MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Jul 2009

Kelantan promosi patung untuk pelancongan ?


Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Begitu lama saya tidak ke kelantan mungkin lebih 15 tahun. memang teringin melihat sendiri negeri yg di gelarkan Serambi Mekah dan negeri tadahan wahyu. kemajuan di kelantan nampaknya agak sederhana, tidak kelihatan panggung wayang di sekitar Kota Baru malahan kebanyakkan wanita islam bertudung, Alhamdulillah. Menurut cerita orang tempatan bila musim cuti sekolah hotel penuh dengan pelancong. Dari tinjauan rambang pengusaha hotel juga banyak dimiliki orang islam dalam hati saya berkata disinilah satu2 kekuatan penguasaan ekonomi org islam yang boleh dibanggakan berbanding lain-lain negeri.


Semasa di hotel Ridel saya membelek2 majalah, mula2 saya belek2 majalah Astro kemudian satu lagi majalah "QIADAH" keluaran pejabat menteri besar kelantan. Mula2 saya buka majalah saya tengok banyak artikel dari kerajaan kelantan dan tok guru Nik Aziz, boleh tahan juga pemikiran tok guru. Setelah separuh saya selak saya terkejut besar melihat banyak gambar patung, ada patung baring, patung duduk dan patung berdiri serta yg lain2 seolah2 sedang mempromosikan malah dengan banganya disebut terbesar di Asia Tengara. Semasa orang tempatan (pemandu pelancong) membawa saya bersiar2 ke pantai irama perjalanan dari kota baru melalui bachok saya terlihat binaan patung tinggi melebihi ketinggian pokok2 berhampiran.


Saya kata inilah patung yang terdapat dalam majalah kerajaan negeri QIADAH. Saya tanya kepada pemandu pelancong semasa bila patung berdiri ini dibina dia kata yang ini agak baru berbanding yang baring. Saya tanya lagi zaman pemerintahan sebelum Nik Aziz atau semasa Nik Aziz memerintah, dia kata yg baring tu dah lama rasanya sebelum Nik Aziz memerintah manakala yang berdiri kalau tak silap katanya semasa zaman pemerintahan Nik Aziz.

Saya terfikir bolehkah seorang pemerintah mempunyai kuasa mengaku beriman kepada Allah membenarkan perkara batil/sirik/maksiat meluluskan pembinaan sedemikian?mempromosikan dalam majalah untuk dipertontonkan kepada umum?atau adakah tindakannya itu di benarkan dalam Islam? marilah kita bincang sama-sama.

sebagai bukti klik link ini. pejabat menteri besar kelantan

Bagi orang-orang bn memang dah sedia maklum mereka berjuang bukan atas tiket agama 100% kalau mereka tak betul dan melangar agama memang begitulah caranya, cakap mcmanapun begitulah keadaannya. Bagi pas meletakkan agama kononnya 100% maka mana2 perkara melangar batasan agama sudah tentu di persoalkan.

Adakah anda setuju kerajaan Islam Nik Aziz mempromosikan bahan bakar api neraka dalam majalah kerajaan negeri?adakah anda setuju kerajaan Islam pas kelantan membenarkan pembinaan patung sangat besar lebih banyak lagi di merata-rata tempat?

Adakah anda setuju Islam mengikut corak pas?adakah pas mengikut cara Islam seperti mana yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.?


Salah satu persamaan bn mempromosikan perayaan sirik spt di batu cave dll dalam media masa tv, surat khabar dll.pas mempromosikan tokong, patung berdiri, patung duduk, patung baring dll di muat dalam majalah kerajaan Islam ala pas kelantan "QIADAH" dan juga di internet.

ORANG KAFIR TERBAHAGI 2
1. KAFIR ZIMMI
2. KAFIR HARBI,

orang kafir di negeri kelantan di bawah pemerintahan Islam tergolong yg mana satu? tahap mana batasan yg dibolehkan untuk kafir zimmi? jika mereka berada dalam kelompok kafir harbi maka perangilah...

SELEMAH-LEMAH IMAN BENCI DALAM HATI.MENGAMBIL GAMBAR BAHAN BAKAR API NERAKA IATU PATUNG2, TOKONG DLL KEMUDIAN DIMASUKKAN DALAM MAJALAH KERAJAAN ISLAM ALA PAS NEGERI KELANTAN UNTUK DIMASHURKAN, DIHEBAHKAN, DIPERTONTONKAN, DIPERKENALKAN, DIUMUMKAN DENGAN BANGGANYA TERBESAR DI ASIA TENGARA APA MAKNANYA?TIDAK NAMPAK CIRI BENCI DALAM HATI MALAH SEOLAH2 SERONOK, BANGGA, BERSEKOGKOL, BERSUBAHAT DAN MEREKA2 YANG SETUJU SERTA MEMPERTAHANKAN TINDAKAN ITU ADALAH TERGOLONG BERSSUBAHAT JUGA.STANDARD IMAN APAKAH INI? MASIH ADA IMAN LAGIKAH? STANDARD ISLAM APAKAH MANUSIA INI? MASIH ISLAM LAGIKAH MANUSIA INI? PERNAHKAH RASULULLAH S.A.W. BERTINDAK SEDEMIKIAN JIKA ADA KISAH DARI RASULULLAH S.A.W. ATAU SAHABAT2 ATAU NABI2 SEBELUMNYA SILA BERIKAN?

