MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jul 2009

Anwar salahkan media, nafi DAP Kedah keluar PR

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.

Di Kota Baharu, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas berhubung isu itu kerana menganggapnya satu masalah dalaman di negeri Kedah.

sumber - mstar


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al- Khahfi salahkan media?
MEDIA ATAU Cakap pemimpin mereka yang THOUHUT?

Selama ini mereka menuduh Seluruh media baik akbar maupun apa saja berita dari kerajaan yang memutar dan membelitkan segala cerita dan maklumat.

Hari ini Non/Anwar pemimpin yang di anggap al- Khahfi’ yang disanjung dan junjung oleh PAS, PKR dan seluruh warga Pakatan Rakyat serta ribuan penyokong menyalahkan Media membuat kenyataan?


Inikah pemimpin yang dianggap dan disanjung oleh segelintir penyokong mereka al-Khahfi’ dalam puak mereka?


"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini”


Ingat ! Kenyataan ANGKUH yang hampir sama dari Non/Anwar yang pernah katakan masa Pilihan Raya Kecil Bukit Selamau?

“ Tidak ada Ketua Bahagia yang akan keluar Parti” ini gimik politik UMNO disetiap pilihan raya kecil…….akhirnya bukan satu,dua..atau tiga………..TAPI Lima Ketua Bahagian PKR meninggalkan Parti menjelang Pilihan Raya pada keesokan harinya……Ingat!!


Inilah pintar dan bijaknya anak kelahiran To’ kun berdarah asli UMNO ia itu Non/Anwar menempis setiap Isue..

Bukan setakat isu DAP di kedah yang remih pada Anwar ,tapi…isu-isue yang lebih Global..Anwar mampu menempis dengan mudah saja….


Ini sedutan temu bual Anwar di Luar Negara bersama Bloomberg 28 oct 2008…Ruj: http://anwaribrahimdotcom.blogsport.com.


Putar belit lidahnya yang Pertama bila Non/Anwar disoal pengacara Bloomber,katanya..pada pengacara tersebut..

“kita ada nombor pada 16 september apa yang kita buat? Bincang peralihan kuasa secara aman dengan PM..tapi..dia Enggan!..kemudian,kami kata,dia boleh buat sidang tergempar di Parlimen…dia (PM) juga tolak!!” kawan kawan di luar negeri bertanya saya kenapa perlu tulis surat pada PM,untuk dapat sidang tergempar di Parlimen?...kerana,disini prosedor…hanya membenarkan PM.hak untuk panggil ke Parlimen untuk buat persidangan tergempar.! Kita tidak boleh..walaupun kita ada number atau majority…saya kata,ada satu perundangan di keseluruhan proses prosedor toloransi..!!”


Putar belit Non/Anwar yang ke-2 menjelang tarikh peralihan kuasa yang dijanjikan pada kaldai-kaldai yang percaya..


Wawancara dengan pemberita tempatan..

soalan pemberita…

”sejak bila,anda tidak mahu kemukakan undi tidak percaya pada PM?...Non..”Sekarang fokas kita adalah budjet!....S/P “ Jadi..tidak ada undi tidak percaya selepas ini Dato’Sri?..Non..”Anda mahu ia belaku!!??......S/P “tidak..la ia menjadi saya lebih teruja”….Tidak!..tidak ! sekarang fokas kita pada badjet!”


Lihat! dan totonlah sendiri bagai mana al-Khahfi’ tersebut berdalih dan memutar sesuatu fakta begitu mudah dan dipatahkan begitu saja..seperti mana mudahnya al-khahfi itu berdalih di luar Negara maupun di dalam Negara…sama saja caranya.


Persoalannya BENAR kah apa yang al-Khahfi tersebut sampaikan pada pengacara diluar Negara itu?

Dan bagaimana pula al- khahfi tersebut mematah isu undi tidak pecaya pada PM?

Begitu mudah kan…!!

Dan telitilah sendiri betapa liciknya al-Khahfi tersebut BERBOHONG! Di luar Negara maupun didalam Negara!


Lebih-lebih lagi le..kita! yang bertaraf kaldai mainannya..yang mampu menelan apa saja yang al- Khahfi’ kata…Setakat DAP keluar pakatan itu mudah saja..dua tiga potong ayat al-quran sudah menghalal cara politik mereka.


Itu belum lagi al-Khahfi mereka bersuara….Oleh itu janganlah kita MUDAH terpedaya dengan gaya politik mereka yang berubah mengikut masa.


Bukan setakat manifesto POLITIK mereka saja berubah rupa dan kata.

Hukum Allah Swt juga mampu mereka menangguh dan mengubahnya,bila kepentingan memihak pada mereka.


Jadi DAP keluar dari pakatan janganlah kita mudah PECAYA!Cakap-cakap Mb kedahnya pun hampir-hampir juga serupa.