MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Jun 2009

Mir Hossein Mousavi teruskan agenda perubahan

TEHERAN - Calon pilihan raya Presiden Iran yang tewas, Mir Hossein Mousavi kelmarin bertegas akan terus melawan walaupun mendakwa menerima tekanan hebat untuk menamatkan tunjuk perasaan.

Mir Hossein berkata beliau tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman tetapi menyifatkan pihak berkuasa sedang menekannya supaua menerima keputusan rasmi pilihan raya Presiden.

"Saya tidak akan berganjak dengan pendirian sekarang hanya kerana ancaman dan menjaga kepentingan peribadi," katanya.

Beliau juga mendakwa haknya untuk bertemu dengan rakyat sudah ditutup sepenuhnya.

Laporan media tempatan kelmarin menyebut pihak berkuasa sudah menahan lebih 140 penyokong Mir Hossein termasuk aktivis politik, wartawan dan pensyarah universiti sejak krisis itu bermula.

Mir Hossein juga menggesa semua penyokongnya meneruskan bantahan tetapi perlu mengelakkan sebarang kejadian pertumpahan darah.

Dalam pada itu, ketika kebanyakan negara Barat mula mengkritik cara Iran menangani tunjuk perasaan, Rusia dilihat mengambil pendekatan tidak memihak.

"Mengasingkan Iran adalah satu pendekatan yang salah," kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov.

sumber - sinar harian



Tiada ulasan: