MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Jul 2009

Anwar tidak berani bersumpah tetapi mudah dibeli

Azmin Ali, orang kepercayaan Anwar yang jadi tukang jaga tol dan pembawa duit untuk Anwar. Foto ini mula didedahkan oleh blogger GAP

email Aku,Pasbuih dan Siamang

Sama ada Anwar sedar atau tidak, 'lope hole' pertama iaitu Anwar takut untuk 'bersumpah laknat' dengan menyebut kalimah Allah, 'Wallahi, Wabillahi, Wattallahi', telah banyak menghilangkan sokongan umum kepada Anwar.

Apakah Anwar atau Non yang pernah dianggap sebagai pemimpin al-khalifah oleh ahli-ahli PAS malah Subki Latif sendiri dalam bukunya pernah menamakan Anwar atau Non anak kelahiran Tok Kon berdarah asli UMNO sejak kecil ini sebagai ganti Ust Mohd Asri untuk menerajui PAS kerana idealisme dan prisip perjuangannya kini..takut untuk menyebut kalimah Allah swt semata-mata untuk membukti kebenaran?

Apakah hari ini akan terbukti lagi buat kedua kalinya..kebenaran kata kata sesetengah pemimpin ABIM yang bertidak menjauhkan diri daripada ABIM dulu menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi..kerana ANWAR atau Non mudah dibeli? Dan pada 1998 apa yang dijangka benar-benar belaku?
Jika dulu Anwar mudah dibeli BN.

Kini Anwar lebih mudah lagi diperdagangkan oleh Amerika dan sekutunya?

Apa bezanya Anwar ditahun tahun sebelum 1998 bersama UMNO kini bersama Amerika dan sekutunya?

Dulu UMNO hanya membeli Anwar .Dan Hari ini, Amerika memperdagangkan idealism dan prinsip perjuangannya!


Jika dulu Anwar dibeli UMNO untuk diberi pangkat dan kuasa untuk membela bangsanya…dan hari ini Amerika memperdagangkan idealism dan prinsip perjuangannya untuk memartabat padanya “Bapa pemodenan Islam Dunia” bukankah terbukti pendapat sesetengah pemimpin ABIM dulu yang ANWAR anak kelahiran Tok Kun ini “mudah di beli”?


Hari ini sudah terbukti untuk kedua kalinya Anwar dibeli lagi tapi bukan UMNO atau BN lagi atau pun PAS yang Anwar sendiri tidak sudi bertuankan dengan mereka kerana mengguna kepala lutut panduan politik jumud mereka.

Tetapi hari ini Anwar menawarkan dirinya pada Amerika yang setanding dan setaraf dengan idealism perjuangannya…bukan PAS yang hanya dijadikan anak tangga untuk mencapai cita-citanya.

Bukan setakat PM yang Anwar gilakan seperti PAS gilakannya..
Tapi “Bapa Pemodenan Islam Dunia”! sedarkah PAS? atau masih tepinga2 dengan politik Anwar?

Itulah hala tuju dan cita-cita anak kelahiran Tok Kun ini yang sinonim dengan panggilan NON oleh rakan sekampungnya juga berdarah penjual nasi kandar asal usulnya..bukan sekadar darah keturunan UMNO saja.


Hari ini cita-cita dan keazamannya terkunci dan tertutup rapat selama ini hingga sukar dihidu oleh sesiapa maupun rakan politiknya yang rapat ia itu PAS.Inilah betapa liciknya Politik dan tingginya impian anak kelahiran Tok To’ Kun ini…


Jadi tidak hairanlah jika PAS pernah membuat tuduhan…

“Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO,kerana keengganan Anwar menyertai PAS”


Hari ini benarkah tuduhan PAS itu? Anwar kecewa dengan UMNO? Dan enggan menyertai PAS?

Anwar tidak setolol PAS! Malah inilah buktinya PAS mengguna kepala Lutut untuk berpolitik..tetapi tidak mengguna akal seperti yang dimaksudkan oleh Anwar dalam siri ceramahnya di serawak satu masa dulu.

Bila PAS mengganggap Anwar kecewa bersama UMNO..PAS juga lupa dan lalai Anwar juga sekali gus meletakkan politik PAS lebih rendah tarafnya dari politik UMNO.

Disinilah peluang yang ditunggu2 untuk Anwar mempekudakan PAS.

Apakah hari ini PAS sedar? Siapa yang sebenarnya yang kecewa? PAS atau Anwar?


Sebenarnya PAS perlu merasa lebih kecewa dari Anwar bila UMNO tidak bersama Anwar tetapi..bukan Anwar!


Kerana hari ini kegagalan Anwar besama UMNO..PAS menuju kehancuran prisip dan perjuangan asalnya.

Hari ini PAS sudah KAFIR setaraf UMNO yang dituduhnya dulu.


1 ulasan:

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

PAS kedah terkena sumpah saiful! Inilah Kuasa illahi yang datang berulang kali pada kuncu-kuncu politik Anwar yang mempertahankan kemungkarannya.


Kedah dikejutkan lagi…tapi bukan Isu Kandang Babi..tapi dengan Isu DAP meninggal Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS sendiri.


Inilah Sumpah yang terkena pada PAS bila al-Khalifah mereka berdalih dan berhelah untuk bersumpah! Kuasa Allah swt jangan dipesendakan.Allah swt tidak berkompromi dengan sesiapa saja yang melanggar perintahnya..!!
Jelas..dan nyata kuasa Allah swt tidak menunggu saat dan yang lama.

Malah dalam sekelib mata mampu hilang begitu saja tanpa kita duga…walaupun Hukum ditolak begitu saja oleh MB PAS nya semata untuk menjaga hati penyokongnya tapi Allah maha kaya..roboh kandang babinya..balasan Allah tetap terlaksana..walaupun kandang babi digantikan dengan tempat yang lebih selesa! DAP tetap meninggalkan mereka.


Apakah PAS tidak merasa apa2 dari menolak HUKUM Allah swt yang diperjuangkan mereka?semata mata untuk memenang pilihan raya?

Masihkah MB PAS merasa undi penentu utama mereka mampu berkuasa? atau melalui kelab penyokong PAS mereka dapat mengekal penyokong Cina?


Apakah PAS merasa melalui kelab Penyokong PAS yang ada..PAS mampu membuat apa saja? Bukankah PAS mengabaikan HUKUM yang diperkata? dan ditolak untuk dikota bila kuasa sudah ada! Dengan alasan MBnya yang bersahaja…!


Tunggulah pula balasan Allah swt yang seterusnya…dari sumpah saiful yang dicerca!!