MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Jun 2009

Tidak pernah wujud isu kerajaan perpaduan - Anwar Ibrahim

Oleh G. MANIMARAN

NILAI: Pakatan Rakyat mengulangi kesediaan untuk jalin kerjasama dengan Umno-BN berhubung isu-isu nasional termasuk krisis politik Perak tetapi idea PAS tentang kerajaan perpaduan tidak timbul sama sekali.

Ketika menekankan perkara itu di sini hari ini, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat bersedia untuk menemui Umno-BN dengan syarat sistem keadilan dan pilihan raya negara diperbaiki.

"Kita bersedia untuk menemui Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (Perdana Menteri dan Pengerusi BN) untuk menyelesaikan isu Perak tetapi ia mesti melalui pilihan raya.

"Kita sedia berbincang dan mendengar pandangan mereka, pandangan Umno dan mereka mendengar pandangan kita," kata beliau dalam ucapan khas pada Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PKR berhimpun di sini hari ini untuk membincangkan pindaan perlembagaan parti.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Kerajaan perpaduan menjadi isu baru semula selepas ia dibangkitkan oleh Hadi pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 Jumaat lalu.

"Tidak timbul soal kerajaan perpaduan. Kita sedia berbincang dengan syarat tiada kezaliman, (baiki) sistem keadilan dan kekalkan pilihan raya yang bebas dan adil," kata Anwar lagi.

Pakatan dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS.

sumber - mstar


2 ulasan:

PARPUKARI berkata...

Ini drama king al liwati memang kuat belit punya. Ckp kat dia siap sedia utk menuju ke Sg Buloh. Tak yah bincang ngan si agen zionis lagi la. Buang masa je

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Adil jika pakatan rakyat menang.Kalau kalah pasti tak adil.Hampeh punya PR.