ni ada undang2 nya sendiri. Tak payahlah si Ronnie Liu ni nak tunjuk lagak dan dengan mudah nak tuduh yang bukan2 tanpa sebarang bukti yang kukuh.


Dan semalam, Khalid Ibrahim, MB Selangor mengetuai hampir 500 orang pada demonstrasi jalanan berhampiran Plaza Masalam di Shah Alam. Perarakan tersebut penuh dengan sepanduk serta laungan mengutuk SPRM dan Kerajaan.

Sebagai seorang MB, apa rasionalnya Khalid Ibrahim menyertai demonstrasi jalanan menghentam SPRM dan kerajaan pada ketika siasatan terhadap kes mendiang Teoh baru dijalankan.

Sepatutnya Khalid bersikap lebih bertanggungjawab serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dan bukannya secara semberono mengetuai demonstrasi jalanan seperti aktivis2 "HAPRAK" demi untuk menjayakan kepentingan politik peribadi.

Terang disini bahawa kelakuan sumbang Ronnie Liu yang mengamuk secara membabi buta di pejabat SPRM dan Khalid Ibrahim yang "kurang waras" mengepalai demonstrasi jalanan menghentam SPRM dan Kerajaan adalah bermotifkan politik semata2.

Isu kematian mendiang Teoh hanyalah sebagai sandaran untuk manusia2 "Haprak" ini menghentam Kerajaan dan pihak berkuasa.

Tindakan mereka2 ini sebenarnya bukan untuk membantu tetapi lebih kepada mewujudkan suasana yang kacau bilau serta huru hara di dalam negara.

Inilah wajah sebenar permainan politik parti pembangkang.

sumber - pusaka ayahanda


2 ulasan:

ladybird berkata...

Agaknya mentality pembangkang memang begitu.

Anak Lenggong berkata...

Ingat lah dan lihat lah wahai warga negara malaysia...ada pemimpin berperangai macam ni yang korang pilih..ini baru jadi exco dan mb sebuah negeri ..sudah diletakkan undang2 dibawah tapak kaki mereka..macamnana pulak bila dapat takbir negera..entah2...berlaku sahaja kejadian yang membabitkan orang dia ..tak perlu siasatan dilakukan dan akan terus dihukum..

Ini lah akibatnya bila rakyat menjadikan satu pemerintahan negeri itu sebagai percubaan..lihat lah bukan pembangunan rakyat yang diutamakan tetapi mereka hanya mencari kesalahan kerajaan terdahulu sehingga lupa macammana nak mentakbir sebuah kerajaan..daripada sebuah negeri yang kaya..menjadi khazanah negeri berkurangan..ini lah pemimpin yang rakyat negeri pilih.