MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Jul 2009

Mengapa tangan Teoh ada kesan toreh ?



Oleh The Unspinners

Setelah kami besarkan gambar yang berlegar di Internet, kami menyedari tangan kanan ada kesan toreh. Gambar ini menyerupai tangan orang yang telah slit wrist untuk bunuh diri seperti di bawah ini.



Kenapa ada kesan toreh pada tangan Teoh? Adakah dia telah menoreh tangannya untuk membunuh diri? Mengapakah dia mahu menoreh tangannya jika hari ini dia sepatutnya mendaftar perkahwinannya? Hari ini adalah hari bahagianya. Dia pun sudah memberitahu kawan bahawa dia akan berpindah pulang ke Melaka.

Jika dia menoreh tangannya sendiri, bagaimana boleh mayatnya terjumpa ke bawah? Kemungkinan dia melompat semasa dia berdaya atau ada orang yang membuang mayat ke bawah. Mungkinkah dia tidak lakukan sendiri dan ada orang lakukan terhadapnya? Siapa pula yang lakukan? Siapa pula yang mengarah pergelangan tangan Teoh ditoreh?

Pada pukul 6 pagi, dia kelihatan terakhir di pejabat SPRM. Siapa berjumpa dengannya kemudian hingga perkara ini berlaku? Talipon bimbitnya pun hilang. Adakah orang yang mengambilnya? Atau talipon itu sudah ikut terhempas bersama?


Gambar lain menunjukkan seluarnya terkoyak dan berdarah.

Adakah dia telah diseksa sedemkian rupa oleh SPRM? Tidak mungkin. Ini adalah cara penyeksaan kerja-kerja gangster. Siapakah gangster yang dimaksudkan? Kalau ikut motif beberapa teori, kemungkinan ianya Ronnie Liu atau Ean Hian Wah.

Ronnie Liu dilapurkan berlakun marah hingga menghentak pintu di pejabat SPRM dan Hospital. Adakah dia berlakun atau betul-betul? Mungkinkah dia dalam keadaan tertekan?

Sementara itu, RPK Raja Putarbelit dengan yakin mengatakan SPRM ugut untuk mencampaknya tetapi tersilap dan terlepas. Nampaknya RPK didapati berbohong sekali lagi. Siapa suruhnya buat putarbelit sedemikian? Adakah Ronnie Liu? Nampaknya Ronnie Liu sudah salah putar kerana dia sendiri tidak dibenarkan melihat mayat.

Kali ini tidak mungkin tersilap. Jelas dari bukti-bukti ini, ada benda tak kena. Ini tidak mungkin silap SPRM.

sumber - the unspinners


1 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

R,A,M yakin 200% bahawa macc tidak terlibat dalam kes pembunuhan teah.gerak hati berkata ade org sama bangsa dia yg membunuh dia.mungkin gangster.