MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Jul 2009

Yong, Manoharan ajar Teoh jawab siasatan SPRM

KUALA LUMPUR: Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata beliau kali terakhir bertemu Teoh Beng Hock selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) Setiausaha Politiknya memaklumkan kehadiran dua pegawai SPRM untuk mengambil dokumen, unit pemprosesan pusat (CPU) dan komputer ribanya, kira-kira jam 5 petang, 15 Julai lalu.


"Ketika itu saya menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik menerima SMS Teoh, saya ke pejabat di Tingkat 15, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

"Apabila sampai di situ, saya mempersoalkan kehadiran pegawai SPRM, kerana mereka datang tanpa memberi sebarang notis walaupun tahu siasatan yang dilakukan," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor itu ketika dihubungi di sini, semalam.

Yong berkata, sebelum pegawai SPRM membawa Teoh ke pejabat mereka untuk disoal siasat, beliau dan Adun Kota Alam Shah, M Mahoharan sempat berbincang dengan Teoh cara menjawab dan membantu SPRM dalam siasatan mereka.

"Saya ingatkan Teoh supaya menjawab dengan jujur dan jika tidak pasti atau tidak tahu mengenai sesuatu yang ditanya, hanya maklumkan perkara yang benar.

"Ketika itu, Teoh kelihatan tenang, tidak tertekan, malah bersedia untuk disoal siasat," katanya sambil menjelaskan itu kali terakhir beliau melihat dan berhubungan dengan Teoh, sebelum Teoh ditemani Manoharan ke pejabat SPRM.

Yong berkata, jam 11.30 malam sama beliau bersama seorang peguam ke pejabat SPRM untuk bertemu Teoh, tetapi tidak dibenarkan dengan alasan SPRM berhak menahannya untuk tempoh 24 jam.

"Malah, permintaan saya supaya Teoh ditemani seorang peguam juga ditolak dengan alasan ia boleh mengganggu siasatan," katanya menjelaskan beliau kemudian meninggalkan pejabat SPRM.

Yong dan Manoharan dikatakan individu terakhir berhubung dengan Teoh sebelum dan selepas mangsa dibawa ke pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam.

Manoharan yang dihubungi pula berkata, beliau hanya menemani Teoh sehingga ke pintu masuk pejabat itu.

"Pegawai SPRM tidak membenarkan saya untuk bersama Teoh ketika beliau memasuki pejabat SPRM, oleh itu saya hanya tunggu di luar pejabat berkenaan.

"Kira-kira jam 6.15 petang, pada hari sama (Rabu), Teoh menelefon saya dan memaklumkan bahawa beliau berada dalam sebuah bilik di pejabat SPRM untuk disoal siasat.

"Memandangkan saya tidak dibenarkan untuk menemaninya, saya pun pulang selepas bercakap dengannya," katanya.

sumber - berita harian

Tiada ulasan: