Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
PASTINYA bukan mudah menjadi ‘public figure’ dalam masyarakat, lebih-lebih lagi bila kita punya latar belakang agama yang kuat.
Apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi ukuran, yang akan dinilai baik atau buruknya.
Jika apa yang melanda itu melibatkan peribadi lebih-lebih lagi kisah kontrvresi pastilah ia cepat dinilai dari aspek negatif.
Maka hilanglah ‘imej bersih dan baik’ yang dipaparkan kepada masyarakat maka timbulah pula cemuhan dan cacian kepada si empunya diri.
Itulah harga yang perlu dibayar oleh penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy. Semuanya bermula gara-gara akil digosipkan bercinta dengan penyanyi kelahiran Johor Bharu, Waheeda Abdul Wahab.
Rentetan penafian kedua-dua selebriti ini, akhirnya tidak dapat diselindungi lagi apabila isterinya, Maizawati Zainal membuat kenyataan media bahawa dia telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Ipoh awal bulan Mei lalu.
Natijahnya, bukan sahaja si suami menerima tempias dek gosip yang melanda malah ahli keluarga dan sanak-saudara terdekat juga tidak terkecuali menjadi sasaran untuk menanyakan hal sebenar yang melanda Akhil.
Semestinya ramai tidak tahu nama sebenar Akil adalah Akhil Hayy Rawa. Ayahnya juga dikenali sebagai tokoh agama yang disegani.
Kesempatan menemui sepupu Akhil iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa membuat penulis tidak melepaskan peluang menanyakan soalan berikutan kontroversi pergolakan rumahtangga Akhil yang masih menjadi bualan ramai.
Walaupun pada mulanya, Dr Mujahid nampak tidak selesa dengan soalan tersebut nyata dia tidak lokek berkongsi kisah mengenai Akhil yang merupakan pangkat dua pupunya.
“Sebenarnya, ayah dia dengan ayah saya kenal dan sangat rapat..Keluarga ayah Akhil dan ayah saya punya sebuah kedai buku di Pulau Pinang.
“Hubungan keluarga kedua belah pihak rapat Cuma saya tak mengenali Akhil secara peribadi kerana dia dibesarkan di Gopeng oleh neneknya. Saya lebih rapat dengan Abang kepada Akhil iaitu Isa,” katanya selepas temubual berkaitan dengan pemilihan Muktamar PAS ke-55 di Hotel Grand Bluwave baru-baru ini.
“Saya memang tidak rapat dengan beliau cuma apa yang dapat saya katakan di sini saya bersimpati kepada Akhil atas apa yang menimpanya bukan sahaja sebagai ‘sepupu kedua’ malah sebagai peminatnya,” katanya.
Jelas Mujahid yang juga calon Naib Presiden PAS ini, bukan hanya beliau meminati Akhil malah anak dan isterinya turut meminati Akil.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut beliau berkata, sebelum ‘gosip panas’ melanda Akhil beliau sering menjemput Akhil untuk berceramah menggunakan platform PAS.
“Kadang-kadang tu bila saya pergi ceramah, anak saya nak ikut semata-mata nak tengok Akhil berceramah, bukan dia nak dengar ayah dia ceramah.
“Mungkin dia (Akhil) tidak minta isu ini terjadi lebih-lebih lagi dia sebagai selebriti yang dikenali. Isu ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada personaliti beliau (Akil),” katanya.
Menurut Mujahid, pada awalnya beliau amat terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Akhil hingga beliau tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku ke atas sepupunya itu.
Namun pada masa yang sama, Mujahid yang juga bekas anak kepada Presiden PAS yang ke-3 Yusof Rawa ini sedia menawarkan khidmat nasihat dan sokongan moral sekiranya Akil memerlukannya.
Tambah Mujahid, walaupun perhubungannya dan Akhil tidak rapat dia turut berbangga dengan populariti yang dimiliki sepupunya itu.
“Kadang-kadang apabila orang ramai kata, Mujahid awak ni sepupu Akhil Hayy kan? Nanti sampaikan salam saya pada dia ye?. Kita pun tumpang seronok dengan dia. Dia (Akil) punya personaliti yang tersendiri.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar ini tidak lokek menitipkan nasihat buat Akhil agar bijak menangani apa jua rintangan yang melandanya ketika ini.
“Cuma saat ini, apa yang boleh saya nasihatkan kepada dia (Akhil) adalah, banyak-banyakkan bersabar dan minta petunjuk daripada Allah. Mungkin itu jalan penyelesaian terbaik. Pasti ada hikmah atas apa yang berlaku,” katanya.
sumber - mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan