MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Jul 2009

Ceramah penerangan liwat Anwar dicemari kekecohan

Oleh Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Ceramah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan bertujuan memberi penerangan berkaitan kes liwatnya malam kelmarin, bertukar kecoh apabila penyokong yang mendakwa mereka ahli PKR Ampang berperang mulut dengan ahli PKR lain.



Kumpulan seramai 50 orang itu yang menjerit ‘Kita Mahukan Hak’ sambil membawa sepanduk ‘Kita Mahukan Perubahan’ itu menjadikan suasana hangat apabila mereka tidak sabar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Anwar sebaik beliau selesai menyampaikan ceramah.

Suasana kecoh itu, bagaimanapun berjaya dikawal apabila kumpulan itu akur permintaan penyokong Anwar yang lain supaya mereka bergerak dalam keadaan teratur supaya keadaan kecoh tidak berlarutan.

Selepas menunggu hampir 20 minit, kumpulan itu berjaya menyerahkan memorandum itu setelah berasak-asak ke kenderaan milik Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar yang menerima memorandum itu bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan dan hanya melambaikan tangan kepada penyokongnya.

Salinan memorandum turut diedarkan kepada orang awam dan media sejurus Anwar beredar daripada ceramah ‘Kembalikan Hukum dan Hak Rakyat’ di Dewan Ahmad Razali di sini.

Kumpulan itu membantah pemilihan tiga Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi sesi 2009/2010 yang didakwa wujud beberapa pemalsuan.

Mereka mendakwa dua individu yang dipilih menjadi Ahli Majlis MPAJ di bawah kuota adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak wujud.

Antara lain, mereka juga sudah selidik NGO yang diwakili Ahli Majlis itu tidak pernah wujud, manakala NGO yang diwakili seorang lagi ahli majlis tidak dinyatakan dalam biodatanya.

sumber - sinar harian


1 ulasan:

KAMALUDDIN berkata...

Blog ni berat sangat nak buka.. Mungkin sebab chatroll tu.. Tak boleh ke chatroll tu di laman lain.

Takut nanti tak sampai matlamat sbb orang fedup nak tunggu page ni buka terlalu lama.