MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Jun 2009

'Siapa Anwar Nak Ajar Orang Kelantan' - Ibrahim Ali

Monday, 22 June 2009 09:34

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas berikutan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO yang didakwa menindas rakyat Kelantan.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan itu membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak tahu malu dan bermuka tebal.

Beliau berkata, lebih melucukan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menggesa UMNO supaya memohon maaf kerana menindas rakyat negeri itu.

"Apakah benar penindasan berlaku ke atas rakyat Kelantan? Jika benar, mengapa dia sendiri tidak memohon maaf ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu?

"Jangan ingat semua orang bodoh dan lupa kenyataannya dahulu ibarat burung di padang pasir, kepala di dalam pasir, punggung di luar,'' katanya.

Ibrahim menjelaskan, pembangunan di Kelantan sekarang seperti projek Jambatan Sultan Ismail, lapangan terbang, universiti, sekolah, maktab dan lain-lain adalah projek Kerajaan Persekutuan.

"Cukuplah. Anwar tidak perlu ajar rakyat Kelantan, cukuplah apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang,'' tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai angkuh apabila sanggup bersemuka dengan mana-mana parti bagi membincangkan hak-hak rakyat Malaysia.

"Adakah Guan Eng ingin hak kaum lain disamakan dengan kaum Melayu dan mempertikaikan hak istimewa orang Melayu?

"Jika ingin membincangkan perpaduan rakyat masih boleh terima, tetapi jika ingin membincangkan hak rakyat, itu sudah agak biadap kerana hak setiap rakyat sudah dijamin Perlembagaan dan tidak perlu dipertikaikan,'' katanya.

sumber - malaysia-instict


Tiada ulasan: