MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Jul 2009

Liberalisme Agama asas pegangan Anwar Ibrahim



Oleh Emang Psychotic Killer, AIDCclub

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Falsafah Liberalisme mengajak manusia untuk bebas daripada cengkaman agama yang mengongkong jiwa manusia. Falsafah Liberalisme merupakan intipati kepada humanisme yang memperjuangkan kemanusiaan yang merupakan sumber segala-galanya. Falsafah ini pada akhirnya adalah menentang konsep ketuhanan dengan perlawanan nilai kemanusiaan.

Islam Liberal pula merupakan satu cabang daripada aliran pemikiran Islam yang cuba membuka tafsiran yang meluas terhadap ajaran dan identiti agama Islam. Pemikiran dan falsafah Islam Liberal cuba untuk membebaskan akal dan tafsiran agama daripada cengkaman pemikir-pemikir ulama terdahulu.

Islam Liberal mula kedengaran sejak kebelakangan ini sebagai menongkah arus pemahaman pemikiran Islam Fundamentalist yang dilihat kononnya mengongkong kebebasan minda dan pemikiran umat Islam. Alasan Islam liberal untuk menentang pemikiran Islam Fundamentalist adalah kerana Islam Fundamentalist merupakan satu kelompok yang rigid dan kolot serta ketinggalan dalam arus kemodenan globalisasi.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Hujah yang digunakan adalah seperti Islam cuma satu, iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW menerusi al-Quran dan Sunnah.

Prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan adalah merupakan prioriti yang diperjuangkan dalam falsafah Liberalisme.

Liberalisme juga bermain-main dalam hal ekonomi. Falsafah ini menganggap bahawa sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran. Apabila ekonomi pasaran bebas dibuka melalui sistem ekonomi globalisasi, maka interaksi pembelian dan penjualan akan turut rancak, kononnya.

Padahal sistem liberalisme memiskinkan negara-negara Islam, kerana umat Islam pada hari ini tidak mempunyai banyak syarikat multi-cooperation yang mampu untuk bersaing ke dunia global. Ini adalah satu bentuk penjajahan ekonomi ke atas negara-negara Islam yang miskin.

Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja. "Ketuanan Rakyat" yang dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya ingin menjatuhkan sistem pemerintahan Beraja. Raja yang mempunyai peranan penting dalam menjaga Agama Islam, Bahasa Melayu dan Orang melayu juga dipersoalkan oleh Pembangkang.

Kononnya Raja sudah tidak releven dalam Pentadbiran negara kerana wujudnya Parlimen yang memerintah negara. Mereka mengatakan bahawa Raja hanya boneka. Mereka telah lupa tentang dasar Undang-undang negara. Negara Malaysia terbentuk dengan undang-undang tubuhnya sejak dari awal lagi. Negara ini merupakan negara yang mempunyai sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan.

Maka dengan sistem ini, institusi Raja haruslah dipeliharan dan dihormati. Sejarah telah melakarkan bahawa Rajalah bermain peranan dalam penyebaran Islam di kepulauan melayu. Apakah mereka lupa tentang kegemilangan Islam di Melaka yang dilakukan oleh Raja pada zaman kegemilangan Islam?

Kemelut di Perak sekali lagi memperlihatkan wujud unsur-unsur Liberalisme dalam berpolitik apabila mereka Pakatan Pembangkang menjatuhkan maruah Sultan (Raja).

Malah penyokong fanatik Pembangkang bertindak keterlaluan dengan mempamerkan tindakan bodoh dengan berbaring di atas jalan raya untuk menahan kereta sultan. Sifat kurang ajar telah disemai di jiwa rakyat untuk menentang institusi Raja yang merupakan penaung kepada Agama Islam.

Apa yang menyedihkan hal ini dilakukan oleh orang melayu sendiri, bukan orang Cina mahupun India. Mereka bangsa lain sendiri segan dengan Raja kita. Situasi ini pula berlaku disebabkan wujudnya pejuang Liberalisme Anwar Ibrahim yang mereka anggap sebagai Pejuang Islam.


Liberalisme budaya juga merupakan aspek penting dalam pemiiran Islam liberal. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk Kebebasan seksual, Kebebasan beragama, Kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di Kehidupan peribadi.

Dalam falsafah liberalisme, hak-hak peribadi seperti meliwat, berzina dan yang melibatkan maruah diri seharusnya private dan tidak diganggu oleh mana-mana pihak. Demikian juga dengan kebebasan agama. Kerajaan tidak seharusnya mencampuri urusan agama seseorang hanya kerana "tidak ada paksaan dalam agama-La ikraaha fiddin).


Maka dengan melihat fenomena apa yang berlaku di negara Malaysia, penulis mengambil kesimpulan bahawa perjuangan Anwar lebih kepada falsafah Liberalisme yang bertunjangkan ideologi humanisme yang diperjuangkan oleh ahli falsafah eropah John Locke.


Anwar Ibrahim pernah menyokong Hindraf dalam kebebasan hak asasi manusia. Anwar Ibrahim juga pernah menyokong Majlis Peguam dalam kebebasan beragama. Juga, Anwar Ibrahim sendiri menyokong kebebasan seksual dengan peribadinya sendiri yang mencabuli anak muda. Anwar Ibrahim juga pernah mengadu domba dua parti islam di Malaysia iaitu UMNO dan PAS dengan menyamakan dua parti ini seperti Hamas dan Fatah.

Dua parti Islam ini yang mahu bekerjasamapun, Anwar cuba membuat satu tembok ilusi dengan alasan Pakatan pembangkang sudah ditubuhkan dan lebih baik. Dua parti Melayu-Islam ini tidak jadi bekerjasama hanya kerana wujudnya Anwar menyucuk Nik Aziz dan pemimpin Pas yang lain untuk terus tidak bermuzakarah.

Maka dengan ini sudah cukup argumentasi untuk penulis mengatakan bahawa Perjuangan Anwar Ibrahim adalah perjuangan "Liberalisme" alaf modenisasi. Falsafah Liberalisme barat yang halus untuk menjajah pemikiran rakyat Malaysia untuk tidak memperjuangkan "Islamic State". Pemikiran yang hanya memperjuangkan "Demokrasi Ala-Barat" yang menjatuhkan "Islamic State". Agenda "Islamic State" yang merupakan agenda utama yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah lalu.

Haruskah kita bercakaran dan bergaduh hanya kerana memperjuangkan seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim yang mana identiti falsafahnya tidak diketahui oleh golongan Marhaen. Harus berapa banyakkah lagi kerugian yang harus orang Melayu-Islam alami hanya kerana membiarkan kita diperkotak-katikkan oleh Falsafah barat?

Dan haruskan kita dipermainkan ditendang bagaikan bola yang tidak ada maruah sedangkan kita merupakan pribumi ketuanan melayu-Islam? Jadi, sebatang lidi mudah dipatahkan, tetapi tidak pada seikat lidi. Penyatuan Melayu-Islam harus dimulakan dengan pelbagai muzakarah dan musyawarah tanpa menghilangkan identiti mana-mana kumpulan supaya lidi tidak mudah dipatahkan. Elakkan diri kita dimainkan oleh Falsafah Liberalisme yang merupakan senjata yangtelah banyak menghancurkan negara-negara di luar sana.

Now, U Know What I Want? KESATUAN UMMAH!!!

ABDUL RAHMAN HJ.TAJUDDIN
FACULTY OF THEOLOGY
FAITH & PHILOSOPHY COURSE
AL-AZHAR UNIVERSITY
ARAB REPUBLIC OF EGYPT

sumber - emang psychotic killer


1 ulasan:

ladybird berkata...

NIzar ni Islam ke Kristian? Kenapa dia turun sama buat upacara ni?

KOnpius....