MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Jun 2009

Kes liwat : Aduan Anwar kepada Amerika Syarikat

Artikel terjemahan : AIDC Translater

KUNJUNGAN ANWAR IBRAHIM KE WASHINGTON DC UNTUK UCAPAN DALAM KERJASAMA PERNIAGAAN DUNIA ISLAM AMERIKA DIHALANG OLEH MAHKAMAH MALAYSIA

Tindakan yang dahulunya tidak pernah berlaku telah diambil oleh Mahkamah Malaysia iaitu mencepatkan bermulanya perbicaraan ke atas Anwar Ibrahim telah memaksa beliau untuk membatalkan rancangannya ke Washington DC bulan ini. Beliau akan menyampaikan ucapan yang telah dijadualkan bertajuk ‘Peluang Perniagaan dalam Dunia Islam’ dalam seminar di Washington DC pada 26 Jun, jam 12 tengah hari EST melalui sidang video dari Kuala Lumpur.


Tiada kerjasama dari Pejabat Pendakwaan, telah menghalang persediaan pembelaan terbaik kepada Anwar yang sepatutnya diterima, dan desakan mahkamah Malaysia untuk memulakan perbicaraan awal Julai, walaupun permintaan dibuat berulang kali oleh peguam belanya berkenaan mendapatkan dokumen-dokumen penemuan asas, Anwar diwajibkan hadir ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur untuk menghadiri pelbagai permohonannya termasuk pembatalan tuduhan ke atasnya.

Tindakan keji pihak pendakwaan telah disahkan sendiri oleh peguam Anwar, S N Nair di dalam kenyataannya yang dikeluarkan oleh pejabat beliau pada 10 Jun 2009 di mana antara lain, mengesahkan Anwar tidak akan mendapat perbicaraan adil di mahkamah Malaysia.

Tindakan mahkamah untuk mencepatkan perbicaraan pelbagai usul – usul awal Anwar, termasuk menangguhkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Permohonan - permohonan ini, termasuk permintaan dokumen – dokumen hak milik pendakwaan kepada Anwar serta satu permohonan untuk membatalkan pertuduhan tersebut, telah mengambil masa untuk mahkamah menimbangkannya.

Kami ulang sekali lagi, desakan mahkamah ke atas tuduhan liwat berlawanan dengan laporan perubatan yang menunjukkan niat jahat, pertuduhan bermotifkan politik dan perbicaraan ini adalah sama seperti perbicaraan yang pernah dihadapati oleh Anwar Ibrahim pada 1998 – 1999.

PEJABAT ANWAR IBRAHIM

AIDC menterjemah kenyataan media dari pejabat Anwar Ibrahim. Artikel asal: klik di sini

Tiada ulasan: