MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

31 Jul 2009

Rakyat Menangis di Selangor: Ronie Liu pijak kepala Khalid..



Oleh Kumbang, AIDCclub

Pendedahan ini akan dilakukan secara bersiri untuk sama-sama kita renungi apa yang sebenarnya berlaku sekarang di Selangor agar kita dapat mengetahui majoriti rakyat Selangor kini sedang 'menangis' di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang.

Pendedahan pertama :

Blog air mata Selangor telah mendedahkan bahawa Exco Ronie Liu (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan) telah bertindak tanpa kebenaran Menteri Besar dengan menghantar surat kepada PBT tertentu untuk memberi arahan tangguh operasi PBT ke atas pusat cyber cafe yang beroperasi lebih waktu.

Tindakan ini dibuat Ronie untuk membenarkan operasi lebih masa untuk pelancong. Namun tindakan sebesar ini (arahan tangguh operasi) perlu dibuat dalam mesyuarat exco bukan dibuat atas budi bicara seorang exco sahaja dan perlu dibuat paling kurang pun di atas restu dan kebenaran Menteri Besar.

Ronnie berani mengeluarkan surat ini kerana menyedari Khalid tidak mampu menegur beliau. Ini dibuktikan apabila selepas surat ini dikeluarkan Khalid masih juga berdiam diri dan tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap Ronie mahupun menegur beliau.

Soal membenarkan operasi lebih masa untuk Pelancong juga menjadi pertikaian.
Apakah yang sebenarnya dilakukan pelancong di cyber cafe pada lewat malam?
Adakah kegiatan perjudian turut berlaku di dalam cyber cafe itu?

Kumbang pun pernah pergi ke cyber cafe pada lewat malam di sekitar Selayang tetapi Kumbang dihalau keluar kerana Komputer yang berada di dalam cyber cafe itu telah diubah menjadi mesin judi dan tidak boleh digunakan untuk melayari internet. Senario ini semakin kerap terjadi di Selangor di atas kecekapan Ronie Liu menjaga PBT dan kecekapan Khalid mengawal tindak-tanduk Exconya.

Tindakan tanpa pengetahuan Menteri Besar Selangor ini diteruskan lagi dengan Ronie Liu dikatakan ingin melantik pegawai-pegawai kroni beliau( majoriti berbangsa cina) di PBT seluruh Selangor. Yang mana pegawai-pegawai ini ditempatkan khas oleh Ronie Liu untuk memastikan beliau dapat menguasai pentadbiran PBT di Selangor dan memudahkan beliau menjalankan 'kerja-kerja'nya.

Bagaimana Ronie Liu melakukannya tanpa pengetahuan Menteri Besar Selangor?

Menurut rakan blogger Kumbang, Ronie Liu telah meminta bantuan Jabatan Sumber Manusia Selangor untuk menggerakkan gerakan ini dengan lebih meluas lagi. Ronie Liu dikatakan juga ingin berusaha untuk melantik Datok Bandar MBPJ, Yang Dipertua MPSJ dan Yang Dipertua MPK daripada kalangan kroni beliau untuk memastikan gerakan menguasai PBT Selangor dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Apa agenda di atas tindakan-tindakan beliau ini boleh sama-sama kita fikirkan. Mungkin Ronie Liu boleh jawab sendiri mengenai perkara ini samada benar atau tidak.

Mungkin ada kena mengena dengan Ronie Liu atau tidak, wujudnya hampir 4,000 premis perjudian, siber kafe dan spa beroperasi secara haram walaupun hanya 700 lesen diluluskan oleh kerajaan negeri. Menimbulkan pertikaian, adakah perkara ini ada kena mengena dengan beliau. Kerana portfolio beliau yang menjaga PBT saling berkait dengan perkara ini.

Jika beliau menafikan hubungan beliau dengan segala kegiatan haram ini perkara itu masih belum menafikan ketidakkecekapan beliau dalam menguruskan PBT di Selangor.

Kewujudan banyak premis haram ini antara lain akan menyebabkan masalah sosial akan semakin teruk dan rakyat Selangor akan menerima kesan yang amat dasyat berpunca daripada perkara ini.

Di mana jaminan keselamatan dan pengurangan gejala sosial yang menjadi manifesto Pakatan Pembangkang pada PRU ke-12 lalu?

Adakah dibuang dan dicampakkan di dalam tong sampah?

Kumbang mohon kepada Menteri Besar untuk bangun daripada tidur dan cepat menangani isu ini. Sekurang-kurangnya berani menegur Ronie Liu supaya tidak memijak kepala beliau.

Rakyat kini menangis di Selangor, persoalannya adakah kerajaan Selangor peduli?

sumber - analisisringan


3 ulasan:

Shah berkata...

Di mana PAS bersembunyi. Apakah dosa yang di terima oleh PAS dengar membiarkan maksiat berkembang seperti cendawan. Apa guna jadi exco agama kalau Melayu di hina Islam di pijak. Sedarlah PAS bahawa PAS menjadi boneka sahaja. Tiada kuasa tapi cakap tak serupa bikin. Macam Parti Angkatan Sial

abuarif berkata...

MANA MELAYU....MANA USTAZ2 PAS....HASAN ALI TOLONG JAWAB SEMUA INI..........CAKAP TAK SERUPA BIKIN........siapa setan sekarang............NAK tegak ISLAM berkawan dgn musuh islam yg nyata....saudara islam dianggap musuh....semoga ALLAH membalas perbuatan mereka ini yg bertopengkan ISLAM utk kepentingan diri...usah menipu bangsa sendiri...anak cucu akan sumpah nanti.....

cik kiah berkata...

Salam Saudara Kumbang....

Menteri Besar yang ada sekarang ni betul2 seperti lembu cucuk hidung. Dia tak akan sedar sampai bila2 pon. Dia hanyalah MB Boneka, MB yg menjalankan kerja2nya ialah Azmin Ali. Khalid Flinstone tak tahu nak buat kerja, nak chair mesyuarat pon blur2, nanti kita bincang,itulah jawapannya. Apa2 keputusan mesti dirujuk dgn Azmin terlebih dahulu. Barulah boleh diumumkan kemudian.

situasi ini memang benar kerana salah seorang kawan cik kiah bekerja di situ. Dia sendiri pon dah fed up dgn pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang. masuk kerja hanya goyang kaki sahaja. sangat berbeza dgn pentadbiran sebelum ini yg tak sempat pon nak goyang kaki.