MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Jun 2009

Sejauh mana Anwar berjaya cengkam PAS ?



Oleh Gelagat Anwar

Mantan Ketua Pemuda PAS membuat kenyataan yang sangat ‘dalam dan bermakna’. Bahawa, PAS tidak akan sesekali menjadi ’sleeping partner’ – rakan tidak equal di dalam Pakatan Rakyat. PAS sendiri perlu mempunyai minda dan fikrah ‘government in waiting’. Ini semua suatu kenyataan yang membawa makna yang mendalam kepada apa sebenarnya yang berlaku di dalam PAS.

Salahuddin seakan ingin memberi signal, bahawa perlu ada usaha untuk meletakkan PAS sebagai rakan kongsi utama kepada PR. Apakah selama ini PAS terasa seakan dipinggirkan? Apakah selama ini PAS terasa mereka bagaikan bukan rakan kongsi kepada PR? Apakah PAS sebenarnya memainkan peranan ‘pelengkap’ sahaja? Apakah PAS tidak diberikan watak utama dalam kerjasama PR?

Sebagai ahli politik berpengalaman, Salahuddin sememangnya sangat punya ‘kemahiran sindiran’ yang tinggi dan hebat. Dia memukul dalam senyum. Dia menyatakan pernyataan ‘dasar’ dalam ruang yang sangat ringkas dan mudah. Kenyataan Salahuddin sebenarnya membenarkan lagi bahawa sememangnya PAS ‘terasa’ bagaikan suatu rakan kongsi yang tidak setara dengan rakan lain. Benar, PAS dibenarkan memimpin di Perak (dahulu), Kedah dan Kelantan – tetapi dalam konteks ‘nasional’, kehadiran PAS tidak kukuh dan tidak solid. Longgar. Kadang-kadang nampak macam rapat. Selalunya nampak macam pelengkap sahaja.

Kuda Anwar di peringkat Timbalan Presiden adalah pastinya Husam Musa. Tidak ada orang lain. Nasihat Anwar kepada Husam mudah sahaja: ‘play the wild game…jika perlu’. Maknanya, Husam diminta memastikan kemenangan dengan apa cara sekalipun. Jika perlu untuk melakukan politik wang; dan ianya pilihan untuk menang – Husam kena buat. Tetapi dengan cara yang cukup hati-hati. Takut-takut jadi backfire kepada perancangan awal Husam selama ini.

Ustaz Nasa sememangnya TIDAK KENA dengan perjuangan Anwar. Tidak kena bukan dari segi apa, tapi daripada segi keinginannya untuk dekat dengan UMNO. Anwar tidak mahu itu berlaku. Sebab itulah juga, Husam membuat kenyataan terbuka bahawa dia TIDAK BOLEH menerima seorang yang mahu berkawan dengan UMNO/BN. Ini semua akan membantutkan usaha Anwar bagi meletakkan ‘kuku’ di dalam PAS. Nafikanlah setara mana sekalipun, PAS tetap diuji samada mahu berada di bawah lembayung kepimpinan rendah moral Anwar; atau bangun dengan kekuatan sendiri.

PAS yang kuat, tidak baik buat Anwar. PAS yang teguh, tidak bagus buat Anwar. PAS yang tidak mempunyai ’sentuhan listrik’ Anwar tidak molek untuk masa depan PR. Perlu ada ‘trojan horse’ yang boleh dijadikan kuda Anwar di dalam PAS. Kuda ini bukan kuda padi. Mesti kuda perang. Mesti kuda yang mampu membawa cita-cita ‘Anwar the Great’ membuka empayar politik baru. Seperti mana kuda Alexander the Great, kuda Anwar the Great juga mesti sasa dan kuat. Takut-takut Anwar sedang bertaruh dengan kambing Jamnalpari. Punah harapan.

Kuda ‘Anwar the Great’ mestilah ada nilai di peringkat tertinggi. Bukan sekadar kuda padi yang tidak ada ‘kuasa’ membuat keputusan. Bukan kuda padi di peringkat sayap. Bukan kuda padi di peringkat Dewan Ulama’. Anwar the Great mahukan kuda yang sudah teruji. Kuda yang mempunyai jiwa perang. Kuda yang mempunyai ’sentuhan karisma’ yang menyamai dirinya. Anwar mahu ’sidekick’ di dalam PAS.

Ustaz Hadi mungkin bukan jawapan buat Anwar. Mungkin tidak, kerana Ustaz Hadi mempunyai lindungan Dewan Ulama’ yang sangat keras. Anwar kena ada sidekick di peringkat yang lain, tetapi masih mempunyai kuasa kepad parti.

Nampaknya, teruk juga PAS dilanda oleh ‘arus Anwar’ kali ini. Hati-hati.

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: