MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Jun 2009

PKR menang sorak tetapi undi terbarai di Penanti…

Oleh: ROSLAN BIAN, agendadaily


Terpulang apa sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain nak bercakap mengenai kemenangan PKR di Dewan Undangan Negeri Penanti.

Tiada apa nak dibanggakan kerana awal-awal lagi bila Barisan Nasional buat keputusan tidak letak calon dalam pilihan raya kecil itu, calon PKR Dr Mansor Othman sudah boleh tempah bush jaket dan tidur dengan mimpi sudah jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pendek kata, Anwar, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Hadi Awang boleh ketawa terbahak-bahak sebab calon PKR dapat majoriti 5,558 undi manakala tiga lagi calon Bebas hilang wang deposit.

Paling banyak cakap nanti pastinya Anwar. Entah apa lagi nak dihamburkan kepada BN atau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran kemenangan ‘orang kuat’ beliau yang sebelum ini sudah beberapa tiga kali kecundang dalam pilihan raya.

Biarkanlah Ketua Pembangkang itu nak merapu apapun. Ianya akan jadi seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi.

Kalau hendak diberi peribahasa baru, barangkali bunyinya begini: PKR menang sorak tapi undi terbarai di Penanti…

Ini kerana walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Dr Mansor Cuma dapat 6,052 undi berbanding Mohammad Fairus Khairuddin yang memperolehi 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi pada pilihan raya umum lalu (PRU 12)..

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

Walaupun kali ini, Dr Mansor dapat majoriti 5,558 undi tetapi jumlah diperolehi merosot 1,294 undi.

Tak tahulah kemana pergi undi tersebut tetapi yang pasti semua ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP di Penanti keluar mengundi bagi memastikan Dr Mansor menang.

Berdasarkan trend beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jumlah undi diperolehi calon BN dan parti lawan tidak banyak berubah daripada kepultusan PRU -12.

Mengambil kira hakikat ini dan jumlah 5,127 undi calon BN dahulu boleh dikatakan jumlah diperolehi Dr Mansor merosot kerana ada pengundi yang memilih Fairus sebelum ini sudah memberikan undi kepada calon Bebas.

Tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494), Kamarul Ramizu Idris (56) dan jumlah keseluruhan undi adalah 942.

Sebab itulah boleh dikatakan PKR menang sorak tapi undi terbarai kerana sudah mulai ada tanda-tanda mereka yang menyokong pembangkang mula bosan sama ada dengan tindak tanduk PKR, DAP mahupun PAS atau sudah penat berdepan karenah pilihan raya kecil yang sengaja diadakan tanpa sebab kukuh.

Berdasarkan situasi ini, maruah Anwar dan PKR tidak mustahil tercalar andainya BN membuat keputusan bertanding di Penanti.

Jika tidak menangpun, majoriti calon PKR tentu lebih rendah.

Apapun, sama ada mementum ini berterusan, pilihan raya DUN Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai nanti akan memberi petunjuk baru.

Andainya sudah ada rakyat mula menolak PKR, pasti selepas ini ada yang akan menolak PAS pula. Cuma yang belum teruji pengaruhnya adalah DAP.

sumber - agendadaily







3 ulasan:

Unknown berkata...

Walaupun PKR menang,tetapi ini menunjukkan sokongan rakyat kepada BN masih padu lagi.Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kemenangan ini kerana peratusan turun mengundi adalah yang paling terburuk dalam sejarah pilihanraya kecil.Jadi,janganlah syok sangat dengan kemenangan ini anwar!!!

Tanda2 Parti Kacau Rakyat = PKR kurang diterima sudah mula nampak

abu muaz berkata...

Ni yang payah... kalau PKR menang rakyat tolak PKR. Kalauu BN kalah rakyat terima BN. Sifir apa yang kau orang pakai ni.Dikelantan nampaknya beria-ria benar nak lawan. Manek Urai tu samadengan MU. MU tu baru je kalah kat B. aku takut diMU puak B akan menang maka tinggallah N keseorangan.......

ladybird berkata...

Padan Muka Anwar Ibrahim!