Jika anda setuju tindakan kerajaan negeri kelantan Islam ala pas mengambil gambar dan memaparkan dalam majalah untuk dipertontonkan kepada umum samalah maknanya anda ambil gambar dari majalah QIADAH gambar tokong2, patung2 tampal di rumah anda, dalam bilik tidur, ruang tamu, buat pembalut buku untuk anak2 anda bila di bawa ke sekolah nanti rakan2 terutama dari yg bukan islam akan memuji bahawa anda adalah seorang yg sangat perihatin dan menyangjung tinggi agamanya.

Patung berdiri di bachok di bina pada tahun 2002 dengan sumbangan org ramai sebanyak 2 juta. Ketingian 36 meter dan 30 meter garis pusat. Patung standing budha ini di sebut sebagai pasti akan menjadi tarikan terbaru pelancong ke kelantan pada tahun 2009 ini. Dalam patung ini ada lif untuk kemudahan pelancong. Terdapat juga 100 patung kecil pelbagai jenis dan 2 ekor naga raksaksa untuk menyambut pelawat.Sah pembinaan berhala ini zaman pemerintahan PAS PR (Parti Rosak).

Siapa lagi yg benarkan pembinaan ini kalau bukan Parti Rosak. Tambah iklan lagi tu. Bukan nak memberi penjelasan itu tempat sirik yg di benci Allah.Siapa yg sokong dan undi parti rosak kamu jawablah nanti di hadapan Allah.SYIRIK ATAU TIDAK? Atau masih hendak menegakkan benang yang basah…

''Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya''.al-Maidah ayat 2

Adakah dengan menolong mempromosikan patung yang menjadi lambang kemusyrikan itu adalah merupakan satu perbuatan yang ma'ruf?

Satu hakikat yang wajib diingati adalah fungsi utama sesebuah kerajaan itu menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Ini seperti dalam Surah al-Hajj ayat 41: (maksudnya):

''Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat ma'ruf serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan''.

Jika sesebuah kerajaan gagal menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar dalam ertikata yang luas dan menyeluruh, bererti kerajaan itu gagal berfungsi seperti yang Allah dan rasul-Nya kehendaki.

Dulu kerajaan pas Trengganu musnahkan patung penyu tabik la jugak. kerajaan pas kelantan benarkan bina berhala la pulak masa PAS amik alih kelantan tahun 90 dulu suma patung binatang dimusnahkan seperti patung kijang yg ada di bulatan dekat jambatan sultan yahya..kalu pusing habis 1 kelantan x kan jumpa patung binatang yg kerajaan PAS jadikan perhiasan..ok dah tang tu..tapi bab patung budha yg jadi promosi tu x tau nak cakap la..sendiri fikir..nak lagi best tanya TGNA sendiri apa justifikasi dia buat begitu..

"Hai orang-orang beriman janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan pemimpin pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."Surah At taubah ayat 23

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali." surah Ali Imran ayat 28

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. surah Al Baqarah 120.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan soleh diantara kamu, bahawa Dia bersungguh-sungguh akan MENJADIKAN MEREKA BERKUASA DIMUKA BUMI,sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.Dan sungguh Dia akan mengukuhkan bagi mereka agama(Islam) yang diredhaiNya bagi mereka.Dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah dalam ketakutan menjadi aman tenteram. Mereka tetap mengibadahi Aku tanpa memperskutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa tetap ingkar setelah (mengetahui janji) itu,maka mereka itulah orang-orang yang fasik'. (an-nur 55)

Soalan penting untuk tuan2 jawab.

Adakah anda bersetuju dan menyokong tindakan kerajaan PAS kelantan membenarkan pembinaan berhala besar(terbesar di asia Tengara) dan seterusnya menjadikan tempat itu sebagai tarikan pelancong(pas hanya menyatakan pelancong) serta mempromosikannya kepada umum?

Dalam kerajaan yang dikuasai dan diperintah oleh orang Islam yang mengaku beriman kepada ALLAH dan RasulNya, jika ada permintaan untuk mendirikan berhala besar oleh rakyat yang belum beriman kepada ALLAH, mana lebih disukai/diredai ALLAH tindakan dilakukan oleh pemerintah Islam yang mengaku beriman kepada ALLAH?


sumber - tomyampoktek


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika Kelatan gelarkan Serambi Mekah dan negeri tadahan wahyu.

Tidak kurangnya pula Kedah yang dicanang dan dipalu negeri dibawah kepimpinan Ulamak..tidak cukup dengan itu KEDAH di kenali sebagai BELANDA.

Hebat canang dan paluan gong kosong pemimpin mereka.

Tapi sayangnya segala paluan itu bergema kosong belaka indah khabar dari rupa.

Lain yang mereka canang..lain pula mereka laksana.

Kandang BABI mega membuka tirai agenda ekonomi mereka.Ternakkan Lembu mega dari Rakyat dan penyokong di lupus begitu saja oleh EXCo bertaraf ulamak mereka.
Babi juga pilihan mereka.

Semua tindakkan mereka ada agenda untuk politik kotor mereka.Bukan setakat projek rakyat ditolak begitu saja Hukum Allah swt juga dibuat taka pa saja.Kononnya nak menang pilihan Raya,itulah hakikat perjuangan Islam mereka diberi berkuasa.

Yang pasti hanya taraf pemimpin mereka dinaik darjat oleh raja..nasib rakyat disitu juga.

Begitu juga dengan pusat-pusat maksiat …seperti dulu-dulu juga..tiada satu pun ada yang di sita Cuma cakap-cakap pemimpin mereka saja yang berbisa mencerca musuh politik mereka selama mereka berkuasa.