MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Jun 2009

Mir Houssein Mousavi calon Moderat Presiden Iran ?


Oleh : Faisal Tehrani

Hari ini, Republik Islam Iran akan memilih seorang Presiden baharu. Sekiranya terdapat jumlah undi yang hampir sama banyak, pilihanraya pusingan kedua akan berlangsung sekali lagi minggu hadapan dengan dua calon tertinggi (terdapat empat calon) bakal berdepan untuk kali terakhir.

Barat, khusus Amerika Syarikat memberi perhatian besar kepada calon Presiden - Mir Houssein Mousavi yang disifatkan sebagai calon jalur moderat di Republik Islam Iran.

Sesuatu yang harus anda ketahui ialah terma seperti moderat, liberalis, sederhana, ekstrimis, keras dan konservatif di Republik Islam Iran sama sekali tidak dapat 'terpakai' atau sama dengan apa yang ada di Malaysia mahupun apa yang difahami di Barat. Mereka yang masih terkial memahami wilayatul faqih akan bingung dengan permainan terma ini di Iran.

Justeru istilah konservatif dan moderat di Iran tidak sama sekali menyerupai istilah 'konservatif' dan 'erdogan' dalam PAS. Kesederhanaan dan janji lunak golongan moderat di Iran tidak sama dengan kecenderungan dan keliberalan pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan terhadap Amerika dan Israel.

Ambil sahaja Presiden sekonservatif Mahmoud Ahmadinejad, hampir dua tahun lalu beliau adalah Presiden yang berani membuka ruang untuk membenarkan wanita menonton perlawanan bola sepak kebangsaan di stadium. Ini bermakna penonton wanita menyaksikan perlawanan bola yang pemainnya adalah lelaki secara terbuka di awam (sesuatu yang sebelumnya tidak berlaku).

Pun keizinan Mahmoud Ahmadinejad tersebut divetokan oleh Ayatullah al Uzma Ali Khamenei, pemimpin tertinggi Republik Islam Iran dan pemimpin politik umat Islam syiah usuli seluruh dunia. Alasan beliau 'persekitaran di stadium tidak sesuai untuk wanita'. Jika ingin menonton, ya lihat sahaja menerusi siaran langsung di televisyen.




Justeru jika ada yang menyangkakan Mir Houssein Mosavi seorang reformis dan bukan konservatif. Fikirkan semula.

Ambil sahaja Zahra Rahnavard, isteri Mir Houssein Mousavi berusia 61 tahun. Seorang nenek, pelukis,dan mantan canselor sebuah universiti. Beliau jua adalah seorang penulis drama pentas. Salah sebuah drama pentas beliau yang paling diingati ialah mengenai Salman Rushdie yang digambarkan sebagai 'iblis'.

Nah, sebagai seorang moderat Rahnavard sama sekali tidak seperti orang itu (yang liberal dalam konteks Barat) di mana sanggup dan tergamak memuji Salman Rushdie penghina Nabi Muhammad saw sebagai 'profound writer'.

Zahra Rahnavard juga penulis esei yang diketahui umum di Barat berjudul The Colonial Motives for the Unveiling of Women and The Beauty of the Veil yang jelas menyatakan kepentingan hijab sebagai menjaga maruah wanita Islam. Hijab menurut beliau menjaga wanita "from being mere (sex) objects and makes them intellectually and spiritually valued people."

Betul, sebagai reformis Zahra Rahnavard dalam tahun 2000 menganjurkan kempen untuk membenarkan wanita mengenakan cadur yang bukan sahaja hitam. Ini bermakna mereka menuntut hijab yang lebih berwarna-warni. Pun itu tidak bermakna beliau bersetuju supaya hijab ditanggalkan dari kepala wanita Islam.

Siapa pula Mir Houssein Mousavi yang mencabar Mahmoud Ahmadinejad ini? Benarkah beliau kurang berbahaya? Beliau adalah Perdana Menteri Republik Islam Iran ketika Ayatullah Ali Khamenei menjadi Presiden antara tahun 1981-89. Mendiang Ronald Reagan, Presiden Amerika Syarikat pernah melabel beliau "terrorist kingpin" sebagai mengecam peranan Mousavi dalam menyokong dan mendanai gerakan revolusi dan pemberontakan di Amerika Tengah.

Benar, beliau adalah penasihat untuk bekas Presiden 'reformis' Iran Mohammad Khatami dalam tahun 90an tetapi beliau juga antara pemimpin Iran yang bertanggungjawab memimpin Iran ketika perang dengan Iraq (yang merupakan proksi Amerika dan Arab Saudi awal tahun 80an). Terdapat dakwaan beliau juga antara beberapa orang tokoh politik Iran yang mempunyai sumbangan dalam penubuhan Hezbullah, gerakan Islam yang amat digeruni Amerika, zionis dan Arab Saudi di Lubnan dan Timur tengah amnya.

Kerana itulah Shireen Hunter, seorang profesor di Georgetown University (macam biasa dengarkan!) dalam bukunya "Iran and The World' pada tahun 1992 mengingatkan mereka yang teruja akan kemoderatan Mousavi sebagai perlu lebih berwaspada. Beliau lebih sukar dijangka dan tidak diketahui.

Kata Shireen, "He was very anti-Western. He presided over a lot of nationalism [during his time as prime minister]."

Republik Islam Iran adalah sebuah negara penuh misteri dari segi membuat keputusan politik. Mengkaji politik Iran kerap membingungkan ramai penganalisis politik antarabangsa mahupun sarjana. Ia bagaikan sebuah negara yang menjadi pangkalan dan tapak untuk satu perjuangan ghaib daripada seorang penyelamat ghaib. Hal inilah yang tidak difahami ramai.

Sebenarnya Barat dan musuh Iran harus bekerja lebih dengan Mir Hossein Mousavi sekiranya beliau menang pilihanraya Presiden hari ini (atau minggu hadapan). Kerana berbanding Mahmoud Ahmadinejad yang boleh ditelah dan dibaca seperti sebuah buku. Mousavi adalah teka-teki yang jauh lebih sukar dileraikan. Sebagai seorang yang berketurunan sayyid di Iran, sikap beliau dalam mempertahankan agama tentu lebih. Cuma beza kali ini, pendekatan permainannya akan lebih kompleks.

Tidak ada yang lebih 'berbahaya' buat Obama (seorang pemimpin liberalis mentah) dan Zionis, memandangkan Mir Houssein Mousavi adalah pemimpin yang pernah memimpin Iran ketika perang di bawah Ayatullah Ali Khamenei dan al-marhum Imam Khomeini!

sumber - faisal tehrani


Tiada ulasan: