MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Jul 2009

Exco Selangor terlibat dengan kongsi gelap disiasat

Oleh AZIAN AZIZ
utusanpengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 16 Julai - Polis akan memanggil beberapa lagi saksi termasuk pegawai kerajaan negeri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong terdapat Exco Selangor terlibat serta mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua saksi itu akan dipanggil untuk siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia.

Beliau juga mengesahkan yang pegawainya dari Cawangan Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) telah mengambil keterangan Choo Keong di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini petang ini.

"Kita gunakan kuasa-kuasa untuk menyiasat mengikut Akta Multimedia kerana kalau tidak kita tidak ada kuasa untuk menyiasat kes ini.

"Selepas ini kita akan panggil beberapa saksi lain dan saya ingatkan kepada mereka terlibat supaya memberikan kerjasama dan tunggu panggilan kami," kata beliau kepada pemberita di sini petang ini.

Menurut beliau, selepas ini, kes tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, katanya, pihak Jabatan Siasatan Jenayah negeri akan memantau dan membantu siasatan kes itu.

Pada pukul 12.30 tengah hari ini Choo Keong hari ini tampil di IPK Selangor bagi memberi keterangan berhubung dakwaan terdapat Exco Selangor terlibat serta mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.

Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir bersendirian tanpa ditemani individu lain tiba di pekarangan IPK Selangor pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Beliau selesai memberi keterangan selama dua jam kepada dua pegawai penyiasat dari Cawangan Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7).

sumber - utusan malaysia


Tiada ulasan: