Oleh x - pkr
PPSMI akan kembali ke bahasa Melayu 2012. Menjelang tarikh pelaksanaan sepenuhnya, pelbagai langkah akan dibuat agar kepentingan semua dipelihara. Kerajaan tidak hipokrit apabila akui bahawa PPSMI tidak gagal sepenuhnya. Apa pun, tahniah kerana mengakui dasar yang diperkenalkan itu perlu penambahbaikan dalam pelaksanaannya.
2. Pembangkang pun tumpang sekaki dalam menaikkan 'rating' isu ini. Mereka akan mendabik dada kononnya merekalah yang membuatkan kerajaan merubah dasar yang dibuat oleh kerajaan sendiri. Sementara itu mereka akan terus menempelak pula nanti kerana usaha kerajaan yang menumpukan penambahbaikan Bahasa Inggeris. Apakah cukup merubah pengajaran dalam Bahasa Melayu sementara Bahasa Melayu terus diabaikan. (asyik bangkang je..)
3. Ketua Pembangkang amat hipokrit dalam isu ini. W/pun ini tampak remeh, tapi sebagai 'pejuang bahasa' kononnya, AnWAR perlu laksana apa yang dikata. Sepanjang perbicaraan kes liwat beliau yang lalu, AnWAR begitu teruja menggunakan Bahasa Inggeris. Barisan pendakwaraya tika itu mencadangkan perbicaraan dalam Bahasa Melayu, namun ditolak AnWAR dengan mengatakan Bahasa Melayu tidak cukup kuat untuk beliau berhujah!
4. AnWAR juga menggunakan Bahasa Inggeris mengendalikan mesyuarat pakatan pembangkang. Kit Siang, Guan Eng, Sivarasa, Tian Chua, Khalid Samad juga selesa menggunakan 'medium' Inggeris mengutarakan pendapat mereka dalam mesyuarat. Sebagai 'Pejuang bahasa' (kononnya la) AnWAR perlu mendidik mereka agar menggunakan Bahasa Melayu. Barulah Sivarasa, Wee Choo Keong, Zaid Ibrahim boleh bertutur Bahasa Melayu dengan baik. Dengan Syed Husin pun AnWAR lebih banyak bertutur dalam Bahsa Inggeris w/pun Syed Husin lebih selesa berbahasa melayu!
5. AnWAR juga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu dalam keluarganya. Nurul Izzah sehingga hari ini berucap dalam Bahasa Melayu seperti 'terjemahan dari teks Inggeris'. Semua anak-anak AnWAR terdidik dalam penggunaan bahasa Inggeris secara maksima. Dua anak bongsu AnWAR bersekolah di Sekolah antarabangsa di Mont Kiara yang tentunya menggunakan 'medium' Inggeris. Wan Azizah juga cukup bangga dengan loghat 'Irish' hingga bergulung-gulung lidah bila bicara dalam bahasa Inggeris.
Adalah menjadi hak AnWAR bagaimana mahu mengatur keluarganya, namun setiap kali AnWAR mendakwa dirinya pejuang Bahasa Melayu, saya tersenyum sinis melihat 'lakonan' AnWAR. Saya hanya melihat beliau berbicara menggunakan Bahasa Melayu setiap kali berceramah di tempat umum, bermesyuarat dengan pimpinan PAS (itupun diselitkan juga frasa-frasa Bahasa Arab yang dihafal) dan bicara melalui telepon dengan Nik Aziz dan Hj. Hadi.
Isunya mudah, bagaimana hendak melihat Lim Kit Siang berbicara Bahasa Melayu dengan baik jika AnWAR sebagai ketua mereka tidak menunjukkan contoh yang baik. Apakah nanti jika mereka berkuasa, perbahasan di Parlimen akan dibenarkan dalam Bahasa Inggeris (melalui pindaan undang-undang). Sebagai manusia bermaruah, AnWAR perlu mengotakan apa yang dikatanya. Merenung kata-kata Rendra yang juga sahabat AnWAR, "kata-kata tanpa pelaksanaan adalah khianat kepada perjuangan". Ada benarnya juga AnWAR telah khianat kepada perjuangan yang telah diasaskannya sebagai pejuang bahasa.......
sumber - x - pkr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan