Oleh Tomyampoktek, AIDCclub
Dalam mesyuarat tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Anwar membayangkan dirinya akan ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan meliwat. Lantaran itu jentera Keadilan hendaklah mencanangkan bahawa sekali lagi Anwar Ibrahim akan dianiayai oleh kerajaaan dalam konspirasi kedua kes liwat antara beliau dan Saiful. Saat ini pimpinan tertinggi Keadilan sibuk menjelajah negeri Selangor dengan harapan rakyat di lembah Klang ini akan bangkit pada hari perbicaraan dan hari-hari seterusnya untuk menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan.
Anwar begitu menginginkan senario 1998 berulang lagi, demonstrasi disana-sini, dan Anwar terlalu kepingin situasi Kota Teheran berlaku di Kota Kuala Lumpur. Kalau ia melibatkan kematian atau kecederaaan Anwar akan seronok lagi kerana ia boleh dimanipulasikan. Beliau seronok rakyat bangkit bersamanya dan terlena dengan alunan yang selalu diwawarkanya, reformasi,kebebasan dan demokrasi.
Wujud tanda tanya kenapa Anwar sudah menghakimi dirinya akan dipenjarakan sedangkan beliau kini sedang beria-ia untuk mengelakkan dirinya dibicarakan. Rayuan itu dan rayuan ini dengan asas ingin mengelak perbicaraan dilakukan. Mungkin dalam perkiraan Anwar dirinya sudah tidak dapat mengelak lagi dari disabit kesalahan yang hanya dirinya dan orang yang diliwatnya sahaja yang tahu benar atau tidak perkara tersebut berlaku.
Oleh itu, beliau cuba membawa momentum bahawa dirinya dizalimi oleh kerajaan memerintah supaya rakyat akan bersimpati dengannya. Ini sekaligus dapat mengelakkan dirinya dari disebut nama dengan kes Liwat, begitulah liciknya manusia bernama Anwar Ibrahim ini.
Perangai Anwar ini sedikit pun tidak menjanggalkan kerana sewaktu beliau di Universiti Malaya pada tahun 1967. Anwar Ibrahim telah bangkit meniup suara kepada persatuan pelajar, dalam usaha mengggesa kerajaan menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan umat Islam apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Pada masa itu seolah dirinya orang yang betul2 membela orang Melayu dan Islam hingga beliau dianggap Ultra Melayu dan pemimpin generasi umat islam.
Di Baling beliau mengajak mahasiswa dan rakyat memperjuangkan keadilan masyarakat luar bandar dan terlibat dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan ekoran dikatakan wujudnya kebuluran di Baling, Kedah pada tahun 1974. Kelicikannya ini menyebabkan banyak pihak ingin mendapatkannya termasuk PAS dan parti UMNO. Namun Anwar menolak pelawaan PAS dan hingga saat ini beliau tidak pernah menyatakan beliau ingin menjadi ahli PAS.
Wujud persoalan kenapa Anwar tidak memilih PAS sebagai pilihan destinasi Politiknya, adakah beliau merasakan dirinya tidak layak mempimpin organisasi Islam? atau beliau mempunyai fikrah politik yang berbeza, sedangkan dimulutnya beliau ingin memperjuangkan islam. Tahun 1981/82 ruang kepadanya untuk memimpin PAS terbuka luas kerana pucuk pimpinan PAS mengalu-alukan kehadiran Anwar dan melantiknya sebagai pucuk pimpinan. Namun mungkin takdir telah tersurat tidak membenarkan Anwar mempimpin parti islam tersebut.
Akhirnya beliau memilih UMNO dan melalui penglibatannya didalam Parti tersebut Anwar mula meyerang PAS walaupun beliau mempunyai banyak hubungan peribadi dengan kepimpinan PAS saat itu, namun beliau menyerang PAS betubi-tubi. Disini nampak liciknya politik Anwar Ibrahim. Rakan sendiri pun dimaki hamum demi perjuangan menempatkan dirinya sebagai orang politik.
Beliau memang bercita-cita tinggi untuk menjadi Pemimpim UMNO. Lantas diaturkan strategi untuk memudahkan beliau naik dari satu peringkat ke satu peringkat hinggalah menjadi orang nombor dua berkuasa di Malaysia. Hanya tinggal setapak lagi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri akan termakbul, sekali lagi takdir tidak menyebelahinya. Anwar terperangkap dengan pelbagai kisah hitam. Pelbagai tuduh-tuduhan singgah diribanya, ada yang dapat ditepis ada yang terpaksa ditelan, akhirnya penjara menjadi destinasi dirinya.
Sebagai umat Islam kita kadangkala dianjurkan sentiasa muhasabah diri kepada setiap perlakuan kita, dan sebagai mahkluk ciptaan Allah Anwar pun tentu mempunyai salah dan silap, begitu juga dengan Tun Dr. Mahathir Perdana menteri yang menghalang Anwar dari meneruskan impiannya. Namun satu persoalan timbul, kenapa terlalu banyak halangan yang dihadapi Anwar dalam kerier politiknya berbanding dengan Tun Dr Mahathir, dari satu masalah ke satu masalah, adakah mungkin doa beliau tidak dimakbulkan pencipta menyebabkan beliau gagal memenuhi impiaannya?
Sebagai umat Islam kita selalu berdoa agar dipermudahkan urusan oleh Allah Taala, namun sekiranya kita gagal atau menghadapi kesulitan kita digalakkan muhasabah diri mengapa kita mengalami nasib demikian. Kerana kita tahu semua ketentuan datang daripada Allah SWT, sekiranya doa kita tidak dimakbulkan tentu ada sebab musababnya mengapa ia berlaku.
Dalam konteks kes Anwar adakah boleh kita katakan apa yang terjadi kepadanya memang sudah ditakdirkan begitu. Sebagai masyarakat harus juga kita muhasabah dan mengkaji kenapa Anwar Ibrahim mengalami nasib yang demikian terlalu sukar tidak seperti pemimpim lain. Memang tidak dinafikan kejahatan dan konspirasi memang berlaku namun Pencipta juga sentiasa menyarankan kita agar tawaduk kepadanya dan mempercayai Qada dan Qadar. Kalau betul Anwar menjadi mangsa konspirasi lambat laun kejahatan pembuat dasar konspirasi akan terdedah dan menerima nasib, janji orang tersebut percaya dengan kekuasaan Allah.
Ini yang menjadi tanda tanya, saat ini cara politik Anwar makin mendedahkan dirinnya. Kebaikkan Pak Lah membebaskan dirinya diterjemahkan dengan cacian terhadap Pak Lah hingga bekas Perdana Menteri Malaysia itu terpaksa meletakkan jawatan. dan dianggap sebagai sampah oleh masyarakat Malaysia.
Kisah peribadi pemimpin diaibkan oleh orang suruhannya, tokoh tertentu dimokmokkan kejahatan dan hanya mendakwa dirinya yang betul dan bersih. Itulah Anwar Ibrahim manusia hipokrit seumpama Abdullah bin Saba.
sumber - tomyampoktek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan