MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Jun 2009

Waran tangkap untuk MP Kapar

Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan yang beliau sengala mengelak daripada menerima sapina untuk tidak menghadiri prosiding inkues kematian K. Sujatha, pelakon dan bekas setiausaha anak Presiden MIC.

Beberapa jam selepas reaksi itu, Mahkamah Koroner pula mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen terbabit agar hadir bagi memberi keterangan.

Prosiding dua hari berakhir hari ini dan disambung dari 9 hingga 10 Julai ini.

Ketika dihubungi pukul 1.40 tengah hari tadi, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat itu berkata, beliau akan memfailkan permohonan mahkamah untuk mengetepikan waran tangkap.

"Saya baru dengar sudah ada waran tangkap... saya akan mohon untuk ketepikan waran tangkap. Bagaimana waran tangkap boleh dikeluarkan jika sapina tidak diserahkan?" katanya.

Beliau akan failkan permohonan tersebut di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Terdahulu, menurut Manikavasagam, beliau sehingga pagi tadi tidak diserahkan sapina bagi tujuan tersebut.

"Memang ada pegawai polis yang menghubungi saya minggu lalu dan saya telah meminta datang ke pejabatnya hari Jumaat, Sabtu atau Ahad lalu tetapi mereka tidak datang.

"Polis tahu pejabat saya, rumah saya dan tahu pergerakan saya.

"Sehingga hari ini saya belum terima sapina, dan kalau tiada sapina macam mana kena hadir," kata beliau di lobi Parlimen pagi tadi.

Beliau juga mengaku bahawa seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ada menghubunginya 8 pagi tadi.

"Pegawai polis itu mahu saya datang ke mahkamah... tetapi tanpa sapina macam mana saya kena pergi," katanya.

Semalam katanya, polis mahu menyerahkan sapina di premis Parlimen.

"Tetapi sapina tidak boleh diserahkan di bangunan Parlimen," katanya.

"Saya adalah Ahli Parlimen, sibuk dan ada banyak tugasan dan temu janji. Saya memaklumkan memang tak boleh hadir hari ini," kata beliau dan menambah, pihak berkenaan seharusnya memberikan masa yang mencukupi agar dapat hadir sidang inkues.

Katanya, beliau pernah menghadiri inkues itu pada hari dan kedua sebelum ini,

Prosiding itu disambung semula selepas lebih dua bulan.

"Pendakwa raya kata tidak perlu hadir, dan jika ada keperluan akan dimaklumkan dan diberikan sapina," katanya yang mengulangi kesediaan untuk hadir bila-bila masa jika diberikan sapina.

Semalam Mahkamah Koroner memberi amaran kepada Manikavasagam bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika beliau terus mengelak sapina bagi memberi keterangan dalam prosiding inkues Sujatha.

Koroner Mohd Faizi Che Abu meminta Timbalan Pendakwa Raya Geethan Ram Vincent mengarahkan pengawai penyiasat kes supaya menyerahkan sekali lagi sapina kepada Manikavasagam bagi memaksanya menghadiri prosiding hari ini.

"Jika dia terus elak menerima sapina maka mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap esok (hari ini)," kata Faizi dalam prosiding inkues untuk menentukan punca sebenar kematian pelakon dan model Tamil itu pada 25 Jun 2007.

Geethan memberitahu mahkamah bahawa pengawai penyiasat telah cuba menyampaikan sapina pada 17 Jun lalu tetapi Manikavasagam telah memaklumkan kepada pegawai itu supaya menemuinya pada waktu makan tengah hari di Parlimen pada hari berikutnya.

Bagaimanapun, pada hari berikut itu, Manikavasagam menghubungi pegawai itu dan memberitahu supaya menangguhkan prosiding inkues kerana dua peguamnya berada di luar negara, katanya.

Sujatha, 28, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, enam hari selepas dimasukkan kerana didakwa terminum racun parakuat.

sumber - mstar


1 ulasan:

Rahman,Ahchong,Muniandy berkata...

POLIS tlg siasat betul2 dan menyeluruh.Jgn kasi dia chance.Pasti ada udang sebalik mee.