MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Jul 2009

Melayu Islam demokrat, lilin, arak, jirat tokong Cina



Oleh Korban Demokrasi

BISMILLAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM

Melayu Islam Demokrat anak haram kelahiran persenyawaan Yakjuj Makjuj Penjajah Imperialis dan Dajjal Melayu memiliki ciri-ciri yang sungguh menarik. Antaranya, mereka menolak dari dikenali sebagai Melayu; kerana adalah perkauman sempit dan tidak demokratik untuk dikenali sebagai Melayu yang mahu mempertahankan warisannya yang haq yang diterimanya turun-menurun dari RasuluLlah sallaLlahu-‘alaihi-wassalam.


Bahkan, mempertahankan warisan yang haq ini diprojeksikan oleh penagih-penagih undi Melayu Islam Demokrat dan sekutunya sebagai sama dengan usaha-usaha pengulangan semula kekejaman Zionis, Nazi Hitler, Tentera Perang Jepun, Komunis China Tanah Melayu dan Ku-Klux-Klan Ketuanan Kulit Putih yang menyembelih, melapah, membakar, membunuh dan menjadikan hamba-abdi mana-mana kaum yang tidak sekulit atau tidak sealiran dengan mereka.




Inilah maknanya memperjuangkan Ketuanan Melayu pada mereka. Jika Melayu Islam menjadi tuan di Tanah Melayu ini, maka akan berlakulah gambaran-gambaran malapetaka penyembelihan, pembunuhan dan pengabdian yang amat dahsyat dan teramat sungguh menggerikan terhadap kaum-kaum lain terutamanya kaum Cina dan India.

Zionis sudah amat terkenal dengan genosidanya di Palestina begitu juga Nazi Hitler terhadap Yahudi. Tentera Perang Jepun sememangnya masyhur dengan tragedi-tragedi menyembelih dan memenggal kepala terutamanya kepala-kepala Cina di Tanah Melayu. Komunis Cina pula sememangnya mahir melupuskan warisan musuhnya dengan melakukan perogolan genosida terhadap mangsanya samaada secara terang atau secara halus, dan Ketuanan Kulit Putih Ku-Klux-Klan pula tidak akan teragak-agak membakar dan menggantung mangsa-mangsa Kulit Hitamnya hidup-hidup.

Ya !, mengikut Melayu Islam Demokrat; samaada Melayu Bangsawan atau Ustaz Melayu Baru Mazhab Undi, Melayu yang bakal menjadi tuan Tanah Melayu berdasarkan syari’at, khilafah yang menolak demokrasi ini juga akan melakukan itu semua jika mereka bersatu atas nama Ketuanan Melayu Islam.




Gambaran-gambaran ngeri ini sentiasa diprojeksi di layar-tayang panggung-panggung wayang kepartian masing-masing sehingga ianya menimbulkan kegerunan dan kekecutan perut. Mereka seolah-olahnya nampak dalam 3-dimensi dan boleh menyentuh lagi merasakan bagaimana jika Pahlawan-Pahlawan Ketuanan Melayu Islam yang haq seperti Tok Janggut rahimahuLlah akan menjerut tengkuk-tengkuk mereka dan kemudiannya menyembelih mereka tanpa belas kasihan.

Sebahagian dari mereka pula akan dibariskan di tebing-tebing yang tinggi yang kemudiannya ditembak oleh para-para penembak tepat dan kemudiannya bangkai-bangkai mereka dibuang ke dalam kubur-kubur besar untuk dikambus kemudiannya.

Ada pula Pahlawan Ketuanan Melayu yang bersedia mengiring kaum-kaum Cina dan India ke dalam relau api yang sedang marak menyala untuk dibakar hidup-hidup demi Ketuanan Melayu. Demikianlah yang akan berlaku jika Melayu Islam menjadi tuan mengikut projeksi panggung wayang demokrasi yang mereka warisi dari Yakjuj Makjuj.




Demikianlah yang mereka nampak dan rasa sebagai suatu yang pasti akan berlaku keatas mereka. Mereka yang dipengaruhi gejala sebegini kebiasaannya jika diagnosis simptom yang mengakibatkan dia berkelakuan atau berpandangan sebegitu adalah berkemungkinan akibat dari masaalah kejiwaan. Di segi kejiwaan, merekalah yang selalunya yang akan melakukan hal yang sebanding seperti yang telah diprojeksinya terhadap musuhnya, yakni, jika mereka mampu mengambil alih watak Ketuanan yang dibencikannya itu.




Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa ada satu kemungkinan yang besar bahawa penentang-penentang ini sebenarnya bercita-cita untuk memperlakukan Melayu Islam sedemikian jika mereka menjadi tuan di Tanah Melayu. Kerana itulah yang telah dan sedang diprojeksikannya terhadap Melayu Islam sebagai tuan kepada Tanah Melayu.

Projeksi-projeksi lain seperti keadilan Islam, kesejahteraan di bawah Khilafah Melayu dan sebagainya walaupun itulah hakikat yang sebenarnya tiada pada mereka. Kenapa ?, ianya adalah kerana dialah sebenarnya manusia yang sadis dan fasis yang telah terkeluar kotoran dan kebusukan yang sebenarnya yang terpendam di dalam hati-hati mereka terhadap Agama Islam yang tinggi ini.

Anihnya, kemudiannya Melayu Demokrat ini yang terlebih mengkonsumsi wayang tersebut menjadi takut sendiri sehingga kemudiannya tunduk kepada lilin, arak dan colok jirat cina.

Firman Allah subhana-hu-wata'ala, maksudnya;
"Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan. (67)"
[Surah Az-Zumar]

SADAQALLAHUL-MAULANAL-ADZIIM !
TokPakir

sumber - korban-demokrasi


Tiada ulasan: