MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Jun 2009

Hujah Anwar bersalah 206 muka surat - Hakim Datuk Arifin Jaka

Azizan Abu Bakar, dua dari kiri yang membuat pengakuan di mahkamah diliwat oleh Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 14 Jun - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Arifin Jaka yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana liwat Ogos lalu berkata beliau berasa kasihan dan sedih bekas Timbalan Perdana Menteri itu terbabit dalam tindakan yang musnahkan diri hingga menyebabkan kejatuhannya.

Katanya, sebagai hakim beliau akan gagal menjalankan tugas jika tidak menjatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan Anwar.

``Ia sungguh pedih bagi saya untuk mengenakan hukuman penjara ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu tetapi saya tiada pilihan.

``Saya telah cuba sedaya upaya untuk membuat keputusan bagi meringankan hukuman. Memandangkan dia telah berkhidmat sebagai ahli politik selama 17 tahun.

``Faktor-faktor dalam kes ini menunjukkan dia melakukan kesalahan jenayah yang serius dan terkutuk dan tidak boleh diterima oleh masyarakat kita,'' tegas beliau dalam penghakimannya setebal 206 muka surat mengandungi alasan-alasan terperinci dan panjang lebar yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, beliau telah cuba sebaik mungkin untuk mengkaji keadaan yang memungkin rayuan yang memihak kepada Anwar, yang didapati bersalah meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar.

Hakim Arifin berkata demikian dalam alasan penghakiman bertulis kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Pada 8 Ogos lalu, Anwar, 54, dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan, 41, yang pernah menjadi pemandu peribadi isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Hakim Arifin memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa selepas Anwar selesai menjalani penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah.

Bagaimanapun mahkamah tidak mengenakan Anwar hukuman sebat yang hanya terhad kepada pesalah berumur 49 tahun ke bawah.

Sukma, 40, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan setelah didapati bersalah atas dua tuduhan iaitu bersubahat dengan Anwar dan meliwat Azizan.

Hakim Arifin bagaimanapun memerintahkan Sukma menjalani hukuman penjaranya secara serentak.

Perbicaraan itu mengambil masa 117 hari dan pendakwa memanggil seramai sembilan saksi, manakala Anwar dan Sukma mengemukakan 31 saksi pembela.

Menurut penghakiman hakim itu, Azizan Abu Bakar menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku bahawa dia diliwat di Tivoli Villa oleh Anwar dan Sukma Madja di antara bulan Januari dan Mac 1993.

Hakim Arifin Jaka menegaskan bahawa tidak ada sebab mengapa Azizan harus memberikan gambaran yang begitu teliti mengenai bagaimana bermulanya perhubungan seks yang dilakukan oleh Anwar, melainkan kejadian itu benar.

``Dia tidak memperoleh apa-apa keuntungan tetapi hanya akan kehilangan segalanya jika keterangannya tidak benar, kerana ia akan menjejaskan maruah dan nama baiknya dalam pandangan masyarakat.

``Dan juga memalukan anggota keluarganya,'' kata Hakim Arifin.

Tambahan pula, katanya tidak ada sesiapa yang boleh memikirkan bagaimana seorang boleh membuat rekaan satu pertuduhan liwat yang serius terhadap Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Hakim Arifin berkata, berdasarkan bukti-bukti tersebut seseorang yang waras atau pun hakim tidak dapat menolak daripada membuat kesimpulan bahawa kedua-duanya meliwat Azizan semata-mata kerana ingin memenuhi hawa nafsu mereka di Tivoli Villa.

Beliau berkata, hanya mereka yang terlibat secara terus dan aktif dalam perbuatan liwat sahaja boleh menceritakan dengan begitu menyeluruh kejadian tersebut.

Tegas beliau, Azizan sebenar-benarnya tanpa perbuatan yang menghias, mereka atau menokok tambah menceritakan dengan terperinci setiap minit bagaimana dia diliwat oleh Anwar dan Sukma di tempat dan waktu seperti mana yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap kedua-duanya.

Arifin berkata beliau telah cuba sebaik mungkin untuk mengkaji keadaan yang memungkin rayuan yang memihak kepada Anwar, yang didapati bersalah meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar.

Kata Hakim Arifin, keterangan dan pengalaman yang Azizan ceritakan begitu mendalam dan ini menolak sebarang kemungkinan bahawa dia diajar atau dilatih seperti yang didakwa oleh peguam bela.

Menurut penghakimannya lagi, Hakim Arifin berkata, berhubung dengan kredibiliti, beliau mendapati bahawa Azizan adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya adalah kukuh bagaikan Bukit Gibraltar.

``Saya telah menimbang dengan teliti keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan dan pembelaan keseluruhannya,'' kata beliau.

Hakim Arifin berkata, kesimpulannya adalah seperti berikut:

* Mahkamah mendapati fakta alibi kedua-dua tertuduh tidak meliputi keseluruhan tempoh di antara bulan Januari hingga Mac 1993 sebagaimana dalam pertuduhan. Alibi itu hanya meliputi tempoh dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993, oleh itu ia tidak menyeluruh. Pembelaan alibi gagal.

* Pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak pernah pergi ke Tivoli Villa pada pukul 7.45 malam antara bulan Januari hingga Mac 1993 juga gagal berdasarkan keterangan Azizan yang diterima sebagai benar dan boleh dipercayai.

* Pembelaan konspirasi bagi reka cipta keterangan tidak boleh diterima sebagai bukti yang menyeluruh yang dibuat oleh pihak pembela. Pembelaan ini juga gagal.

* Pengakuan Sukma disahkan dibuat secara sukarela.

* Kebenaran dalam pengakuan Sukma itu membuktikan kedua-duanya terbabit.

* Wujud bukti yang menyokong dalam keterangan Azizan.

* Kredibiliti Azizan disahkan.

* Sukma tidak dapat menimbulkan sebarang keraguan dalam kes pendakwa atas tuduhan bersubahat dengan Anwar. Terdapat bukti-bukti yang cukup bahawa dia bersubahat dengan Anwar meliwat Azizan.

* Mahkamah mendapati bahawa keterangan pembelaan yang dibuat bagi kedua-dua mereka secara keseluruhannya gagal dalam menimbulkan sebarang keraguan dalam kes pendakwaan.

* Mahkamah juga mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Oleh: KAMARIAH AHMAD dan SUKHVINDER KAUR

sumber - Utusan Malaysia, 15 Mei 2001


Tiada ulasan: