MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Jun 2009

Kemenangan PKR tidak bayangkan penerimaan sepenuhnya

BUKIT MERTAJAM: Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam, namun kemenangan itu tidak membayangkan penerimaan penuh masyarakat kawasan berkenaan berdasarkan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Penganalisis politik berpendapat sokongan yang diterima PKR perlu dilihat dari sudut majoriti yang diperolehi calonnya Mansor Othman kali ini berbanding penyandang, dan juga jumlah yang keluar mengundi.

Pensyarah Kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata mereka yang tidak keluar mengundi terutamanya pengundi atas pagar mungkin berasa muak setelah melalui tiga pilihan raya sejak Mac tahun lepas.

"Yang keluar mengundi hari ini memang penyokong setia pembangkang, manakala penyokong BN dan pengundi atas pagar tidak keluar mengundi kerana mungkin rasa muak dengan pilihan raya yang terlalu kerap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam. Katanya perbezaan jumlah undi yang diterima oleh Mansor dan penyandang kerusi itu, Mohammad Fairus Khairuddin yang tidak besar iaitu 1,264 undi juga menggambarkan penyokong PKR sendiri sudah merasa yakin kemenangan akan berpihak kepada parti itu, menyebabkan mereka tidak keluar mengundi.

Peratus pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka merosot dengan ketara, daripada 12,657 orang atau 82.08 peratus pada Mac 2008 kepada hanya 7,100 atau 46.15 peratus kali ini. Seorang lagi penganalisis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Nizamuddin Sulaiman berkata, walaupun kemenangan PKR sudah dijangka, tetapi signifikasi pilihan raya kecil kali ini harus dikaji dari aspek majoriti undi yang diperolehi memandangkan PKR tidak berdepan musuh tradisinya, BN.

"Menang atau kalah itu bukan persoalan tetapi yang harus dilihat ialah peratusan yang keluar mengundi untuk dikaji sokongan masyarakat terhadap PKR," katanya.

Pada pilihan raya kecil ini, Mansor memperoleh 6,052 undi dengan majoriti 5,558 undi berbanding tiga pencabarnya calon Bebas iaitu Aminah Abdullah, 56, dengan 392 undi, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41, (494 undi) dan Kamarul Ramizu Idris, 42, (56 undi).

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lepas, Mohammad Fairus mencatat kemenangan dengan majoriti 2,219 undi setelah memperolehi 7,346 undi mengalahkan Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dari BN yang memperolehi 5,127 undi.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus yang berhasrat melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah pada 16 April lepas.Mansor pernah menyertai tiga pilihan raya umum sejak 1999 tetapi tewas pada ketiga-tiga percubaannya itu.

sumber - mstar

1 ulasan:

Mohd.Rizal berkata...

Assalam wbt.

Realiti mengatakan bahawa PKR sudah memenangi pilihanraya semula Dun Penanti ini, tidak kira apa cara sekalipun dan bagaimana ia terjadi. Jika masih hidup dlm bayangan atau fantasi dgn mengatakan bahawa bukan semua penduduk Penanti menyokong PKR adalah sesuatu yg memalukan dan salah. Menang tetap menang kerana ia diakui sah di sisi undang2.

Wassalam.