MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Jun 2009

Mir Hossein Mousavi sedia 'mati syahid'

TEHERAN: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam ketegangan terbaru di ibu negara Iran, ketika pembangkang meneruskan tentangan mereka terhadap keputusan pilihan raya negara itu 12 Jun lalu dengan calon kalah, Mir Hossein Mousavi menyatakan kesediaan 'mati syahid' dalam perjuangannya berhubung keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Akhbar The Telegraph memetik seorang sekutu Mousavi memberitahu agensi berita Barat: "Mousavi berkata, beliau sedia mati syahid dan akan meneruskan perjuangannya."

Seorang lagi saksi berkata, Mousavi, 67, akan mendesak mogok dilancarkan di seluruh negara jika dia ditahan.

Dalam pertempuran terbaru di Teheran, stesen televisyen tempatan melaporkan, 10 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.

Beribu-ribu penunjuk perasaan tidak mempedulikan tembakan gas pemedih mata dan bom air untuk meneruskan perhimpunan di Medan Anghelab, di tengah ibu negara Iran itu.
PENUNJUK perasaan lebam di muka dalam pertempuran dengan polis di Teheran.

Media melaporkan, seorang lelaki pula bertindak meletupkan bom di makam pemimpin revolusi Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini di selatan Teheran, menyebabkan dua maut, manakala tiga lagi cedera, dua daripadanya warga asing.

Mousavi sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengkritik pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, tindakan yang tidak pernah dibuat mana-mana pihak sebelum ini, selepas polis bertempur dengan beribu-ribu penunjuk perasaan.

Beliau yang memimpin bantahan umum besar-besaran mendakwa pemimpin negara itu 'menipu' dan memberi amaran bahaya yang menanti jika tindakan menyuraikan tunjuk perasaan diteruskan.

Dalam ucapan umum pertama sejak pilihan raya Jumaat lalu, Khamenei menafikan sebarang salah laku atau penipuan dan memberi amaran pemimpin pembangkang akan dipertanggungjawabkan kepada 'darah, keganasan dan kekecohan' yang dicetuskan jika bantahan di Teheran dan beberapa bandar lain tidak dihentikan.

Bagaimanapun Mousavi, mengulangi tuntutannya agar satu pilihan raya baru diadakan.

Mousavi dalam kenyataan tersiar di laman web akhbarnya, Kalameh, turut memberi amaran jika rakyat tidak berupaya mempertahankan hak mereka secara aman, 'bahaya akan menanti pada masa depan'

sumber - berita harian


Tiada ulasan: