MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Jul 2009

Anwar tidak layak bercakap soal keadilan - Saiful Bukhari

*Terkini*: KUALA LUMPUR 24 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 September ini untuk sebutan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya dan perbicaraan penuh kes tersebut. - Utusan


Keadilan dan usaha mencari kebenaran tentang apa yang berlaku kepada mendiang Teoh memang perlu dan wajib dilakukan. Ia bukan sahaja untuk kes mendiang Teoh, malah yang lain juga. Diharap, dengan tertubuhnya Suruhanjaya Di Raja dan Inkues baru-baru ini, semua pihak dapat mengetahui kebenaran yang sebenar kelak.

Seperti diduga, dalam kekalutan kes mendiang Teoh ini, tertuduh(DS Anwar Ibrahim) mahu menjadi juara memperjuangkan keadilan dan kebenaran untuk mendiang.

Namun, pada hemat saya, DS Anwar Ibrahim tidak layak untuk bercakap soal keadilan dan kebenaran untuk mendiang Teoh kerana dalam masa yang sama, beliau cuba untuk menafikan hak saya sebagai pengadu/saksi utama untuk memberi keterangan(bersuara) di Mahkamah.

Ini kerana, Hari ini, pada jam 2.30pm, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan tertuduh(DS Anwar Ibrahim) iaitu permohonan untuk MENGUGURKAN PERTUDUHAN(Gugur Kes) beliau SEBELUM IA DIBICARAKAN.

Saya tidak mahu mencampuri urusan/keputusan Mahkamah, namun apa yang saya mahu persoalkan disini ialah tindakan tertuduh yang telah memfailkan permohonan tersebut bulan lepas. Adakah layak tertuduh digelar pejuang KEADILAN dengan tindakannya itu?

Janganlah apabila nasib yang sama(mati) terjadi pada saya seperti apa yang berlaku pada mendiang Teoh, barulah masing-masing kelam-kabut mahu mencari kebenaran. Ketika itu, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.

Peranan kami sama, iaitu sebagai Saksi Utama, cuma saya juga adalah pengadu dan skop kes kami berbeza.

Berani kerana benar. Kepada Allah saya berserah.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

p/s: My deepest condolences to the late Mr. Teoh Beng Hock's family . May Justice and The Truth Prevail. R.I.P Teoh Beng Hock...

sumber - mohdsaifulbukhari


1 ulasan:

Shah berkata...

DSAI kan manusia paling sial. Memperalatkan keadaan untuk selamatkan dia. Ini lah bala yang di terima oleh DAP kerana berkerjasama dengan DSAI. Sekarang scandal DAP da keluar satu per satu. Cara rompak duit sama dengan cara rompak duit kerajaan semasa berada sebagai Menteri Kewangan