MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Jul 2009

Kes liwat Anwar ditangguh 2 September

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 2 September depan untuk tarikh sebutan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya dan perbicaraan utama kes berkenaan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.

Perbicaraan bagi kes berkenaan terus ditangguhkan berikutan keputusan mahkamah yang turut membenarkan permohonan pihak pendakwa bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Julai lalu, yang membenarkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapatkan sebahagian dokumen dan barangan berkaitan kes liwatnya sebelum perbicaraan bermula.

"Memandangkan pihak pendakwa memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan yang telah dibuat, maka semua proses yang berkaitan dengan perbicaraan kes ini terpaksa ditangguhkan sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan," kata Mohamad Zabidin.

Terdahulu, dalam prosiding hari ini pihak pembelaan telah memberikan afidavit jawapan berhubung permohonan pihak pendakwa untuk menangguhkan pelaksanaan terhadap perintah untuk menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada pihak pembelaan.

Peguam pembela, Amer Hamzah Arshad dalam hujahannya berkata mahkamah tidak boleh menyekat hak yang telah diperuntukkan oleh undang-ung agar pihaknya dibekalkan dengan dokumen yang berkaitan sebelum perbicaraan bermula.

Bagaiamnapun hakim berkata, tidak ada mana-mana pihak yang akan menyekat hak pihak pembela itu memandangkan beliau sendiri yang mengarahkan pihak pendakwa membekalkan dokumen-dokumen berkenaan.

"Tiada siapa yang menghalang, tapi walaubagaiamnapun kita kena biarkan Mahkamah Rayuan buat keputusan dahulu.

"Sama ada Mahkamah Rayuan menerima rayuan pihak pendakwa dan sekaligus membatalkan keputusan saya pada 16 Julai lalu kita belum ketahui," kata hakim Mohamad Zabidin.

sumber: mStar Online



4 ulasan:

Godisuno berkata...

Kenapa nak tangguh lagi? Kalau lah orang lain selain dari Anwar mungkin dah habis kes. Dah masuk penjara dah la ni. Istimewa sangat ke Anwar ni? ish ish ish. Tapi kalau dah kerap sangat mintak tangguh, kemudian mintak buang kes, maksudnya si Anwar ni penakut. Bagus juga ni sebab makin lama makin rakyat dapat lihat sandiwara ni. makin lama rakyat pulak jadi hakim...persepsi rakyat akan menyatakan Anwar memang bersalah kerana perlakuannya selama ini adalah perlakuan orang yang bersalah. Bak pepatah Melayu, takut kerana salah, berani kerana benar. Keadilan yang dilaung-laungkan selama ini adlah retorik semata-mata. Mana keadilan untuk Saiful? Mana keadilan untuk rakyat Malaysia yang dah muak menunggu perbicaraan? Mungkin keadilan hanya wujud untuk Anwar dan keluarganya sahaja..huh..bosan..

ladybird berkata...

Tanggug lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi..........

EMANG berkata...

dan lagi
sehingga 16 september...
hari kencing sedunia

;)

iKAnBUNtal berkata...

ha...ha...
baru semua tahu siapa tu anwarberahim
aku dah lama faham...