MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Jul 2009

Pandora Box kes Teoh: Siapa takut kena baling batu…siapa sembunyi tangan?



Oleh: ROSLAN BIAN, agendadaily


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memilih jalan sama seperti pemimpin-pemimpin pembangkang lain ketika berdepan isu dakwaan kemungkinan adanya penyelewengan membabitkan Exco kerajaan negeri yang diketuainya.

Pemimpin PKR itu turut menuduh laporan laman blog yang mendedahkan dakwaan penyelewengan Exco terbabit mempunyai kaitan dengan kematian Teoh Beng Hock sebagai bertujuan memberi pandangan buruk kepada pihak disasarkan.


Laman blog http://www.t4tbh.blogspot.com dalam pendedahannya mendakwa berlaku penyelewengan lebih 300 projek kecil bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diselia oleh Exco terbabit.

Lebih menariknya Khalid mahu penulis blog bersikap dan bertindak secara ‘gentleman’ dengan mendedahkan identiti mereka bukannya ‘baling batu,sembunyi tangan’.

Malah mengulas lebih lanjut dakwaan yang sudah diketahui umum sejak Jumaat, beliau berkata, pihak yang mempunyai sesuatu dakwaan perlu melaporkan kepada pihak pihak berkuasa bukannya melaporkan di dalam blog.

Lucu jadinya bila beliau sentuh perkara ini.

Khalid lupa apa beliau lakukan kepada Pengerusi Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK), Mohd Nazree Yunos yang membuat laporan terhadap beliau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan itu ada kaitan kes salah guna wang kerajaan negeri dalam urusan membiayai kos penyelenggaraan dan beliau aksesori serta alat ganti kereta milik peribadi Menteri Besar Selangor.

Akhirnya, Mohd Nazree disaman oleh Khalid supaya menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi terhadap dua kenyataan itu termasuk dakwaan Menteri Besar itu membiayai pembelian 46 ekor lembu korban untuk Parlimen Bandar Tun Razak.

Pengerusi GERAK itu bagaimanapun, tidak berganjak dan kini berdepan tindakan lanjut peguam Khalid demi mahu memperjuangkan usaha meningkatkan integriti pencegahan rasuah.

Sepatutnya dalam isu ini, Khalid jika benar mengamalkan pentadbiran yang telus seperti kerap dilaungkannya, tidak perlu mempertahankan mana-mana Exco yang mungkin terbabit seperti dakwaan dalam blog tersebut.

Namun, kerana beliau Menteri Besar dan ‘takut kena baling batu’ jika kes itu terbukti benar, Khalid cuba ‘sembunyi tangan’ dengan kenyataan akan pantau tuduhan di blog itu.

Maknanya, beliau boleh kata satu masa masa nanti, jika kes itu benar, Exco terbabit kena tanggung sendiri, tiada kena mengena dengan kerajaan negeri mahupun kerajaan campuran PKR,DAP dan PAS di Selangor.

Bagaimanapun, sesiapa yang mengenali bekas tokoh korporat itu tahu, Khalid seorang yang apabila bercakap lebih banyak meluahkan sindiran berbanding menyatakan kebenaran.

Sebab itu juga beliau kata, kalau betul dakwaan benar-benar berlaku, kita ambil tindakan tetapi sekarang kita harap bloggers jangan jadi agen kepada pihak tertentu.

Maknanya macam biasalah. Apabila ada sesuatu kes membabitkan pembangkang, adalah yang dituduh menjadi agen kerajaan atau UMNO, ada konspirasi, media dan TV di kuasai kerajaan dan sebagainya.

Dalam kes ini, Exco yang disebut dalam blog itu mahupun Khalid sendiri kena sedar dan jangan ingat orang lain sahaja buat salah tapi bila kena batang hidung sendiri, masih hendak menyalahkan orang lain.

Ini namanya ‘ takut kena baling batu dan sembunyi tangan’.

Pada Exco terbabit juga jika dakwaan ini tidak benar, jangan setakat menafikannya. JIka sebelum ini beliau pernah menyaman orang lain yang membuat dakwaan terhadapnya. apa kata saman pula penulis blog itu untuk buktikan beliau tidak bersalah.

Andainya beliau berdiam diri, maka seluruh rakyat tahulah bahawa tulisan dalam blog itu benar belaka.

Kini dakwaan yang tersiar itu membuka episode baru dalam kes kematian mendiang Teoh dan siasatan SPRM terhadap beberapa Exco dan Wakil Rakyat lain ekoran dakwaan penyelewengan peruntukkan kerajaan negeri.

Semua pihak kini sedang menunggu apa lagi misteri terungkai atau Pandora Box kes itu terbuka!


Kes Teoh…kemunculan sebuah blog misteri ‘ buka cerita’


Tiba-tiba hangat di internet mengenai kemunculan sebuah blog misteri yang yang mendakwa kematian mengejut pembantu Exco Selangor,Teoh Beng Hock mungkin ada kaitan dengan kegiatan songlap peruntukkan kerajaan negeri oleh kalangan ADUN DAP.

Pengendali blog itu tidak diketahui.Kewujudan blog ini telah disebarkan menerusi email.Agendadaily turut menerimanya.

Nama blog itu - Truth for Teoh Beng Hock mengunakan alamat http://t4tbh.blogspot.com.

Blog yang mendakwa kebenaran akan didedahkan itu kata ia bertujuan untuk membersihkan nama Teoh.

Apa yang menarik blog itu mendakwa ia hendak membongkar bagaimana mendiang Teoh telah membuat salinan dokumen yang boleh mendedahkan kegiatan ‘merompak’ dan ‘melenyapkan’ peruntukan kerajaan oleh kalangan ADUN DAP di Selangor.

Membaca tulisan yang baru tiga siri itu, budak sekolah rendah pun boleh hidu penulis cuba beri gambaran yang boleh menimbulkan syak wasangka kemungkinan kematian Teoh tidak boleh ditolak ada kaitan dengan kegiatan itu.

Ramai orang akan terlopong membaca pendedahan yang dibuat. Ini kerana DAP yang selama ini mendakwa ia cukup benci dengan amalan salah guna kuasa dan penyelewengan, dalam tempoh satu tahun berkuasa mempunyai modus operandi ‘songlap’ duit kerajaan secara teratur.

Penulis blog mendakwa DAP buat kerja mencuri duit rakyat tanpa pengetahuan rakannya PKR dan PAS di negeri itu. DAP menurut pengendali blog itu bukan sahaja tipu rakyat dan curi duit rakyat tapi turut tipu komponen pakatan pembangkang tersebut.

Ikut tulisan blog itu setiap ADUN pembangkang diberikan RM500,000 untuk projek-projek kecil di kawasan masing-masing. Penulis blog itu mendakwa mendiang Teoh terlibat dengan ‘penyelewengan’ wang tersebut kerana dipaksa oleh dua Exco iaitu bosnya Ean Yong dan Ronnie Liu.

Mendiang Teoh dikatakan tidak setuju dengan perbuatan dua Exco berkenaan dan untuk melindungi dirinya, beliau membuat salinan semua dokumen-dokumen palsu dan syarikat-syarikat yang menubuhkan oleh DAP.

Beliau kemudian dikatakan menyerahkan hard disk yang mengandungi semua maklumat terperinci tersebut kepada seseorang yang kemudian berazam untuk membongkarkan kegiatan rasuah oleh DAP di Selangor.

Paling menarik dalam tulisan tersebut, nama Ronnie merupakan subjek paling popular yang didedahkan oleh penulis berkenaan.

Mana tidaknya, bagi tempoh tahun 2008 (sejak kerajaan negeri ditubuh Mac 2008 hingga Disember 2008 – sembilan bulan sahaja) daripada 172 projek bagi DUN Sg Pelek, 83 projek didakwa telah dianugerahkan kepada seorang yang bernama Wong Chuan How.

DUN Sungai Pelek sebenarnya diwakili oleh wakil rakyat MCA Yap Ee Wah.Dalam blog itu ditulis Ronnie Liu sebagai wakil rakyat.

Ronnie yang juga ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor ialah ADUN kawasan Pandamaran.

Mungkin maksud penulis itu di sini ialah Ronnie ‘ jaga ‘ kawasan itu bagi pihak DAP kerana wakil rakyatnya BN.

Walaupun kerajaan negeri Selangor memberitahu semua projek akan diberi secara tender tetapi berdasarkan maklumat yang ditinggalkan mendiang Teoh, hanya beberapa orang dan syarikat sapu bersih projek melalui peruntukan ADUN.

Contohnya daripada peruntukan RM500,000 yang diperuntukan untuk Ronnie hampir separuh iaitu RM216,950 telah dianugerahkan kepada Wong Chuan How.

Bagi membuktikan dakwaan tersebut penulis telah menyiarkan salinan senarai projek dan program yang diberikan oleh Ronnie kepada Wong Chuan How dan Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise dan beberapa nama lagi.

Dalam dokumen yang disiarkan oleh blog itu ada, penulis memberikan contoh bagaimana DAP ‘sakau’ duit peruntukan bagi sesuatu projek / program. Contohnya seperti berikut:

Hong Chae Enterprise

Invoiced amount/Jumlah invois: RM 10,000.00
Less 5% DAP ADUN / Potongan 5% untuk ADUN DAP: RM500.00
Net/Bersih : RM9,500.00
Cheque paid (no name given) /Cek dikeluarkan tiada nama: 5,000.00
Net / Bersih: RM4,500.00
DAP Serdang Aman: RM3,000.00
To DAP Fund / Tabung DAP: RM1,500.00

Berdasarkan kiraan tersebut daripada peruntukan RM10,000 sebanyak RM5,000 dipotong untuk ADUN DAP, DAP Serdang Aman dan Tabung DAP.

Sebab itulah menurut penulis, mendiang Teoh berdepan dengan tekanan kerana tidak bersetuju dengan kegiatan ‘songlap’ wang kerajaan yang dilakukan oleh beberapa ADUN DAP tersebut.

Selain di DUN Sg Pelek , DUN Teratai, Kajang dan Balakong turut disebut dalam tulisan blog berkenaan.

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan melalui blog tersebut, mungkin siasatan menyeluruh perlu dibuat apakah mendiang Teoh berhadapan dengan ancaman atau tekanan yang melampau hingga membawa kepada tragedi yang menimpanya.

Sebab sejak kematian beliau, tuduhan dilemparkan kepada SPRM, polis dan kerajaan. Bertalu-talu serangan dibuat oleh pembangkang.

Kematiannya memang satu misteri.Soalnya apakah blog misteri ini cuba memberi petunjuk sebab musabahnya.

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: