MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Jul 2009

Azmin Ali dakwa Tan Sri Khalid bermasalah di Selangor?

Oleh AIDCNews

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Bukit Antarabangsa, Azmin Ali meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak portfolio anggota exco kerajaan negeri sekarang.

"Pelantikan ahli exco tidak boleh berdasarkan parti dan kaum, tetapi lebih kepada keupayaan mereka untuk mentadbir dengan berkesan," kata Azmin seperti yang dilaporkan Bernama semalam.

Kenyataan Azmin yang merupakan orang kepercayaan Anwar Ibrahim itu telah mengejutkan banyak pihak kerana kenyataan tersebut boleh ditafsir daripada pelbagai sudut.

Pertama, exco kerajaan negeri Selangor, banyak masalah sehingga menyebabkan kerajaan negeri di bawah Tan Sri khalid tidak efektif.

Kedua, kepimpinan Tan Sri Khalid sendiri bermasalah dan tidak mampu memberikan arahan efektif kepada para exconya.

Walau apapun tafsirannya, tetapi dengan kenyataan terbuka Azmin Ali dibuat kepada media, menyebabkan Tan Sri Khalid sekali lagi menjadi tumpuan umum, seolah-olah wujud sesuatu yang tidak kena dengan pentadbirannya itu.

Ada pendapat yang mengatakan rombakan jawatan Pengarah Pilihanraya yang disandang oleh Azmin Ali sebelum ini, semata-mata untuk membolehkan Azmin membantu sepenuh masa kepimpinan Tan Sri Khalid di Selangor.

Rombakan jawatan itu dibuat oleh Anwar Ibrahim, beberapa bulan lepas, setelah terdapat laporan kegagalan Tan Sri Khalid mentadbir Selangor.

Apabila Azmin Ali sendiri membuat kenyataan seperti di atas, mengesahkan lagi bahawa pemerintahan Tan Sri Khalid berada dalam kancah masalah

sumber - AIDCNews


2 ulasan:

Shah berkata...

Crony Azmin tak dapat project. Jadi Azmi dah panik kerana dah tak tahan kena pressure oleh crony. Dulu Azmin pun masuk semasa SUSK TPM boleh minta toll kat ahli korporat. Tapi sekarang dah lain kena minta dengan TS Khalid. Dia pun nak bagi project kat crony dia juga

ladybird berkata...

hahahhaha...anwar kata PKR bersih...tapi ada gak crony-crony ni ek...