Oleh Hambali Abd. Latif
Sebelum ini pemimpin PAS mengatakan UMNO dan penyokong UMNO sebagai parti tidak Islam selain tarafnya sama seperti Yahudi.
Kelmarin pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mengatakan UMNO dan kelakuan orang UMNO lebih buruk daripada Chin Peng.
Bermakna yang bersetuju dengan tindakan UMNO atau ‘bersubahat’ dengan UMNO turut mempunyai ciri-ciri dan sifat seperti ‘penjenayah’ Chin Peng?
Hakikatnya, UMNO dan Perikatan memerdekakan Tanah Melayu sementara Chin Peng berusaha menggagalkan kemerdekaan yang dicapai. UMNO – Chin Peng bagai langit dan bumi jauhnya. Bagaimana UMNO boleh disamakan dengan Chin Peng?
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berceramah di Kubang Semang.menyifatkan kelakuan Umno merampas Perak lebih teruk daripada isu Chin Peng yang disifatkan oleh beliau sebagai sengaja dimainkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghidupkan kembali kemarahan rakyat.
Tambahan lagi sekarang ini terlalu banyak isu dan skandal terpaksa dijawab oleh kepimpinan negara maka tiada jalan lain untuk beralih kepada isu kepulangan Chin Peng untuk dijadikan sasaran.
Apa juga sebab dan kenapa Anwar menimbulkan isu berkenaan tetapi pokoknya beliau marah dengan UMNO yang menyebabkan kerajaan pakatan pembangkang di Perak lingkup.
Ada persoalan penting yang perlu direnungi di sini.
Pertama, UMNO bukan penyebab lingkupnya kerajaan pembangkang di Perak. Ia lebih kepada pakatan pembangkang tidak tahu ‘menjaga kebajikan dan ehwal ADUNnya’ yang menyebabkan mereka ‘lari’ dari parti itu.
Mereka hanya mengisytihar diri mereka Bebas, bukan masuk UMNO atau menyertai parti-parti komponen BN yang lain.
Kebetulan dengan kemasukan tiga ADUN pakatan pembangkang, BN boleh menubuhkan kerajaan dan lingkuplah kerajaan pembangkang.
Kedua, penubuhan kerajaan baru menggantikan kerajaan pakatan pembangkang direstui istana. Apakah Sultan Perak, Sultan Azlah Shah yang merestui dan melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga ‘lebih teruk daripada penjahat seperti Chin Peng?”
Apakah Anwar bermaksud sedemikian?
Dengan menuduh UMNO dan cara ini diterima pula oleh Sultan Perak, apakah Anwar tidak turut memalirkan Sultan Azlan Shah?
Apakah Anwar boleh menganggap Sultan Perak ‘tidak tahu’ dan ‘bodoh’ dalam perkara ini?
Apabila Sultan Perak menyetujui melantik Dr Zambry, jelas bahawa langkah UMNO dan komponen lain menubuhkan kerajaan Perak sebagai sesuatu yang betul.
Apakah tindakan betul Sultan Perak ini ‘lebih teruk dari Chin Peng’?
Tindakan Anwar menyamakan UMNO lebih teruk dari Chin Peng adalah melampau dan jahat.
Bolehkah UMNO – pemimpin dan ahlinya memaafkan Anwar?
Selain itu, kata Anwar, BN dikatakan mainkan isu Chin Peng semata-mata untuk membangkitkan soal perkauman dan menimbulkan pandangan serong terhadap pembangkang yang menggangap isu ini sebagai isu kemanusiaan.
Bagaimana boleh kita katakan ia isu kemanusiaan?
Anwar ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO pernah melaungkan penentangan terhadap pemimpin Israel yang mengganas terhadap orang Palestin. Kenapakah beliau tidak melihat pemimpin Israel itu bertindak kerana sifat ‘kemanusiaan’ dan sayangnya beliau kepada rakyat Israeil?
Juga apabila Anwar menentang Tunku Abdul Rahman dalam isu Carcosa pada pertengahan 1980-an, tidakkan ada ‘peri kemanusiaan’ dalam diri Anwar bahawa yang ditentangnya itu ialah Perdana Menteri pertama dan Bapa Kemerdekaan?
Apakah sifat kemanusiaan Anwar terhadap Chin Peng lebih besar berbanding Tunku?
Beliau memberikan alasan bahawa BN sanggup meningkatkan kemarahan rakyat tentang isu Chin Peng kenapa pada masa yang sama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pula mengadakan lawatan ke China yang merupakan 'bapa komunis'.
Parti Komunis Malaya (PKM) dan Chin Peng adalah perkara berbeza dengan Republik Rakyat China (PRC).
Chin Peng menentang kemerdekaan dan demokrasi Tanah Melayu dan Malaysia, sementara hubungan Malaysia-China diwujudkan selepas China mengubah sikapnya terhadap negara jiran dengan lawatan Tun Abdul Razak.
Anwar jangan buat-buat ‘buta sejarah politik Malaysia’ dalam konteks ini.
Keganasan PKM dan Chin Peng adalah pada 1960-an dan awal 70-an, walaupun secara rasmi kerajaan berlembut dengan komunis pada 1980-an.
PRC pula menunjukkan sikap ‘lembutnya’ sambil mula membuka negaranya dilawati, termasuk oleh Presiden Amerika, Presiden Johnson pada 1980-an.
Suasana yang berubah di China seharusnya menjadikan Malaysia turut mengiktiraf China tetapi dasar kerajaan terhadap pergerakan komunis dan subversive tetap tidak berubah. Sebarang usaha oleh individu dan kumpulan yang cuba menganggu-gugat keamanan dan kemerdekaan negara tidak boleh diberikan kelonggaran.
Dan Chin Peng yang memang meletakkan senjata tetapi tetap dianggap berbahaya tidak boleh ‘dimaafkan’ begitu sahaja.
Jadi adalah sikap kalau bekas Timbalan Perdana Menteri itu menganggap Chin Peng sudah ‘berubah’ dan melihat beliau dalam konteks kemanusiaan.
Jangan hanya kerana mahukan sokongan bukan-Melayu, semuanya boleh. Dalam isu Chin Peng ini, bukan orang Melayu sahaja menderita tetapi juga orang Cina turut menerima kesan kekejaman komunis.
Nasib baik British mengadakan dasar ‘kampung baru’ yang memberikan ‘kehidupan kepada orang Cina’ . Jika dibiarkan, mereka yang enggan bekerjasama dengan PKM dan Chin Peng mungkin menerima penyiksaan dan kekejaman mereka.
Apakah Anwar mahu melindungi fakta dan hakikat ini?
Jangan sedap cakap dan menghukum sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan kita.
Anwar sebagai pemimpin yang menganggap dirinya pemimpin Islam perlu merenung lebih jauh.
Apakah komunis tidak menjadi ancaman kepada Islam?
Chin Peng pemimpin komunis dan tidakkah beliau juga mengancam Islam?
Sepatutnya pemimpin PAS yang menyokong kepulangan Chin Peng turut memikirkan hal ini.
Mungkin menyedari inilah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri AzizanAbdul Razak menentang kepulangan Chin Peng.
Beliiau bersetuju dengan ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menolak kepulangan bekas pemimpin PKM itu yang telah banyak mencetuskan huru-hara dan kesengsaraan kepada rakyat negara ini.
Pentanyaan Azizan, “Berapa ramai yang telah menanggung derita dan terkorban kerana perbuatan ganas PKM semasa era Darurat,” amat tepat dan menjawab betapa salah dan kelirunya Anwar apabila mengatakan UMNO lebih buruk daripada Chin Peng.
sumber - hambali1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan