Oleh Waris@Pahang
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan kelmarin yang mengekalkan perbicaraan kes liwat melibatkannya di Mahkamah Tinggi, 8 Julai ini.
“Saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan keputusan ini dan amat berharap perbicaraan dapat diteruskan dan mendapat keadilan,”katanya.
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perintah supaya kes liwat yang dihadapinya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Keputusan dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Hamid Embong, Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. (Sumber : Sinar Harian 04 Julai 2009)
(Kata Waris Pahang :
Tiada siapa undang kes ini jadi bualan pengundi Manik Urai tetapi angin Mahkamah Tinggi nampaknya sudah bertiup kencang di Manik Urai.
Episod Mahkamah digelombangkan sendiri oleh Anwar untuk menggugurkan kes. Tenteranya pula (Angkatan Muda PKR) mengerahkan diri mereka menghantar memorandum kepada pihak pendakwaraya, kononnya tiada kes, dan kes itu patut digugurkan dengan segera.
Persoalan yang bermain di kalangan pengundi Manik Urai “kenapa Anwar takut menghadapinya kalau tiada kes, bukankah berani kerana benar takut kerana salah”.
Pengundi Manik Urai akan berpeluang mengikuti perbicaraan kes 8 Julai ini. Dada-dada akhbar akan berselirat memaparkan perbicaraan kes ini.
Biar pengundi lihat, fikir dan menilai sendiri sejauh mana kekuatan dan kelemahan hujah seorang idola dan talian hayat PAS, Anwar Ibrahim.
Kita kecewa kerana Pahang Daily Online secara jelas menghina mahkamah dalam blognya setelah gagal berusaha menggugurkan kes tersebut, antara kenyataannya :
i. Sepatutnya, mahkamah membatalkan kes ini kerana ia jelas benar-benar akan merosakkan undang-undang negara kita.
ii. Seolah-olah negara kita kini sudah mengamalkan "Law Of The Jungle" seperti apa yang diwar-warkan selama ini. Undang-undang ikut sesuka hati mereka dan rakyat awal-awal lagi sudah boleh meramalkan sesuatu kes perbicaraan yang dijalankan oleh mahkamah.
iii. Tidak nampak langsung "keadilan" yang sebenarnya mahu ditegakkan dalam kes ini. Apa yang ada, ialah mahkamah masih mahu membicarakan satu kes yang jelas bercanggah dengan undang-undang dan segala peraturan yang telah mereka buat sendiri.
Mahkamah telah membuat keputusan dan kes Anwar akan disebut. Biarkan pendakwa berhujah satu persatu bukti-bukti mereka. Kalau Anwar rasa tidak bersalah jadikan mahkamah medan berhujah dan pertahan diri.
Rakyat di luar pula jangan cepat menjadi hakim dengan membuat andaian dan keputusan sendiri. Biarkan mahkamah mengadilinya dan biarkan hakim yang menentukan keputusannya.
Manalah tahu imej Anwar akan bersih kembali apabila hujah pendakwaraya lemah, hakim akan memutuskan tiada kes dan Anwar tidak perlu dibicarakan lagi.
Namun rakyat menilai bagaikan ada sesuatu apabila Anwar cuba sedaya upaya menggugurkan kes, sebelum sebutan kes, menggambarkan Anwar berusaha menyembunyikan sesuatu daripada terbongkar.
Apa yang terlalu Anwar takutkan kalau tidak bersalah. Selamat berjuang Saiful Bukhari Azlan, perkukuhkan hujah, perkuatkan azam, panjatkan doa semoga keadilan memihak kepada anda).
sumber - waris@pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan