MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Jul 2009

Dua pembantu Ean Yong dipanggil beri keterangan

SHAH ALAM: Dua orang pembantu khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah semalam dipanggil oleh polis memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.

Dua pembantu terbabit, Evonne Lee, 40, dan Thong Kim Fatt, 53, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada pukul 2.25 petang diiringi seorang peguam, Teoh Weng Keng.

Lee berkata beliau hadir ke IPD berkenaan setelah dihubungi polis Jumaat lepas berikutan nombor telefonnya dan Thong terdapat dalam senarai panggilan telefon bimbit milik mendiang.

Kali terakhir beliau dan Thong menghubungi mendiang pada 15 Julai lepas sebelum Setiausaha Politik kepada Yong itu dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari yang sama.

"Saya dan Kim Fatt ada telefon dia (Beng Hock) pada hari itu dan dia jawab panggilan kirakira pukul 12 tengah hari kerana ada pegawai SPRM datang ke pejabat ADUN Seri Kembangan (Yong) untuk melihat penyata kewangan. Pada masa itu dia berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

"Bagaimanapun, selepas masuk ke pejabat SPRM pada petang hari yang sama, kami tidak dapat hubungi dia lagi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Teoh, 30 ditemui mati di koridor Tingkat Lima Plaza Masalam di Seksyen 9 di sini pada pukul 1.30 tengah hari 16 Julai selepas disoal siasat oleh SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Tingkat 14 bangunan yang sama, mengenai kes penyalahgunaan wang kerajaan negeri oleh beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Keputusan awal bedah siasat mendapati kematian Teoh disebabkan pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dalam kenyataan bahawa seorang peguam, Malik Imtiaz Sarwar dilantik mewakili kerajaan negeri pada inkues berhubung punca kematian Teoh.

Malik yang dikenali sebagai peguam memperjuangkan hak asasi manusia juga akan mewakili Selangor pada siasatan Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan mengkaji Peraturan Soal Siasat SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat.

sumber - mstar


2 ulasan:

AnTi AljUbuRi berkata...

Inikah orangnya yang akan mewakili kerajaan Selangor?? Makin bercelarulah PR ... yang mana musuh, yang mana kawan tak tak boleh kenal lagi, yang peliknya PAS terus menjadi Pak Anggok Sahaja- Jenama baru bagi PAS - Pak Anggok Sahaja


>>
Malik Imtiaz Sarwar is a leading Malaysian human rights lawyer and activist and the current president of the National Human Rights Society (HAKAM). Through HAKAM and a coalition of NGOs callled Article 11 (after the constitutional guarantee of freedom of religion) of which HAKAM is a member, he has been actively involved in efforts to promote the rule of law and constitutionalism, particularly in the face of worrying trends of Islamization and race politics in government and wider society. He further actively promotes a civil rights discourse both in and outside court. In August 2006, a poster declaring him to be a traitor to Islam and calling for his death began circulating in Malaysia.

bro brotherhood, berkata...

As-Salam Bro,..apo nak dikato,..Malik IS ni org bro AnWar di sbbkan pandangan nya yg mengikuti pandangan bro AnWar,.. if tak silap gue Malik IS ni trlibat gak ngan pembentukkan IFC di Malaysia N a vocal one at dat,..bro siasat le apa gue dengar ni,..heheh,.. we have been penetrated by d NWO,.. TS Jawhar ISIS=Trilateral Commission?? amende ntah gue merapu ni,..heheh,..wat else can I say,..(,")

http://www.trilateral.org/pagp/regmtgs/07singapore.htm

http://www.trilateral.org/pagp/regmtgs/06bali.htm

http://www.youtube.com/watch?v=Z91bg9BghaE
Clinton being brainwashesd.(hypnotize)