MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Jul 2009

Pelajar UM, pecah kepala terjatuh dari tingkat 16

ANAK panah menunjukkan Tan maut jatuh dari tingkat 16 Apartmen Vista Angkasa, di Kerinchi


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), maut selepas jatuh daripada Tingkat 16, Blok 5 Apartmen Vista Angkasa di Kerinchi di sini, pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Tan, 22, ditemui tertiarap jam 11.30 pagi dalam keadaan mengerikan dengan badan berlumuran darah dan kepala pecah di tempat letak motosikal.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Muar, Johor berdasarkan kad pengenalan ditemui dalam beg yang ditinggalkan di koridor Tingkat 16 apartmen itu.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari bangunan itu berdasarkan penemuan barang miliknya termasuk sebuah beg dan cermin mata yang ditinggalkan di Tingkat 16. Polis juga menjumpai kad pelajar yang tertera tahun 2006/2007

"Mungkin mangsa masih belajar di universiti berkenaan, tapi tidak memperbaharui kad atau sudah tamat belajar. Kita akan terus menjalankan siasatan walaupun kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya di sini, semalam.

Difahamkan, turut terdapat di dalam beg yang ditemui itu adalah nota kuliah milik mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan polis juga sudah memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa di Johor.

sumber - berita harian


4 ulasan:

bzz berkata...

Haaa... DAP mintak la suruhanjaya diraja lakukan siasatan. Mungkin dalangnya BN dan UMNO.

USD berkata...

Setuju satu sjaya & inkues kena tubuh ni...ayuh kita tuntut! kena arak mayat ni...belanja kena kebumi tanggung!

Tanpa Nama berkata...

SALAM. Sekali lagilah nampaknya Zulkifli Nordin akan tegejut "BEROK"...

wassallam.

Truth prevails berkata...

Yea betul..not only that, Sngor Govt must also support the total cost of funeral and be responsible towards the living fmly of the victim....