Oleh X-PKR
1. AnWAR telah memanggil beberapa 'pemgikut setia' beliau dalam Pakatan Pembangkang malam tadi sejurus Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan perbicaraan liwatnya di Mahkamah Tinggi. Hanya 'wajah-wajah' biasa yang hadir.
2. Menurut sumber, AnWAR memanggil Ustaz Taib Azamuddin, namun Ustaz Taib tidak hadir w/pun ditunggu oleh AnWAR semalam. AnWAR juga menjemput YB Zulkifli Nordin, MP PKR. Dimaklumkan, kelibat YB Zulkifli Nordin tidak muncul hingga perjumpaan berakhir.
3. Dalam perjumpaan tersebut, AnWAR meyakinkan mereka yang hadir bahawa beliau pasti akan didapati bersalah dalam perbicaraan nanti. AnWAR secara konsisten menyatakan ini adalah konspirasi kerajaan untuk menjatuhkannya. Kononnya AnWAR telah mendapat maklumat dari sumber dalaman badan kehakiman untuk menjatuhkan hukuman bersalah dan memenjarakan beliau. AnWAR juga menerangkan Malaysia akan kembali ke zaman Tun Mahathir di bawah pemerintahan DS Najib.
4. Saya cuma teringat kata-kata pujangga pujaan AnWAR, Goebel, "Pembohongan yang diulang-ulang akan menjadi kebenaran bila orang mula mempercayainya". W/pun pendokong pembangkang sering dimomokkan dengan cerita spt ini, tindakan AnWAR yang konsisten mengulang-ulang cerita konspirasi yang beliau dianiaya akan menebal dan mengukuhkan kepercayaan pengikutnya.
5. Apatah lagi pengikut itu sentiasa menutup minda untuk mencari kebenaran kerana takut dilabel 'pengkhianat' oleh rakan dalam kelompoknya. AnWAR juga manusia biasa spt kita semua. Punya kekuatan dan kelemahan. Apa kekuatan dan kelemahannya, nilaikanlah sendiri. Tapi kita sebagai manusia biasa haruslah meletakkan diri kita sama taraf dengan AnWAR! Jangan mudah terpengaruh dengan persepsi dan dimanipulasi.
Dalam mencari kebenaran, minda harus bersifat terbuka. Carilah dengan hati yang luhur demi kebaikan ummah/bangsa, bukan dengan dendam dan taksub yang hanya akan menutup pintu hati kita........
sumber - x - pkr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan