Oleh Medan Info Kita
Malam tadi bertempat di pejabat ADUN Kota Anggerik Seksyen 9 Shah Alam telah berlangsung mesyuarat Ajk PKR Bahagian Shah Alam yang GAGAL membuat keputusan kerana situasi yang cukup hangat dan panas walaupun bersidang dalam keadaan lengkap berhawa dingin.
Ajk yang bermesyuarat tidak dapat persetujuan sebulat suara diatas cadangan Pemangku Ketua PKR Bahagian Shah Alam untuk berpindah pejabat mereka dari Seksyen 9 kepada pejabat yang lain di Seksyen 19.
Cadangan ini sebagai mengurangkan pengaruh Yb Kota Anggerik kepada Ajk Ajk Bahagian yang semakin tidak cenderung menyokong Pemangku Ketua Bahagian itu…
Keputusan ini ditentang sekeras-kerasnya oleh majoriti Ajk yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Ketua Bahagian dan Setiausaha Bahagian. Manakala Pemangku Ketua Bahagian pula disokong oleh Yb ADUN Batu 3 yang turut hadir tetapi dikhabarkan salah seorang Ajk Bahagian yang berada dalam team “Pemangku Timbalan Ketua Bahagian” naik berang sehingga meninggikan suara serta menghentak meja..!
Yang menjadi agak pelik dan lucu apabila dalam mesyuarat tersebut terdapat dua set minit mesyuarat, satu yang disediakan oleh Pemangku Ketua Bahagian sendiri menyatakan keputusan untuk berpindah pejabat telah dipersetujui tetapi ada satu lagi minit mesyurat pula yang disediakan oleh Setiausaha Bahagian dicatitkan tidak ada keputusan bersetuju untuk berpindah pejabat……..
Memang sudah hura hara pentadbiran PKR Shah Alam sekiranya kita amati situasi ini, lihatlah sendiri apabila terlalu ramai yang “memangku” jawatan penting dalam struktur parti. Sebelum pilihanraya ke 12, PKR Shah Alam menyaksikan hampir kesemua pimpinannya letak jawatan dan ada yang keluar parti sebagai tanda SOLIDIRATI kepada bekas ketua mereka Ezam Mohd Nor. Pada waktu itu kecoh berita akhbar menyiarkan kisah Ketua, Timbalan, Naib, Setiausaha, Ketua Penerangan, Ketua AMK, Pengarah Pilihanraya serta beberapa Ajk Bahagian PKR Shah Alam umum letak jawatan dan keluar parti. Natijahnya kini didalam pentadbiran PKR Shah Alam terlalu ramai yang kena jadi “Pemangku”….., akhirnya tidak ada tokoh yang dihormati. Ditambah pula dengan ujudnya dua orang Yb PKR dalam parlimen Shah Alam membuatkan Pemangku Ketua Bahagian seperti tiada “value”.
Agak mengecewakan juga apabila cerita dalam kain PKR sebegini dapat diketahui umum sedangkan parti mereka mewakili pengundi-pengundi di Shah Alam, malah kedua-dua DUN. Bagaimanakah pemimpin mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat apabila “rumahtangga” sendiri hura-hara…?
Kisah kepincangan PKR Shah Alam ini sudah lama juga diceritakan oleh beberapa teman teman yang masih berada dalam parti tunggangan Anwar ini. Mereka kini semakin meluat dengan gelagat beberapa kerat individu yang baru muncul mengejar jawatan, pangkat dan kontrak setelah berjaya menjadi kerajaan negeri. Pentadbiran parti diperingkat bahagian juga agak kendur kerana Pemangku Ketuanya tidak ada “pengaruh” langsung, ini disebabkan ramai Ajknya lebih tertumpu kepada pejabat ADUN masing masing, seperti ada dua team diantara DUN Kota Anggerik dan DUN Batu 3.
Sekian dahulu cerita yang disampaikan oleh Informer Blogmaster sebentar tadi sewaktu kami minum teh tarik…
sumber - medan info kita
2 ulasan:
Salam ziarah bro,
mereka dari golongan org2 yg kecewa.pergi kemana pun mereka akan tetap kecewa.buat apa pun hasil itu tetap akan mengecewakan. sebabnya mereka gagal menerima ketentuan tuhan.maka pastinya tak akan dimakbulkan hasrat mereka.
Mesyuarat Ajk PKR kecoh dan yang GAGAL membuat keputusan kerana situasi yang cukup hangat dan panas walaupun bersidang dalam keadaan lengkap berhawa dingin.
Apakah kepanasan itu seperti kepanasan yang dialami oleh Kamal Artarturk disaat kematiannya…..yang begitu hina sekali Allah membalas dengan menghodohkan mukanya.
Badannya pula dipanaskan Allah hinggakan Ataturk melekapkan ketulan-ketulan ais di badannya.
Hingga membawa pihak bomba dipanggil untuk memancutkan air ke dinding biliknya.
Sepertimana yang telah dikatakan oleh Lord Kinross, “…But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk’s bedroom.” Kepanasan yang dialami oleh Ataturk ini, menjadikannya tidak selesa tinggal di istana Dolmabahce itu sehingga beliau meminta dirinya direndamkan di dalam Selat Bosphorus.
Sebenarnya bahang kepanasan dalaman PKR ini sudah lama dirasai oleh penyokong penyokong diKedah hingga membawa kepada lima ketua bahagiannya termasuk Padang serai meninggalkan perjuangan PKR.
Mereka BUKAN disingkir..tapi meninggalkan perjuangan BUKAN seperti yang dilaporkan oleh lidah PKR sebelum ini.
Walaupun ketulan2 ais yang dibawa oleh Anwar pada malam itu serta pancutan pili bomba dan gas pemedih mata oleh FRU gagal meredakan kepanasannya dipilihan Raya kecil Bukit Selambau.
Bahang kepanasan dalaman parti itu tidak pernah reda hingga kehari ini walaupun dimana saja..kepanasannya tetap dirasai…begitujuga di Kedah.
” Kepanasan dalaman PKR Kedah yang dialami mungkin seperti yang dirasai oleh Artartuk hingga membawa kepada ketua-ketua Bahagian terutama Padang Serai yang memiliki Ahli yang paling ramai dan terulung di Kedah tidak selesa tinggal lebih lama bersama PKR sehingga mereka meminta dirinya keluar dari perjuangan tersebut walaupun ketua bahagian Padang Serai sudah berbelas tahun melalui pahit maung bersama Anwar menghidu Gas pemedih mata dan bermandikan asid dari pili bomba FRU”.
Mungkin inilah kepanasan dalaman parti yang dirasai oleh ketua-ketua bahagian di Kedah terutama Padang Serai hingga memaksa meninggalkan perjuangannya selama ini…seperti juga yang dialami oleh Artartuk hingga ia menemui ajal dengan keadaan terjerit-jerit akibat kepanasan di tubuh badannya hingga suaranya dapat didengari oleh seluruh rakyat Istanbul dari istana Dolmabahce!
Mungkin apa yang belaku di pejabat ADUN kota Anggerik Seksyen 9 shah Alam yang digambarkan cukup hangat dan panas walaupun keadaan lengkap berhawa dinggin tapi gagal meredakan bahang dalamannya...mungkin bahangnya seperti yang dialami oleh Artartuk.
Inilah kuasa Allah swt yang tiada siapa dapat menandinginya..kebenaran akan terserlah juga.
Catat Ulasan