MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Jun 2009

Menjelang 8 Julai : Apa yang sebenarnya ditakuti Anwar ?

Oleh Analisisringan, AIDCclub

Analisis Kumbang kali ini berkisar tentang apa yang ditakuti oleh Anwar menjelang perbicaraan kes tuduhan liwat beliau 8 Julai nanti.

Menurut cyber1trooper rakan Kumbang daripada AIDC Club mengulas mengenai cubaan-cubaan Anwar untuk menggugurkan kes beliau seperti di bawah :

Dua percubaan telah dibuat oleh Anwar supaya 1 Julai, dia boleh tidor lena, pertama failkan gugur kes alasan tiada dokumen (10 Jun) dan kedua failkan gugur kes, alasan dokumen tidak relevan (17 Jun), namun keputusan mahkamah 22 Jun lalu membuatkan Anwar makin tidak boleh tidor lena.

Bayangkan dalam masa seminggu (10 Jun & 17 Jun) Anwar membuat dua petisen di mahkamah yang membawa maksud yang sama iaitu menggugurkan kes! Tetapi keputusan mahkamah pada 22 Jun lalu, makin mencemaskan Anwar, hakim memutuskan 1 Julai ini sebagai perbicaraan menentukan status dokumen dan 8 Julai, perbicaraan menentukan status gugur atau tidak kes seperti yang dipohon oleh Anwar.

Secara logiknya, jika kes liwat ini tidak mempunyai asas kenapa perlu diadakan dua perbicaraan ? Perbicaraan pertama, 1 Julai, perbicaraan memohon kesemua dokumen yang menjadi bahan bukti liwat dan perbicaraan kedua pada 8 Julai untuk menentukan status gugur. Kedua-duanya dipohon oleh Anwar seolah-olah terlalu takut jika kes ini terus dibicarakan. Kenapa takut, jika ada alibi?


Pada Pandangan Kumbang Anwar dan 9 peguamnya tidak harus takut tentang tuduhan kes liwat beliau. Dengan kekuatan 9 peguam yang dimiliki Anwar mereka mampu merencanakan keraguan yang munasabah untuk menggugurkan tuduhan terhadap beliau seperti kes tuduhan liwat yang lalu.

Tetapi apa yang ditakuti oleh Anwar sebenarnya ialah tentang peranan yang dimainkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika berkhidmat dengan beliau dan perkara ini jika diketahui umum dapat menjejaskan ketokohan Anwar sebagai pemimpin yang kononnya menyokong dan memperjuangkan keadilan serta demokrasi.Apatah lagi ianya rahsia sulit politik beliau.


Apa peranan Mohd Saiful Bukhari Azlan?

1) Membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staff menguruskan jadual DSAI.

2) Mengatur pertemuan sulit. (e.g ahli parlimen yang hendak lompat parti , mesyuarat di Kondo Desa Damansara milik teman rapat DSAI)

3) Mengiringi DSAI ke :

a) Hong Kong- Awal Mei 2008
b) Bangkok - Hujung Mei 2008
c) Singapore- 16 dan 18 Jun 2008


Wan Azizah pernah ditanya wartawan dimanakah suami beliau ketika tuduhan liwat dikatakan berlaku?

Wan Azizah seperti video di atas menjawab, suaminya menghadiri mesyuarat tetapi dinafikan sejurus kemudian oleh Nurul Izzah dengan menyatakan Anwar bersama mereka pada ketika itu.

Apa yang dikatakan Wan Azizah mungkin benar kerana menurut Mohd Saiful Bukhari Azlan di posting blognya. Bahawa beliau telah mengatur pertemuan sulit(mesyuarat sulit) untuk ahli-ahli parlimen yang ingin melompat parti dengan Anwar di Kondo Damansara milik teman rapat Anwar. Ramai pihak turut mengatakan di Kondo Damansara itu juga Mohd Saiful Bukhari Azlan telah diliwat oleh Anwar.

Mungkin Wan Azizah mengetahui Anwar Ibrahim telah ke kondo itu untuk bermesyuarat dan menjawab sedemikian di dalam video di atas.

Perkara ini membuktikan apa yang ditakuti Anwar bukanlah hanya sekadar tuduhan liwat tetapi tentang peranan yang dimainkan Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam karier politiknya terutama soal mengatur pertemuan ahli-ahli parlimen untuk lompat parti dan beberapa intipati kempen Anwar di Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Di kala Anwar sedang dilabelkan sebagai pejuang demokrasi di dalam dan luar negara. Perbicaraan 8 Julai ini nanti bukan sahaja membicarakan tentang tuduhan liwat tetapi tentang apa peranan yang dimainkan Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondo Damansara itu.

Seperti yang dijanjikan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, beliau sendiri akan menyatakan selebihnya mengenai 'kerja-kerja' Anwar di mahkamah nanti.

Bezanya kes terbaru ini dan kes liwat terdahulu, Azizan yang dikatakan diliwat Anwar langsung tidak mencampuri 'kerja-kerja' Anwar seperti yang dimainkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hal ini membuatkan impak kes terbaru ini cukup kuat kepada Anwar. Di kala Amerika Syarikat dikatakan sedang hilang keyakinan kepada Anwar, hal ini akan menambahkan lagi kerungsingan Anwar.

Seluruh dunia akan tahu tentang apa yang sebenarnya dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk merealisasikan impian 16 September beliau melalui keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan di perbicaraan nanti. Siapa tahu, mungkin ada rahsia besar yang berada di genggaman Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Anwar Ibrahim takut rahsia besar ini terbongkar.Kita sama-sama tunggu

Demi harapan 26 juta rakyat Malaysia,kes ini harus dibicarakan agar keadilan dapat ditegakkan kepada OKT(Anwar Ibrahim) dan Pengadu(Mohd Saiful Bukhari Azlan).

1 Julai sudah dianjak dan kini 8 Julai hari kebenaran!

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

sumber - analisisringan


Tiada ulasan: