MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Jun 2009

Mir Hossein Mousavi & Anwar Ibrahim, pelanduk dua serupa ?

Oleh Gelagat Anwar, AIDCclub

Akhbar hari ini memaklumkan bagaimana Mir-Hossein Mousavi sanggup mati ’syahid’ demi untuk memastikan ‘demokrasi di Iran’ dikembalikan sepenuhnya. Ayat-ayat retorik demokrasi, suara rakyat, kerajaan zalim, kerajaan penipu, kerajaan menggunakan pilihanraya sebagai memperoleh kepentingan sendiri – macam biasa kita dengar di di halaman kita sendiri. Macam biasa kita dengar di akhbar kita sendiri. Mousavi kononnya membawa idea demokrasi total – apakah melalui ‘anarchy’? Itu adalah perkara yang lain dan berbeza.


Mousavi begitu yakin bahawa dirinya mampu dan layak menjadi Presiden. Menggantikan Ahmadinejad (seorang watak pemimpin Islam yang tidak disenangi oleh Barat). Amerika, seperti biasa, menggunakan amalan politik ‘Las Vegas’ meletakkan Mousavi sebagai calon yang paling layak diangkat sebagai Presiden. Bukan kerana Mousavi itu lebih baik untuk Iran. Tapi, Mousavi pastinya lebih baik untuk Amerika dan sekutunya. Cakap-cakap untuk menutup negara Israel ini tidak kena dengan citarasa Amerika. Tidak kena dengan citarasa Washington.

Inilah masalahnya dengan Amerika. Heboh dan bingit dengan angin perubahan Obama; yang bertukar hanyalah wajah dan bukan polisi. Yang bertukar hanyalah warna kulit di Oval Office, tetapi di dalam kepimpinan itu sendiri, busuk dengan nanah penjajah dan amalan ‘freemasonic’ yang menegakkan perjuangan Israel. Obama yang kononnya menjerit dengan nada yakin’ Yes We Can’; sebenarnya hanyalah menjadi watak boneka kepada agenda Yahudi yang lebih luas. Halaman kita sendiri tidak kurang dengan manusia yang rendah moral begini, sanggup menjual bangsa demi kepentingan diri.

Mousavi pun pernah berada di puncak kuasa. Jadi Perdana Menteri lagi. Bukan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, masa tu pun bukan atas sebab populariti. Tetapi atas dasar jumlah perwakilan yang menyokongnya. Rakyat belum tahu. Pilihanraya terbaru, Mousavi hanya mendapat sekitar 37 % undi. Jauh sebenarnya daripada Ahmadinejad. Yang jadi kalut kononnya ada masalah dengan sistem pilihanraya tu pasal apa? Sebab kalah? Terus minta kalangan mahasiswa dan orang muda memberontak kepada kerajaan. Terus membawa isu ke jalanan.

Saranan Ayatollah untuk menghentikan segala pemberontakan pun Mousavi tak peduli. Dia peduli hapa. Alang-alang Amerika ada di belakang, baik teruskan sahaja usaha pemberontakan. Alang-alang ‘back-up’ Washington ada; baik jahanamkan terus Iran yang ada. Agaknya sama dengan sikap siapa di Malaysia ya? Yang rapat dengan Amerika. Yang rapat dengan pimpinan Amerika. Yang akrab dengan Yahudi. Fikir masak-masak.

Mari kita nilai manifesto Mousavi:-

- social justice (keadilan sosial);
- equality and fairness;
- freedom of expression;
- eliminate corruption;
- to bring Iran out of ‘alms-based economy’;

Nilai dan cita-cita freedom of expression, fairness, kononnya anti-rasuah ini bagaikan ‘Harapan Baru Buat Iran’ mungkin. Inilah nilai baru yang mahu didedahkan kepada masyarakat Iran yang sebenarnya mempunya jalur sejarah yang panjang dan hebat. Samada ianya memberi keuntungan kepada Amerika atau tidak; itu perkara lain. Yang penting, Mousavi membawa nilai dan peradaban politik yang boleh memberi manfaat jangka panjang kepada Amerika.

Mousavi nampaknya gemar membawa permasalahan ke jalanan dan dengan sendirinya membangkitkan suasana ‘anarchy’ yang melampau. Inilah antara persamaan besar antara Anwar dan Mousavi, yang sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk memuaskan hati ‘funder’ politik dari Barat. Duit sudah dapat; kuasa mestilah juga diberikan kepada ‘funder’. Inilah strategi politik lama Amerika. Macam juga bagaimana mereka mengurus ‘Banana Republic’ di Amerika Selatan.

Kalau inilah agenda ‘change’ yang ingin Obama bawa; dia sebenarnya sudah mengamalkan politik lama yang tidak berkesan. Obama mestilah belajar menghormati hakikat politik – bahawa yang kalah; mesti belajar mengakui kekalahan dan tidak mudah nak membawa semua isu ke jalanan. Majoriti rakyat sudah membuat keputusan; belajarlah menerima hakikat tersebut!

sumber - gelagat anwar

1 ulasan:

Unknown berkata...

Cakap je berani mati syahid.

Tapi yg mati rakyat2 yg terpengaruh dengan hasutan untuk buat demonstrasi jalanan membuat keycoh & HUru HarA.