MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Jul 2009

PKR tubuh KEJAM ajak rakyat sokong kes liwat Anwar


Oleh AIDCNews

Angkatan Muda PKR telah menubuhkan sekretariat khas bertujuan membela kes liwat Anwar Ibrahim yang dinamakan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).

KEJAM digerakkan oleh ahli-ahli Angkatan Muda PKR yang dipimpin oleh ketuanya Shamsul Iskandar Mat Akin yang berusaha meraih sokongan daripada golongan masyarakat yang tidak berparti agar menyokong Anwar Ibrahim.

"KEJAM akan menggerakkan usaha mennyokong Datuk Seri Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN", tulis Shamsul Iskandar di dalam blognya.

Dipercayai KEJAM ditubuhkan sejak pertengahan Jun lalu, apabila mendapati usaha-usaha menggugurkan kes liwat yang dilakukan oleh Anwar dan barisan peguam belanya tidak tidak begitu positif.

Oleh itu KEJAM telah berusaha untuk mengumpulkan ahli-ahli angkatan mudanya untuk hadir secara beramai-ramai pada 8 Julai 2009, 9.00 pagi, di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, sebagai menandakan kes liwat Anwar mendapat sokongan penuh daripada PKR.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar telah menghantar memorandum kepada pihak pendakwaraya agar menggugurkan kes liwat Anwar, namun usaha itu tidak membuahkan apa-apa hasil.

Sestengah pihak berpendapat, kesungguhan Angkatan Muda PKR menggugurkan kes dan menubuhkan KEJAM melambangkan ketakutan melampau di kalangan para penyokong totok PKR, bimbang sekiranya Anwar Ibrahim bakal didapati bersalah dalam perbicaraan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari dan di penjarakan sekali lagi di Sungai Buloh.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 8 Julai di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah.

sumber - AIDCNews


3 ulasan:

Husin Lempoyang berkata...

Buatlah sesuatu tentang REJAM ... Rancangan Ejen Jahat Asyik Meliwat.

Di Saudi, kalau didapai salah meliwat, hukuman rejam sampai mati.

Zulkefli Abdul Aziz berkata...

Sepatutnya di tukar kepada REJAM kerana itu lah hukuman pada sepeliwat

dhomnirhahs berkata...

Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ? tak kena langsung dengan akronimnya (KEJAM).. kalau KEbelakang Jubor pun Aku Main atau KEnapa Jubor Aku Main kena la akronim KEJAM tu ..

muahaha