MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Jun 2009

Kenapa Anwar berusaha tangguhkan prosiding liwat ?

Orang ramai mulai meragui kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon supaya beliau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya sekiranya pendakwa raya gagal mematuhi perintah supaya beliau dibekalkan dengan semua dokumen dan barangan berkaitan kesnya.

Permohonan terkini yang dikemukakan oleh peguamnya meminta supaya sebarang prosiding di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara menunggu permohonan mendapatkan dokumen tersebut selesai dan perintah perintah berkenaan dipatuhi oleh pendakwa raya.

Hebat sekali, bermacam-macam cara dan eksploitasi undang-undang digunakan untuk melewatkan kes ini hingga pilihan raya ke-13 yang diyakini akan memberikan jalan keluar kepada Anwar Ibrahim daripada kes ini.

Pertama sekali yang terfikir oleh sesiapa pun apakah seseorang tertuduh biasa dalam kes jenayah boleh mendapat tolak ansur dan keistemewaan daripada mahkamah seperti yang diberikan kepada Anwar Ibrahim sehingga menampakkan badan kehakiman dan keadilan tertunduk kepada eksploitasi politik dan berada dalam keadaan ketakutan dan kelemahan.

Permohonan terkini untuk menangguhkan lagi prosiding adalah suatu usaha terakhir untuk memberikan gambaran buruk terhadap pihak kehakiman dan pengadilan seolah-olah tidak mahu berkerjasama dengan tertuduh, pada hal telah berkali-kali perbicaraannya ditangguhkan. Permintaannya kali ini telah melampaui batas undang-undang yang tidak mungkin akan dipenuhi oleh mana-mana kerajaan demokrasi di dunia ini kecuali yang mengamalkan rasuah.

Orang ramai tidak seharusnya terkeliru dengan tindakan peguamnya memfailkan notis permohonan tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah kerana itu adalah percubaan terakhir untuk membantu pelanggannya.

Dalam permohonannya, Anwar telah meminta dibekalkan keseluruhan kandungan pita rakaman litar tertutup (CCTV) di Kodominium Desa Damansara di mana kejadian liwat itu dikatakan berlaku dan sampel asid DNA yang diambil daripada mangsa serta beberapa barang di kondominium tersebut sebelum perbicaraan bermula.

Menurut peguam Anwar, S.N.Nair pihaknya telah pun mendapat salinan gambar gambar yang dipetik daripada rakaman CCTV serta salinan percakapan Anwar di bawah Seksyen 112 Kanun Aturcara Janayah. Pita rakaman ini dikatakan telah pun tersebar di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia.

Dalam keadaan minat orang ramai mendadak naik untuk mengikuti kes ini mulai 1 Julai ini maka sekiranya ditangguhkan lagi, maka kredibiliti, keupayaan, ketelusan dan kebebasan badan kehakiman dan keadilan negara pastinya menjadi persoalan besar.

Jika ini berlaku maka penghormatan kepada pihak badan kehakiman dan keadilan negara terutama kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang memang telah pun dipersoalkan keupayaannya akan terhapus langsung dan sudah sampai masanya bagi Peguam Negara untuk meletakkan jawatannya.

Peguam Anwar Ibrahim berkata permohonan untuk menangguhkan lagi prosiding difailkan bukan bertujuan untuk melengah-lengahkan perbicaraan kerana dokumen-dokumen itu telah diminta sejak September lalu.

Sebenarnya apa yang dinafikan oleh peguam itu, itulah yang berada di kepala orang ramai sekarang iaitu suatu lagi taktik untuk melewatkan perbicaraan.

Dalam permohonannya peguam Anwar juga menyatakan salinan gambar-gambar yang diberikan adalah kabur dan diambil daripada rakaman CCTV ?sedangkan apa yang mereka mahu ialah keseluruhan rakaman CCTV tersebut?. Kenapa soal ini tidak boleh dibangkitkan dalam prosiding kelak sehingga memerlukan perbicaraan ditangguhkan lagi?

Bagi orang ramai, kabur kaburlah. Perbicaraan akan menerangkan yang kabur.

Sebenarnya Anwr Ibrahim sedang demam sekarang. Pintu-pintu kedutaan pun akan ditutup menjelang perbicaraannya. Amerika Syarikat pun sekarang dah yakin tentang latar belakangnya.

Adakah dia juga akan ikut langkah Raja Petra. Tentu tidak, dia seorang yang berani, pelakon jalanan yang tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah negara, masakan dia mahu lari. Kita tunggu untuk melihat lakonannya yang lebih hebat.

Ingat Kopitiam, ingat Malaysia Aktif , ingat perbicaraan Anwar Ibrahim mulai 1 hingga 24 Julai depan.

sumber - malaysiaaktif


1 ulasan:

ladybird berkata...

Anuwar makin hilang arah...ke mana lagi anuwar akan berlari terkincit-kincit tanggal 1 julai nanti?

Sama-sama kita nantikan episod seterusnys...yang pastinya makin menarik...Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu