MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Jun 2009

'Syabas' Anwar!

Seperti yang dijangka, Anwar Ibrahim sekali lagi menggunakan 'kehebatan' yang dikurniakan Tuhan terhadapnya dengan mempengaruhi Pas supaya menamatkan sebarang usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO. Presiden Pas, Haji Hadi yang di atas rostrum bukan main hebat pidatonya pun boleh 'lembik' digula-gulakan Anwar. Hebat insan yang bernama Anwar Ibrahim ini.

Malangnya, kehebatan Anwar Ibrahim cuma untuk memenuhi nafsu politiknya saja, nafsu DAP saja, nafsu PKR saja, nafsu Hindraf saja sedangkan persoalan tentang survival dan kelangsungan perpaduan umat Melayu di bumi bertuah ini sanggup beliau ketepikan begitu saja. Tahniah dan syabas dari Unta Belang kepada beliau

Tidakkah Anwar boleh fikir sejenak betapa kemakmuran negara akan menuju ke arah kehancuran jika beliau dan rakyat tidak berwaspada dengan perpecahan yang berlaku sesama mereka sekarang.

Jika trend menabur kebencian dan perpecahan antara rakyat dibiarkan atas nama kebebasan demokrasi, tanah air bertuah ini tidak mungkin memiliki kerajaan yang berwibawa dan kuat, baik ianya diperintah oleh BN waima Pakatan Rakyat sekalipun

Sesetengah negara Asia, rakyat negara berkenaan hanya dapat menyaksikan kerajaan silih berganti dan kehadiran terlalu banyak parti politik tetapi negara itu sukar dibangunkan kerana sering dilanda rusuhan dan kekacauan.

Walaupun banyak pihak beranggapan bahawa rakyat akan menikmati kehidupan normal jika berlaku penggantian kerajaan tetapi adakah jaminan bahawa kerajaan baru yang dipilih nanti lebih baik atau lebih buruk daripada kerajaan terdahulu.

Hakikat yang sering berlaku, negara yang rakyatnya mula menukar kerajaan akhirnya berdepan dengan masalah sentiasa memiliki kerajaan yang lemah kerana tidak ada parti yang benar-benar kuat.

Oleh yang demikian Unta Belang berharap kita jangan sekali-kali membiarkan musnahnya formula unik yang selama ini terbukti berkesan membawa pembangunan dan keharmonian kepada negara

Antara kekuatan yang berjaya dipertahankan oleh negara sehingga sekarang kerana adanya politik sederhana, perpaduan kaum dan jentera pentadbiran yang patuh menerima arahan dan melaksanakan dasar daripada kerajaan sedia ada.

Namun kini sudah jelas terpampang tanda-tanda bahawa bibit kebencian terhadap kerajaan pilihan rakyat ini cuba disemaikan di kalangan anggota pentadbiran sehingga kerajaan yang ada dianggap tidak Islamic, rasuah, mengamalkan kronisme dan sebagainya.

Dalam amalan demokrasi, cuma undi yang digunakan untuk menukar kerajaan dan tidak perlu kepada kekerasan atau peperangan. Tetapi menukar kerajaan juga tidak sepatutnya dilakukan semata-mata kerana ingin tukar lantaran sebarang pertukaran kerajaan akan mengakibatkan ketidakstabilan negara.

Sejarah gemilang Malaysia mungkin senasib dengan empayar-empayar besar zaman silam seperti Rom dan Parsi yang akhirnya runtuh dan menjadi peninggalan sejarah.

Malaysia yang baru 52 tahun menikmati kemerdekaan selepas lebih 400 tahun di bawah kuasa penjajah, akan turut mengalami nasib yang sama walaupun Malaysia tidak dibangun untuk menjadi sebuah empayar.

Siapa sangka empayar Rom yang begitu kuat boleh hancur. Kehancurannya kerana pada masa kemuncaknya berlaku perpecahan demi perpecahan. Bagaimanapun, zaman keagungan empayar itu bertahan sehingga lebih 800 tahun.

Kita tidak mahu kisah kejatuhan empayar-empayar besar dunia terjadi kepada Malaysia. Biarlah kemajuan dan kemakmuran negara ini tidak hanya bertahan 52 tahun tetapi berkekalan untuk selama-lamanya

Jalan yang menuju ke arah kebaikan memang banyak likunya, namun apabila sampai ke arah yang dituju itu, maka akan terasa hikmah yang melimpah ruah.

Meskipun muqabalah antara UMNO dan Pas yang mewakili umat Islam di negara ini jarang 'bertemu persefahaman' dalam banyak perkara, namun demi umat yang satu dan mulia di sisi Allah SWT, lakukan dengan penuh rasa keinsafan bahawa apa yang akan kita tinggalkan untuk generasi akan datang?

Perselisihan demi perselisihan, perpecahan demi perpecahan, atau saling berkasih sayang?

Dalam keadaan sekarang, kita tidak perlu tepuk dada tanya selera kerana selama ini selera ini kita tidak pernah sama. Cuma agama yang bakal menyatukan 'selera' kita.

Tetapi nampaknya Anwar tidak punya minat ke arah itu, yang terbayang di matanya hanyalah Putrajaya...baginya matlamat telah menghalalkan cara!

sumber - malaysia instinct


Tiada ulasan: