MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Jul 2009

Kes liwat, Anwar tak dapat sokongan penuh Angkatan Muda Keadilan(AMK) Ampang ?

Oleh Kumbang, AIDCclub

Semalam kumbang menghadiri ceramah Anwar di Ampang. Sambutan agak kurang memberangsangkan dan dihadiri 3000 orang sebilangan besar daripadanya ahli PKR dan hanya sebilangan kecil ahli PAS yang hadir. Anwar hanya berceramah seperti biasa dan tidak menyentuh isu liwat yang sedang dalam proses untuk dibicarakan dan beliau hanya mengulas mengenai 'law of the jungle' yang kononnya dilakukan kerajaan dan ingin menuntut perubahan.

Isu sama, modal sama sejak tahun 1998. Hanya YB Sivarasa yang mengulas mengenai isu liwat ini dan sekali lagi isu 'tiada kemasukkan' dan no penetration(kemaluan tidak masuk ke dubur) dan laporan hospital pusrawi menjadi modal beliau untuk berceramah dan menyelamatkan bos beliau, Anwar Ibrahim.

Apa yang menariknya Sivarasa tidak menafikan Anwar bersama Saiful tetapi hanya mempertikaikan perihal kemasukkan sahaja. Itu sesuatu yang boleh kita fikir-fikirkan.Untuk mempertikaikan perkara ini Kumbang ada satu artikel untuk anda. Klik Sini.

Isu-isu lain yang disampaikan Sivarasa adalah mengenai kaitan antara kes liwat tahun 1998 dan kes liwat kini. Iaitu kononnya campur tangan Ketua polis Negara, pegawai-pegawai polis dan Peguam Negara. Hanya sekadar itu.

Tetapi apa yang menariknya semalam adalah satu majlis penyerahan memorendum yang tidak formal diadakan oleh AMK Ampang. Satu pertengkaran kecil berlaku kerana penyerahan memorendum ini diadakan secara mengejut dan menganggu Anwar yang sedang menuju ke khemah jamuan. Insiden mengejut ini menyebabkan Anwar dan ahli parlimen Ampang yang juga ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin terkedu dan terkejut.

Menurut memorandum yang diedarkan kepada umum, kumpulan ini membantah perlantikan Izzudin Che Din, Sooria Narayanan, dan Tan Hua Meng sebagai ahli Majlis MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) bagi sesi 2009/2010.

Bantahan itu dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip keadilan yang selalu diperjuangkan parti, dengan mendakwa dua ahli majlis tersebut membuat permohonan palsu. Manakala mereka menolak perlantikan Tan Hua Meng kerana bukan cadangan PKR Ampang.

Bantahan itu juga juga difahamkan sebagai kemuncak protes terhadap pimpinan PKR Ampang dan negeri khususnya kepada YB Zuraida Kamaruddin.

Kumbang telah menyedari perkara ini sejak pertengahan tahun lepas iaitu sebelum kes liwat Anwar muncul. Hasil perbincangan dengan AMK Ampang sendiri. Kumbang diceritakan Zuraida Kamaruddin selepas memenangi kerusi parlimen PKR tidak turun padang dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di dalam PKR bahagian Ampang. Beliau juga dikatakan membuat keputusan tanpa bermesyuarat dan berbincang dengan ahli bahagian dan peringkat akar umbi.

Hal dan perkara ini dibawa ke dalam mesyuarat bahagian Ampang dan Kumbang kira tiada penyelesaian terhadap isu ini. Hasil daripada ini semua, timbullah satu blog Gerakan Reformasi Ampang yang mengkritik Zuraida secara terang-terangan dan kemuncaknya adalah pada malam tadi yang mana Zuraida dimalukan oleh AMK Ampang dengan penyerahan memorendum ini kerana menurut beberapa sumber, Zuraida sendiri dikatakan terlibat dengan semua salahlaku yang terdapat di dalam memorendum itu. Klik sini untuk membaca blog Gerakan Reformasi Ampang.

Apa yang menariknya Zuraida adalah ketua Wanita PKR dan secara realitinya golongan akar umbi di peringkat bahagian beliau sendiri menentang kepimpinan beliau sebagai ahli parlimen dan di peringkat bahagian. Maka boleh difikirkan sendiri adakah Zuraida layak untuk berada di kerusi parlimen Ampang dan ketua Wanita PKR.

Kita tunggu apakah penjelasan Anwar terhadap perkara ini.

Mungkinkah Anwar akan menyalahkan media dan UMNO sekali lagi terhadap isu ini. Kumbang ulas mudah, bangkai gajah sudah mula membusuk, tutup dengan daun sebesar mana pun. Bau akan tetap dihidu semua orang. Berhentilah menyalahkan orang lain dan segera berubah serta bermuhasabah.

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

P/s : Video mengenai perkara ini akan menyusul kemudian dan sedang diusahakan oleh pihak AIDC.

sumber - analisisringan


3 ulasan:

furkymarks berkata...

ko ni dah kenpa??..bodoh bin banggang bin sial bin bengap bin tolol..haih..kalau nk tulis keturunan ko ni x lrt nk type lah..tompang program org plak tu cm clake..nk buat buat program sendiri la bahlol...x malu plak tu!..ha tmbh satu lagi bin x malu...wtf??...memorandum?..memorandum hape?..dala ambk budak2 luar dtg...tandatanggan pon xde?...nenk aku pon boleh tulis la memorandum mcm tu!....ko tu mmg hati busukkkkkk! mcm aku x tau ko buat memorandum ko tu hny sbb..yelah kan..da anta name mak x dpt...hanta name sendiri..pon x dpt...hanta name adek pon dpt...pastu hanta name bapak poooooon x dpt nk jadi ahli majlis...adoi..kesiaaaan...korg ni kan hnylah memlukan diri sendiri...ko tu pnye hasad dengki..keturunan..nnti ank ko pon same busuk hati mcm ko..baek ko ubah prangai ko tu hah!...

hah satu lagu si bahlol yg menaip..link yg ko kasi tu...zaman biler bapokk??...makkk....mak kalao nk letak kan makk..mak check la dulu..ini zmn tok adam pnyer tulisan..da x update pon lagi blog kimak tu...x tau cte mule la buat prangai dgn ketua bahagian yg lancau!...ko tgk jela

furkymarks berkata...

aku cabarrrr koooo approve cmmnt akuuu

Unknown berkata...

Woii furkymaks....

Cantiknya bahasa. Ko ni pernah g sekolah ke tidak nih.Inilah salah seorag contoh penyokong membabi buta PKR.Kalau ada depan aku nih,dah lama aku cili2 mulot ko yg bau busuk tuh.Nampak sangat mak bapak ko ni terlebih ajar bab2 guna bahasa elok2 & hormat orang. Kalau mak bapak ko terlupa ajar bab2 tuh, meh aku tolong sekolahkan ko yang bangang tahap dewa!!!!